Thursday, January 13, 2011

Semakin hari semakin sayang..
semakin erat terjatuh hati..
inilah hikmah terjemput datang..
terlepas pandang merugi diri..

terlalu ramai insan hebat di sekelilingku.. dan ukhuwah terbina tatkala terkapai mencari.. cuma terlalai seketika.. tenggelam dek nafsu meraja.. dipanjat syukur pada Kekasih Hakiki.. kerana masih dipilih berada di sisiNYA.. alhamdulillah..

hebat hikmahnya.. nikmat dirasa.. tenang.. tidak dirantai lagi rasa bersalah tatkala syaitan mengkaburkan hati.. alhamdulillah.. ada rasa yang lebih hebat.. tapi.. tidak mampu diungkap.. ALHAMDULILLAH.. kata keramat yang menggambarkanku buat masa ini.. =)

air mata menitis..
menyesali diri..
semoga yang manis..
menemani hari..
noda hitam mesti dikikis..
semoga hati tenang berseri.. =)




Tuesday, January 11, 2011

InsyaALLAH.. =)

Teringinnya... kisah berlaku di surau.. dan sy diminta menjadi imam kepada 3 orang rakan sekerja.. dan kata-kata 'ustazah hayati' masih terngiang-ngiang.. alangkah indahnya jika aku mampu menjadi imam kepada mereka saat itu.. namun.. aku masih belum bersedia mengimamkan sahabatku.. dan aku hanya tarik diri dan membiarkan sahabatku yang seorang itu menjadi imam kami saat itu.. dia lebih arif kerana ilmu yang diterima lebih lengkap dan dia lebih bersedia ketika itu..


satu penghargaan bila diminta mengimamkan solat.. insyaALLAH.. aku akan berusaha melengkapkan diriku.. dan mengimamkan solat para sahabatku kelak.. insyaALLAH.. dan cita-citaku lebih tinggi apabila aku mampu mengimamkan solat para puteriku kelak.. insyaALLAH.. semoga ALLAH memberikan kesempatan untuk aku melaksanakannya..

noda-noda hitam banyak mencalit hatiku.. dan terlalu banyak kesilapan yang telah aku lakukan.. dan aku bersyukur kerana hikmahnya terlalu banyak.. dan nikmatnya terlalu hebat.. walaupun pada mula aku merasakan itu adalah ujian namun bila aku muhasabah diriku.. itu adalah hukuman serta peringatan.. alhamdulillah.. aku dipilih untuk disedarkan.. itulah tanda kasih sayangNYA.. alhamdulillah..




Monday, January 10, 2011

Penghibur Hatiku.. =)

Hari ni hari Isnin.. tepat jam 7 pagi berada di sekolah.. kemudian bersedia untuk perhimpunan rasmi.. agak excited sbb ini perhimpunan rasmi pertama semenjak berada di HSBM.. perkara utama yang membuatkan saya excited adalah:.. nak dengar lagu sekolah.. sbb saya cari di internet tapi tak jumpa.. so..mmg best la lagu sekolah..hehe.. nanti nak try cari la lagu sekolah tu.. download n jadi ringtone.. haha.. =) senikata dalam English.. so agak rancak jugak.. (rancak dari aspek classic..)hehe..

pengalaman sangat menyeronokkan.. pagi berada di perhimpunan.. memakai kot (wajib).. mmg hensem..haha.. kerja-kerja dibereskan setelah tamat perhimpunan.. berada di kelas-kelas.. berada di pejabat.. membuat kerja-kerja pengurusan.. dan masih ada yang dibawa pulang.. dan pada hari ni.. saya ada slot pengurusan bersama pelajar asrama.. dan slot pengurusan itu lebih memberikan maklumat tentang perjalanan kehidupan pelajar asrama dan sedikit motivasi... oleh kerana saya merupakan kaunselor penyelaras asrama.. jadi agak bersemangat membantu anak bangsa sendiri.. insyaALLAH.. mereka tau niat saya bukan untuk membebankan mereka tetapi.. ingin mengingatkan, menyedarkan dan mendidik mereka.. dan fokus saya akan lebih tertumpah kepada pelajar asrama.. kerana latar belakang yang pelbagai serta lebih memerlukan perhatian..

3 perkara yang sempat diterapkan sehingga jam 4.45 petang tadi adalah adab:

1- adab memberi salam dan hormat
2- memuliakan orang di hadapan kita
3- mendengar dan menghormati individu yang sedang bercakap

insyaALLAH.. mesej itu sampai.. syahdu saat telapak tangan bersentuh lalu dikucup oleh para pelajar.. syahdu saat ucapan terima kasih,cikgu diucapkan..

wahai pelajarku sekalian.. andalah penghibur hatiku saat ini.. berikan secebis kekuatan pada gurumu ini.. insyaALLAH.. doa cikgu sentiasa mengiringi kalian..

Sunday, January 9, 2011

Cintaku berlabuh di HSBM..

cinta hatiku kini hanyalah HSBM.. di sini kutemui bahagia.. melihat anak bangsa yang sangat memerlukan perhatian dari aspek sikap dan adab.. inilah cara untuk ku meraih pahala dalam berbakti di sini.. insyaALLAH..


sentiasa ku ingatkan diri.. betulkan niat bila berhadapan dengan pelajar.. pasti lelah tidak dirasa.. semoga tiada anasir yang mampu mengganggu gugat kesetiaanku.. walau perancangan demi perancangan diatur namun.. pasti cinta pertamaku ini tidak akan aku sia-siakan.. biarlah berlabuh dan tidak karam..

pelayaran akan aku mulakan kembali dengan kesungguhan.. biarkan fokus menjadi tunggak dalam hidupku ini..

Allahumma Allah ya rabb.. teguhkan hatiku, bersihkan hatiku, tenangkan hati, ikhlaskan hatiku.. hanya Engkau pemilik hatiku.. kuserahkan hatiku padamu Ya Rahim.. ku yakin, hanya Engkau yang mampu menenangkan hatiku.. amin. =)

Saturday, January 8, 2011

Rahsia Hati..

Tidak pernah goyah mahupun berubah.. kukuh terpahat sukar dihapus.. ingin sentiasa ku rasakan yang indah.. namun rasa kasih itu tak pernah tercetus..

sukar ditafsir rahsia hati.. mahu dan tekad ingin memiliki.. namun sedar jua siapalah diri.. hanya insan terpinggir di sisi..

biar disimpan dalam hati.. dikunci mati.. tanda kasih masih mekar abadi..

Friday, January 7, 2011

Jatuh Hati..

Seminggu berlalu.. kurasakan lambat namun selesai sudah minggu pertama di HSBM.. alhamdulillah.. 3 hari berturut-turut masih menyesuaikan diri.. kebingungan.. mengantuk.. sakit kepala.. =) hari-hari terawal yang merunsingkan kerana masih terkapai-kapai mencari hala tuju kerjaku di sini.. tetapi.. alhamdulillah.. semangat menguasai diri tatkala saya mampu menyesuaikan diri dan mengetahui bahawa saya berguna berada di sini.. hari-hari seterusnya dilalui dengan kerja yang terpaksa dibawa pulang ke rumah namun.. Gembira.. =) mungkin inilah tandanya permulaan yang baik untuk diri saya..


ombak emosi.. pasti ada turun naiknya.. begitu juga dengan diri saya.. dan pelbagai emosi melanda diri namun secara peribadinya.. biarlah dijadikan simpanan diri.. hurm.. insyaAllah.. pasti mampu diharungi jua.. dan cintaku berlabuh di HSBM.. cinta pertamaku.. =)

---------------------------------------------------------------------------

" Kaunselor menggunakan pendekatan disiplin tatkala masuk ke kelas.. "

wahhh.. statement yang agak garang nampaknya.. =) hurm.. saya tidak mahu terlalu mudah dibaca oleh pelajar.. tanpa intonasi suara yang tinggi dan kata-kata nista.. pendekatan disiplin mampu diambil dalam mendekati pelajar.. bukan mahu menakutkan cuma mahu menegaskan bahawa saya adalah guru.. sama seperti guru yang yang tugasnya mendidik.. jika peraturan dan disiplin tidak diterapkan dalam pendidikan.. maka, gagallah guru itu membentuk sahsiah pelajarnya..

suasana 1:
Pelajar menengah rendah yang berbual dan tidak menghormati guru di hadapan.. guru tidak meninggikan suara dan seorang yang ramah serta tidak garang.. guru meminta pelajar untuk duduk di tempat masing-masing dan memberikan perhatian.. namun respon kurang sambutan..

guru: cikgu nampak macam kawan kamu kan?
pelajar: -terpinga-pinga. suasana lebih tenang-
guru: cikgu cuma nak cakap yang cikgu ni peramah dan seperti kawan kamu semasa bergurau.. tapi (penegasan)... saya bukan kawan kamu..
pelajar: -senyap-
guru: i just want you to bear in mind that i might be friendly but i am not your friend.. so please respect me as your teacher and not as your friend..ok. (nada suara tenang dan tersenyum)..

dengan senyuman itulah pelajar lebih memberi perhatian.. dan saya selesa kerana dengan pandangan mata sahaja mereka sudah faham apa yang saya cuba sampaikan.. alhamdulillah..

suasana 2:
guru berada di kelas menengah atas yang agak sukar dikawal.. dan beberapa pelajar membuat bising dan mengganggu kelas..

guru: sila duduk di tempat masing-masing..
pelajar: - bergerak.. suasana agak riuh-

guru meneruskan percakapan tentang hala tuju kerjaya dan masih ramai yang samar-samar.. guru lebih serius dan terdapat 3 pelajar yang masih tidak faham bahasa arahan yang lalu serta membuat bising..

guru: boys... kamu dengar tak arahan saya tadi?..
pelajar: - mengangguk- namun beberapa ketika masih begitu..-
guru: saya cuba untuk melayan kamu semua seperti pelajar 17 tahun tapi nampaknya kamu semua suka dilayan dan dimarah seperti budak berumur 7 tahun yer... (cuba mengawal intonasi suara)

pelajar yang bertiga itu masih tidak mendengar kata.. guru pergi ke arahnya lalu memberi arahan tegas..

guru: saya nak kamu berdua bawak kerusi dan meja di belakang kelas sekarang.. kamu di hujung sana.. kamu pula di belakang sana.. kamu boleh stay di tempat ni sebab kawan kamu dah jauh dari kamu..
pelajar: - terpinga-pinga dan patuh - sorry cikgu..
guru: yang lain boleh teruskan aktiviti bising kamu dan bawa kerusi meja kamu beratur di luar kelas..
pelajar: -senyap dan fokus-

guru menyambung kembali menerangkan tentang bagaimana untuk meneruskan pelajaran selepas spm.. di mana dan bagaimana mengikut penyesuaian bidang kerja.. setelah secara rambang.. guru memberi bimbingan ringkas secara individu pula.. dan sebelum keluar dari kelas..guru ke arah pelajar yang didenda tadi..

guru: kamu tau kenapa saya buat mcm tu tadi?
pelajar: tau cikgu.. sy tak dengar arahan cikgu..
guru: (senyum).. baguslah kamu faham kenapa saya buat mcm tu tadi.. kalau ada apa-apa nak share dengan saya.. boleh datang ke bilik kaunseling.. =)

kadangkala begitulah keadaannya.. jika kesabaran tiada di hati pasti tercetus ledakan emosi marah.. tapi.. marah itu biar bertempat dan cubalah dikawal.. nyatakan rasa marah dengan tenang.. nyatakan ketidakselesaan itu dengan jujur dan pastikan pelajar tahu kenapa kita bertindak begitu.. =)..

saya masih lagi baru dan emosi masih mampu dikawal.. semoga emosiku di dalam keadaan stabil dalam membezakan personal dan profesional.. semoga ikhlas itu menjadi tonggak dalam tugas mendidik anak bangsa.. insyaAllah..=)

Monday, January 3, 2011

Hari pertama di HSBM.. Mulakan hari untuk bekerja di bawah paras tekanan.. =)


02-01-11.. eventhough yesterday is Sunday and i should be resting at home but by 8.00 am i was at school to attend a taklimat.. i was there just to see how's the event was going but accidentally.. i being a MC for the event.. with no preparation and a new teacher.. i should stay back but i just said 'okay'.. alhamdulillah.. everything went smoothly.. and positive responses from few teachers at the event.. alhamdulillah.. =)

And today -03-01-11... i started the day with full of excitement for being at school..

* Selamat Pagi Cikgu..
* Assalamualaikum Cikgu..
* Good Morning Teacher..
* Selamat Tengah hari Cikgu..
* Selamat Petang Cikgu..

=).. saya dapat rasakan kegembiraan di saat ucapan selamat itu diucapkan.. alhamdulillah.. saya dapat jumpa perkara yang menggembirakan saya.. walaupun saya terpaksa berlakon sedikit dan mengurangkan senyuman gembira saya.. tapi saya mula jatuh cinta.. Namun, rasa itu yang perlu disimpan hanya dalam hati.. tidak perlu ditunjukkan untuk semua tahu terutama para pelajar.. biarlah rasa gembira menjadi seorang guru itu tersimpan di hati dan terpancar dengan kelakuanku.. semoga ikhlas sentiasa menjadi teman sepanjang saya bergelar seorang guru.. insyaALLAH.. =)