Tuesday, August 23, 2011

Labu part II...

Alhamdulillah.... =)


sambungan kisah labu... bila labu menjadi pengat n masak lemak... huhu...

semalam balik sekolah, aku terus ke carrefour.. betul ke ejaan aku ni???.. pedulikann.. huhu.. mula2 nak ke tesco, tapi tetiba rasa malas nak gi tesco dekat ngan skolah tu sbb jumaat lepas dah gi.. (mmg muka tesco aku ni..hehe)..

dijadikan kisah, aku terlepas simpang nak masuk carrefour tu.. aku ikut simpang lagik satu yang aku sendiri xtau ke mana arah tuju.. aku ikut je intuisi (cewah..)... dan aku pun sampai.. aku jalan2.. ingat dalam kepala apa yang nak dibeli.. tetapi.. tanpa disangka2 ada org tahan aku.. promoter ambi pur car.. adehhh.. mcm tau2 je aku mmg plan nk beli refill pewangi keta tu.. dh abis.. dah dia ckp2.. aku pun bau la kann.. then rasa wangi je.. aku pun beli.. masa beli tu teringat kat sorang tu.. hehe.. nnt i beli satu utk u okay?.. =)

hurm.. pencarian bahan2 masak bermula.. semuanya dpt kecuali sagu n daun pandan.. mmg susah betul nak cari daun pandan kat tengah kota ni.. huhu.. mmg sungguh susah.. mcm hari tu masa masak bubur kacang, x letak daun pandan pun.. jd kurang la wangi.. smlm pun xletak tp sedap je lah.. haha..

apa yang dirancang semalam dpt dilaksanakan.. kwn umah masak 2 lauk.. aku masak 3 masakan.. akak yang dtg buka tu bawak yong tau fu n air amra (my feveret).. nyum2... alhamdulillah.. mmg semalam naik ntah berapa kilo pun xtau.. fuhhh... menakutkan.. skrg dah la membulat dengan pesatnya.. ni tambah lagik la nampaknyaa...

jadi juadah berbuka smlm mmg terbaiklah.. (terbaik sbb bukan senang aku nak masak kat penang ni.. mmg jarang2 sgt.. hhuuhuuu.. )

hari ni aku akan menternak dan membulat lagik sbb dah buat appointment dengan seseorang.. nak berbuka dengan dia.. harap2 hanya kami berdua.. berdua lebih baik.. leh spend time together-gether.. huhuu.. =)

Monday, August 22, 2011

labu....

Kisah labu... bukan labu labi.. tapi LABU... labu yang warnanya kuning2 oren... yang manis2.. nyum nyum...


malam tadi balik dari ipoh.. tiap2 minggu akan balik.. ini bermakna.. setiap minggu aku akan berbuka dengan abah, angah, mira (sometimes), along n zara... alhamdulillah.. diberi kesempatan untuk aku mengutamakan keluarga berbanding kawan2.. tak ape berhabis duit untuk diorang.. bila dikira2.. saving xbanyak sgt bila berulang tiap2 minggu.. bonus pun tak berapa nak nampak dah.. hulur sana sini.. jadi.. aku nak minta maaf awal2 kepada insan2 yang mengharapkan duit raya pada tahun pertama aku bergelar kuli tetap ni.. hehe.. aku xdapat nak spend banyak untuk anak2 yang datang beraya atau sepupu2 n anak2 sedara yang ada.. jadi, kepada kanak2 berumur 12 tahun ke atas.. umur anda adalah expired untuk dapat duit raya dari kakyati a.k.a auntie atie okayy...!~... =P (alasannya: budak kecik xpandai merungut kalau aku bagi sikit je duit raya.. kalau yg dh besar.. pandai merungut n membanding2kan.. budak2 zaman sekarang mcm2 pe'el... huhuuu... )

okay... back to my sweet labu... malam tadi aku telah mengangkut 2 biji labu.. anggaran berat 2-3 kilo setiap satu.. ni hasil penat lelah abah ni.. my abah yang hebat!.. not your abah okay.. huhu.. =P tapi aku ingat nak bagi kat maklang a.k.a rakan sekerja kat sekolah... dan kawan2 di sini.. dan aku nak bagi kat akak2 sekolah lama.. pastu.. aku nak bagi kat kawan umah.. dan aku mcm nak bagi kat jiran2 n jamu orang2 kat surau... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii... aku cuma bawak 2 biji sahaja... hurmm.. x cukup... jadi aku telah memilih insan bertuah jer... 1) kawan2 umah aku... 2) akak2 kesayangan di skola lama... 3) kalau ada lebih aku nak bagi kat jiran sikit..

tapiiii.. ada satu lagik hal daaaa.... aku nak bagi labu mentah ke yang dah masak ye?.. aku bab masak mmg x konfiden lahhh... mmgla rasa dia ada tapi bdebar2 nak bagi orang makan.. yelah.. aku ni xde skill yang hebat.. setakat campak2 je.. karang yang aku campak x cukup syarat kanggg.. naya lah mereka itu!.. hehe... aku mengambil keputusan untuk masak yang simple lagi mudah.. iaitu... pengat labu... ni teringat kat mak ni.. mak suka masak pengat labu.. pengat pisang.. pengat durian.. ni hidangan waktu minum petang la ni.. mak sangat rajin.. tapi anak2 ni sangat rugi sbb dulu suka sangat tolong gitu2.. kan xdapat mewarisi kehebatan mak... so terpaksalah buka resepi online atau buku2 resepi yang dibeli merata tu...

dan aku fikir lagi.. nak buat pengat labu gula merah atau gula putih?.. yang sedap dan cantik pastinya gula merah.. harap2 tesco ada jual la gula merah... balik sekolah nak gi belii.. 1) gula merah 2) santan 3) daun pandan 4) sagu (ni mcm xmau masuk je.. xsuka sgt.. hehehee... )

dan juadah berbuka puasa pun akan bertemakan labu.. buat masak lemak je lah... pastu goreng ikan masin.. kalau rajin, aku nak buat sambal ikan bilis.. kalau x rajin.. aku hentam beli je semua.. tgk keadaan tubuh badan karang..

semoga tercapai cita2 untuk memasak pada minggu terakhir kat penang... hurm.. kalau xdpt buat ari ni, esok pun ok jugak.. insyaALLAH.. minta2 kawan2 makan.. yerlah.. orang yang xberapa mahir masak mcm aku ni, siapa je yg sudi kannnnn.... huhuuu..

balik sekolah ni nak gi brg dapur sikit.. smbil tu leh cuci mata tgk baju.. hurm.. baju raya.. hurm.. ada keinginan nak beli.. tapi bila fikir2.. malas pun ada.. mcm smlm.. jalan2.. tgk baju tp bila smpai kat kedai tu tengok punya lama.. last2 tetiba nafsu utk membeli lenyap.. terus xda keinginan nak beli.. pelik kan.. masa kat rumah semuanya bsemangat.. nak cari baju raya.. tapi bila kat kedai xmau beli pulak.. padahal semua cantik2.. haihhhhhh.... xpelah.. pakai baju lama je lah.. apelah bezanya baju baru dan lama kalau diri sendiri pun xrasa teruja nak memakainya...

Semoga Ramadhan tahun ini mampu aku harungi kerana semakin lama ia beransur pergi.. dekat pula dengan kisah baru yang memerlukan kekuatan mental, fizikal dan emosi..


Thursday, August 18, 2011

>_*

Apa yang anda inginkan?.. ada yang menjawab material semata-mata.. dan aku?.. hurm.. berfikir sejenak.. aku ingin mengalami sebuah kehidupan yang berbeza daripada kehidupanku kini.. namun kadangkala resah menemaniku.. aku cuma mampu berfikir sejenak dan berangan-angan indah..

kehidupan bagaimana yang aku inginkan?.. dari berseorangan menjadi berduaan.. tapi entah bila mampu dicapai.. menanti dalam meniti jalan itu.. sabar pasti menjadi teman akrab.. tapi segalanya perkara yang tidak pasti... dan ragu-ragu menjadi mainan di hati...

Namun segalanya bukan menerusi hati semata-mata.. perlu ada rasional dan logik yang mendorong keputusan ini.. walaupun jauh di dasar hati, kerana hatilah keputusan ini diajukan... dan sekiranya kerana logik akal semata-mata mungkin U-turn menjadi pilihanku...

Tapi.. Masih.. Tetap.. Hati jua merajai minda.. Semoga bahagia milikku yang abadi..


Thursday, August 11, 2011

hati...

Aku nak cerita... mcm2... aku cerita diam2 dalam hati... sebab aku suka bercerita..

Cuma.. kadangkala.. mungkin jua seringkali.... aku mula rasa jauh dan kerdil... jika dibanding dengan manusia di sekelilingku... mungkin itu sifatku...

Tapi.. aku taknak berasa sedih lagi... aku perlu kuat demi diriku dan insan2 istimewa di sisiku...

cuma.. kadangkala.. aku mahu melayani hati... dan pasti.. hanya aku yang sudi melayani hati.. kerana ia dipinjamkan khas untukku... namun.. dengarkanlah secebis denting hati supaya mampu difahami isinya..

Monday, August 8, 2011

insyaALLAH..

Ada banyak benda aku nak ubah... hurm... tapi x mudah... berperang dalam hati.. kemudian mula goyah takut sendiri...

tapi aku nak cuba.. tak salah mencuba sehingga berjaya.. kalau tak berjaya pun takpe sbb dah mencuba dan usaha...

kalau dulu aku boleh.. kenapa sekarang aku kalah.. tidak.. tidak.. jangan menyerah.. aku akan cuba sedaya upaya...

insyaALLAH... pasti boleh.. berjaya!...

p/s: apa yang boleh? apa yang berjaya?.. tak perlu dicerita terperinci tentangnya.. biar graf itu aku yang nampak.. kerana yang menilainya bukan manusia seperti kamu... kamu dan kamu.... =)

Friday, August 5, 2011

Yahoooo... balik!!

050811 - tak sabar nak balik ipoh... apa nak masak petang ni ye.. mesti ada ikan yang abah pancing dalam peti ais.. kalau masak lemak cili api pun sedap jugak ye.... dah berapa hari tak makan nasi ni.. kalau balik mesti mkn nasi.. haha..


dulu masa mak ada.. mak yang selalu masak.. aku cuma tenung2.. tolong sikit2.. sbb abah kurang kalau anak2 yang masak.. dia tau anak yang masak atau mak yang masak.. dan kalau anak yang masak mst kurang dia makan.. tak sedap kot.. huhuu... tapi kalau mak masak.. semua abah makan.. telur masak kicap pun abah makan..

bila fikir2.. teringat kata2 seseorang.. jadikan kenangan tu perkara yang tidak menyedihkan.. bukan mudah tapi tak mustahil.. sekarang aku dalam proses tu.. aku akan sentiasa menyebut tentang mak.. supaya aku mampu berdepan dengan emosi tu.. aku takut.. aku kena kuat.. aku kena lepaskan jugak..

buat seketika beberapa hari ni.. aku banyak cerita tentang mak.. tak kisah la dengan siapa pun.. aku mesti akan kaitkan tentang mak tentang banyak perkara.. aku nak berdepan dengan semua tu.. aku tak nak simpan dan sedih.. aku nak luahkan dan menerimanya sedikit demi sedikit..

aku tau Dia sentiasa bersama aku.. aku nak mencari bahagia.. bukan derita.. jadi aku alihkan semuanya pada insan2 yang masih ada di sini.. aku nak memberi bahagia dan ceria pada orang2 yang aku sayang.. insyaALLAH..

aku ingin memberi supaya aku turut senang dan gembira... bila kita sayang kat orang dan menghargai orang2 tersebut... insyaALLAH mereka akan mengembalikan kasih sayang itu padaku.. aku masih berusaha.. =)




Tuesday, August 2, 2011

Rindu & Bahagia Bersatu...

Kenangan manis di bulan Ramadhan.. Akan kutitip yang indah.. Akan kusisip bahagia..

Izinkan aku sentiasa mengenangkan kisah manis itu..

Kisah manis antara aku dan dia.. aku dan mereka.. aku dan semuanya...

Biar yang manis menjadi santapan.. Menghurai segala sendu lalu mampu tersenyum syahdu..

Semoga bahagia dan rindu bersatu..


p/s: Rindu itu akan kujadikan kenangan indah.. yang tak luput dan sering meniti di bibir.. tanda kasih abadi buat 'dia' di 'sana'.. hanya dengan izinNYA..