Wednesday, February 15, 2012

layar....

hai blogku sayang... ada banyak benda aku nak cerita.. terlalu banyak perkara... mungkin juga perkara yang sama,mungkin hal yang lalu, mungkin impian masa depan dan mungkin perkara terbaru yang terkini..


hanya kamu yang tak pernah mengecewakanku... yang sentiasa mahu berdiam lalu membiarkan aku mencoretkan segalanya... jika lembaran blog ini adalah tubuhku.. pasti sakit tatkala aku menitip tulisan amarah.. pasti tubuhmu kegelian saat aku ceria dan berlembut hati.. pasti jugak inci tubuhmu basah menadah esak tangisku... tapi itulah kamu.. walau kadangkala aku hanya berbisik di dalam hati dan tidak menitipkan kisah di layarmu, namun kamu jua tahu apa yang terbuku di jiwaku ini... kadangkala banyak sudah kuluahkan padamu namun tidak ku kongsikan pada mereka.. aku padam semula kisahku dan hanya kamu yang tahu... itulah rahsia kita..

jika kamu mempunyai mata pasti berkali-kali kamu melihat air mataku yang gugur membasahi pipi.. pasti jugak kamu terpandang senyumku saat aku bercerita tentang tawa dan cinta...

entah bila aku akan temui penggantimu wahai blogku yang tersayang... yang tidak jemu mendengar celoteh kisah hidupku yang mungkin perkara yang sama,mungkin hal yang lalu, mungkin impian masa depan dan mungkin perkara terbaru yang terkini..

kecewa dan tawar hatiku untuk berkongsi cerita dengan sesiapa.. biarlah aku pendam sejuta rasa.. sedihku,tawaku,gembiraku,sakitku.. segalanya sendiri... mungkin hanya aku yang mampu mendengar kisahku terus dari bisikan hati.. dan tubuhmu menjadi layar untuk kuconteng segala kisah hariku...

Blogku tersayang.. jangan jemu dengan kisah hatiku... selamanya.. mungkin.. sehingga saat aku tidak perlukan kamu lagi...


Wednesday, February 8, 2012



Rasa rindu itu senantiasa menjamah jiwa... Saat 30 hari lagi saat tibanya saat itu.. ingatanku padanya semakin menyeksa jiwa... air mata tertitis tanpa disedari.. dan hari ni... sayunya hati.. entah kenapa kesayuan itu menggangguku... sayu itu tanda aku rindu... rindu pada dia yang xpernah lelah menyayangiku.. yang sentiasa mendoakanku saat hayatnya... jika dia ada di sini denganku pasti dia turut bergembira dengan agenda baru dalam hidupku.. namun itu hanya mimpi dan angan2... sesak.. sebak.. ingin kujeritkan kuat tentang hatiku... aku rindu.. terlalu rindu... dan air mata sukar diberhentikan saat lelap mata.. walau tangis itu menerjah membanjiri ruang hati...

adakah insan yang faham derita ini?.. saat putus satu nafas penuh cinta... hilang jua separuh jiwa yang sentiasa sunyi dan rindu.. walau tidak terzahir dlm ruangan mata dan seluruh pancaindera, namun ketahuilah jiwaku masih tersisa dengan sakit kehilangannya... aku rindu.. teramat rindu.. selalu.. =(

fahamilah aku.... tolong...

Tuesday, January 3, 2012

Lembaran Cinta.. =)

-01012012- Salam Lembaran Baru... =) mencipta kenangan indah tanpa mahu menoleh dan terhenti di episod luka... segalanya adalah di masa kini bukan di masa lalu.. kisah hati dan realiti yang pahit sudah melepasi kerongkong.. kadangkala sesak di dada namun seteguk kasih melenyapkan rasa pahit dan mencambahkan manis, enak...

aku dan dia... mencipta kisah di tahun baru... =) bahagia dan noktah!.. ingin ku laung pada dunia.. kasih ini terpateri kemas dalam hati kami.. menanti masa untuk menghalalkan segala rasa dan berjuang bersama melayari kehidupan berumahtangga... cinta dan percaya adalah dua perkara yang aku masih berusaha untuk terus terapkan dalam jiwa.. dan semakin hari,semakin bercambah 2 perkara itu dalam hatiku... kuyakin tiada siapa mampu menggoncang rasa di dalam hatinya dan pasti tiada cinta lain yang mampu menggetarkan segala urat sarafku... hanya dia... semoga rasa ini tetap utuh dan mekar tatkala ijab kabul terpateri... dan terus menyelubungi segenap ruang hati tatkala dia menjadi kekasih halalku... hanya DIA yang mampu mengubah segala isi hati...

sedar mahu tidak... 66 hari perlu diharungi dan bersiap sedia untuk menjadi raja dan permaisuri di hari itu... semoga segala persiapan dan perjalanan kami dipermudahkan.. insyaALLAH.. amin..

Friday, December 9, 2011

patah balik!

bercampur baur... hurm.. kena patah balik ni... hurm...

Ombak Rindu...

" Rinduku umpama ombak yang tak berhenti.. Kasihmu bagai pantai yang setia menanti... "

Ombak Rindu.. wah wahhh.... novel yang menjadi filem.. kerana novel Ombak Rindu mempunyai sentimental value waktu sekolah dulu.. aku sanggup gi tengok sorang2 kat TGV untuk tayangan pertama di hari kedua... mmg fanatik... ikut perancangan nak tengok ngan kwn2 pulak dlm minggu ni.. tgkla mcm mane.. TETAPI.. sedikit kecewa apabila jalan cerita yang wataknya diubahsuai sedikit.. 'rasa' tu x sampai... novel lebih sedih.. dan lebih konflik dan drama... dan ada beberapa yang menjadi sedikit kurang selaras dengan cerita di dalam novel.. kenapa la nak ubah2... hurm.. ada sesuatu yang diubah,ditinggal... semuanya dilangkau2 sehingga pada yang tidak membaca novel ini pasti pelik dan ckp apa yang cuba disampaikan?.. oleh kerana itu, aku telah mencari novel ini.. dan pastinya orang yang masih menyimpan novel ini adalah sahabat baikku... balik je ipoh,aku gi umah dia dan tanya.. ada x novel tu lagik?.. dannnnn ADA!!!... yeayyy... aku akan menelaah kembali novel ini.. haha... nak jadi izzah la bermula mlm ni.. hahaha...

pesanan buat anda yang mahu menonton.. sila baca novelnya baru tengok k.. baru nampak perjalanan cerita yang sebenar... have fun...

Thursday, December 8, 2011

sakit jiwa..

kalau difikir2.. dikenang2... boleh sakit jiwa aku ni... byk benda yang mencetuskan kesakitanjiwaan (confirm cikgu2 BM marah kt aku ni.. imbuhan ke-an yang disalahgunakan...) hehehe....


harap2 aku mampu mengawal diri,pemikiran,emosi,tingkahlaku dan sebagainya... kalau x,aku akan mula untuk sakit jiwa..

Thursday, December 1, 2011

seratus.....


penantian 100 hari bermula!... =)