Sunday, January 30, 2011

Ipoh.. =)



Alhamdulillah.. perjalanan petang penuh kedamaian.. dengan kelajuan sederhana.. mata melilau melihat hijau.. =) dan akhirnya debaran dan kobar-kobar mengisi ruangan hati.. rindu.. dan kembali di sini.. selamat kupulang kAlign Lefte Ipoh..=)

Tuesday, January 25, 2011

Kabus Berlagu Hiba...

Hidup Ini Tak Semudah Membalikkan Tapak Tangan.. Permulaan Pagi Penuh Kabus Melagukan Nada Kecewa.. Kekecewaan Melesukan Minda, Mengkaburkan Sanubari dan Menyakitkan Jiwa..


saya seorang yang bersemangat.. namun pagi ini, kelesuan melanda minda.. sanubari berlagu hiba.. jiwa seakan-akan meronta..

apabila bekerja tanpa penghargaan.. bekerja tanpa ganjaran setimpal.. pagi diri memberontak..mahu menjerit dan lari.. jauh dan pergi..

manusia mana yang tidak mempunyai perasaan kecewa.. manusia jenis apakah yang mampu tersenyum tatkala hati terlirih sayu..

nadaku marah.. ya.. marah.. tapi tidak mampu kuluah dengan suara.. xmampu kuhamburkan dengan wajah..

tersenyum.. hampa.. air mata bertakung di ruangan hati yang terdalam.. biarkan berlalu dengan masa yang dihabiskan bersama sibuk yang tidak berkesudahan.. ya.. caranya itu.. walaupun keikhlasan hati mula terkubur tatkala jari menitipkan cerita..

Semoga hati kembali tenang tatkala menyebut nama Cinta Hatiku.. insyaALLAH...

Monday, January 24, 2011

Wah.. banyaknya..

Beberapa hari tanpa coretan.. rasa rindu untuk meluahkan.. namun perlukan masa untuk benar-benar mengingat memori yang seakan terpendam.. insyaALLAH.. cuti minggu depan, saya akan coretkan sepatah dua peristiwa.. yang sememangnya kenangan yang menyulami rasa penuh penghargaan dan terima kasih kerana masih mampu bernafas serta menikmati skrip yang tersusun indah.. alhamdulillah.. =)

Friday, January 21, 2011

Istiqamah.. insyaALLAH.

Aurat…? Adakah kita sedar akannya? begitu ramai yang buat endah tak endah tentang aurat WHY ???

by Curahan Hati Mujahidah Islam on Saturday, November 27, 2010 at 1:42pm

"Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira sama ada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan.

Jika ditanya kaum wanita pada hari ini perihal aurat mereka pasti akan mereka akan menjawab "semua anggota kecuali muka dan pergelangan tangan". Itulah jawapan yang biasa kita dengar saban waktu.

Tetapi adakah apa yang mereka katakan itu mereka lakukan. Tidakkah ada perasaan sedih melihat sesetengah wanita muslim pada hari ini yang tidak kisah perihal dosa yang mereka lakukan setiap saat dan setiap hari...

Apa yang ingin dikatakan di sini ialah aurat yang dianggap remeh oleh wanita muslim seperti yang kita lihat pada hari ini iaitu kaki, tangan dan di leher.

Susah ke untuk memakai stokin..?

Susah ke untuk memakai baju berlengan panjang..?

Mahal sangatkah harga untuk membeli semua tu..?

Adakah kita ingin menunjukkan rantai emas kita yang cantik dan mahal tetapi tiada nilai disisi Allah swt..?

Adakah kita tidak rela membelanjakan harta kita untuk mendapatkan keredhaan Allah..?

Adakah kita mahu bersenang di dunia tetapi bersusah di akhirat..?

Cantik sangat ke aurat kita untuk menjadi tontonan..?

Yang menjadi pelik dan hairan kenapa begitu ramai wanita yg lebih selesa dengan berpakaian ketat dan sendat...?

Ramai wanita yang sanggup nk menyeksa diri dgn berpakaian yg ketat, berseluar ketat...kenapa?

yang menghairankan ramai wanita yg

mampu pulak nk beli baju ketat dan berlengan pendek?

mampu pulak nk beli seluar jeans, lengging ketat?

mampu pula nk beli tudung pendek yg x menepati syarak?

mampu pula nk beli alatan solek yg berlebih-lebihan

mampu pula nk berhias diri dgn bertabarruj berlebih-lebihan

Disebabkan hanya semata2 ingin memenuhi tuntutan nafsu untuk menunjuk-nunjuk tubuh badan kepada manusia yg bukan muhrim yang lain...ramai yang sanggup nk dedahkan aurat, ramai yang nk berpakaian seperti bertudung sambil berpakaian ketat-ketat seoralh-olah membungkus aurat...sedangkan ramai wanita itu tau yang pakaian ketat itu boleh menaikkan nafsu lelaki, boleh mengentarkan iman lelaki...ramai wanita tahu juga bahawa berpakaian seksi dan ketat ini boleh berlaku kes rogol, kes perkosaan, sumbang mahram dan boleh berlaku zina...tetapi kenapa x mau nk berubah...?

Jawapan yang sering kita dengar ialah "susahnya nak jaga". Ya.. Bukan mudah untuk kita semua menjaganya. Ingatlah wahai kaum Hawa..!! Mendedahkan aurat itu adalah sebahagian dari larangan Rasullullah kepada semua umat Islam. Tetapi Allah menjanjikan ganjaran pahala yang lebih banyak kepada wanita yang menjaga auratnya berbanding kaum lelaki. Betapa mudahnya untuk wanita memperoleh pahala itu.Peliharalah...

Azab yang pedih akan anda terima sekiranya anda masih tidak mengenakan pakaian yang sempurna...!!!

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikanbagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur.

SEDARLAH WAHAI KAUM MUSLIMAT SEKALIAN..!!!

Pesanan dr ADMIN: Sekiranya di akhirat nnti anda diazab dengan azab yang pedih, jangan pula anda mengatakan ketika didunia ini tiada siapa yg nk beritahu atau berpesan berkenaan tentang aurat dan sebagainya sedangkan ketika anda hidup didunia sudah begitu ramai manusia, ustaz, ustazah, para pendae'i dan manusia yang lain sudah pun berpesan dan memberi tahu tentang hal ini tetapi anda sendiri yg mempunyai telingan ttpi sengaja pekakkan ia, anda mempunyai mata sengaja memandang kearah yg lain, anda mempunyai akal ttpi sengaja tidak mahu berfikir ttg hal ini, anda mempunyai tangan sengaja tidak mahu mecari artikel2 yg baik utk dijadikan muhasabah diri dan tidak mengindahkan pesanan tersebut...oleh itu jangan nk salahkan sesiapa dan menunding jari kpd sesiapa apabila anda di AZAB dan DISEKSA KELAK...sekian...

Sekiranya artikel ini berguna utk anda dan rakan2 anda...sebarkanlah...semoga sama2 mendapat manfaat =)

Wednesday, January 19, 2011

Khilafku..

Apakah cinta selepas nikah dan apakah cinta selepas nikah?... terfikir.. terlalu banyak silapku.. bisik hati.. pastinya aku inginkah kisah cinta selepas akad nikah.. namun.. tercemar sudah hatiku pada insan bukan suamiku.. masih adakah manisnya?.. masih adakah ruang untukku menggapai cinta itu?..


selepas kisah itu.. aku muhasabah kembali diriku.. aku biarkan hatiku lemah lalu terhasut godaan cinta dunia.. tercemar sudah hatiku.. namun bagaimanakah sebenar-benarnya batasan untuk kita mendapat cinta selepas akad nikah yang diredhai olehNYA?.. dengan bermain tarik talikah?.. atau mungkin dengan cara berjanji akan bersama? atau mungkin juga dengan menetapkan hati untuk tidak menerima seseorang?.. inilah persoalannya yang dari tika dulu aku fikirkan.. dan aku terima jawapannya di dalam garapan novelis Fatimah Syarha Mohd Noordin "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul." novel ini penyuntik semangatku kini dengan meletakkan seluruh hati dan keyakinanku hanya pada ALLAH SWT.. terlalu banyak silapku kerana kejahilan dan ilmu yang terlalu cetek..

mujahadah itu bukan jalannya mudah.. seorang kakak menyuntik semangat.. aku bukan muslimah sejati.. bukan juga wanita solehah.. aku masih merangkak mencari diri.. tekadku satu.. ingin mengejar cintaNYA.. namun.. dalam perubahanku ini, godaan makin hebat.. di situlah godaan syaitan mengejar seketul daging bernama hati..

hari ini hatiku makin sayu.. malu dengan diriku yang dulu.. 24 tahun aku mengkaburkan hati..

usahaku mencari yang soleh.. silapku di situ.. namun kini, aku akan pastikan.. aku akan berusaha menjadi yang lebih baik.. aku ingin menjadi wanita solehah.. cita-citaku tinggi.. masih banyak impianku dan salah satunya sudah kulaksanakan..cuma istiqamah dan terus memperbaikinya.. insyaALLAH..

jahilnya aku ketika itu.. kerana kejahilan itulah membawa kepada titik-titik dan noda hitam terpalit di hatiku...

Menjadi Solehah dan bukan sekadar Mencari yang Soleh.. =) Aku yakin aku mampu mendapatkan cinta selepas akad nikah.. aku akan pelihara diriku.. tidak akan aku biarkan hatiku hanyut.. pasti cinta itu milikku dan akan kucari kekasih halalku itu dalam solat istikharahku.. tidak perlu aku berkawan rapat.. cukuplah taaruf untuk melihat pegangan agamanya.. dan akan ku biarkan istikharah memutuskan pilihanku itu.. besarnya impianku.. =) InsyaALLAH.. amin.



kontroversi??

minggu penuh kontroversi dan riang gembira.. alhamdulillah.. graf sy makin meningkat.. =)


kontroversi??.. terlalu byk perkara yang boleh dikontroversikan.. dengan keadaan sekeliling yang dingin namun berjaya dihangatkan dengan melihat ianya dari sudut pandang yang berbeza.. saya analogikan dengan Prism.. anda pasti pernah melihat prism.. bentuk bersegi-segi dan apabila cahaya menembusinya.. ianya akan menghasilkan cahaya yang mencapah.. sila analogikan.. anda adalah prism.. dan situasi serta peristiwa itu adalah cahaya lurus.. apabila ia berlaku pada diri anda.. pastikan proses tafsirannya mencapah.. mencapah dari aspek positif, bahan jenaka mahupun capahnya menjadi masalah.. tapis ianya lagi sehingga menimbulkan rasa yang lebih selesa..

teorinya mudah namun praktisnya sukar namun tidak mustahil.. insyaALLAH..

namun hati-hati..jangan kontroversikan benda buruk tentang orang lain.. cukuplah kontroversikan stress yang ada dalam diri dan senyumlah sendiri tatkala bermonolog.. jangan berlebih-lebih.. kawal diri yer Cahaya Hidupku.. =)

Tuesday, January 18, 2011

Puji-pujian hanya untuk Cinta Hatiku.. Allahumma Allah..


Hatiku berbunga indah.. Nafas baru.. Hati baru.. Semua dah 'renew' dan 'upgrade'.. Alhamdulillah..

Saya sangat suka diri saya yang baru.. Hikmahnya banyak.. Nikmatnya Hebat.. Kekaburan hati merampas semua itu.. Namun.. Alhamdulillah.. Cahaya CintaNYA benderang di hati saya.. =)

p/s: Ubat hati itu ada dalam diri.. carilah. Pasti jumpa dengan izinNYA...
Cinta dan rindu-rinduan hanya untuk Cinta Hati Saya.. InsyaALLAH.. amin.