Thursday, June 13, 2013

Si Bulat Rupanya...

 1

2

2


Rasa macam nak tinggal dah blog ni.. setengah tahun dah blog ni membisu.. rasa macam nak mulakan hobi baru.. mcm2 aku buat.. last2 aku jadi boring.. haha...

cuba tengok dr atas sampai bawah gambar2 tu.. mari buat perbandingan.. percaya atau tidak.. aku naik hampir 10 kg semenjak nikah tahun lepas... aku dah jadi obesiti.. =( memang la aku bukan kurus cekeding masa kawen dulu tapi ini membuatkan aku takut sangat... sob sob sob...

selalu aku cakap aku nak jadi sihat.. gemuk tapi sihat.. hakikatnya tak.. kalau dah jadi obesiti ni kira dah sakit la kan... huwawawa... 

ape aku nak buat.... aku cuba kurangkan makan malam dan cuba untuk selaraskan waktu tido.. semoga dalam setahun aku mampu konsisten.. bukan senang nak konsisten... harap2 tak hangat2 tahi ayam la.. sebab dah banyak kali pasang niat.. tapi bila dah dpt turun 6 7 kg aku mula la seronok pastu aku makan la pulak kan... jadi bertambah2 la pulak.. padan muka aku... 




Monday, December 31, 2012

Salam tahun baru...

Akan tamat 2012.. tinggal beberapa jam lagi untuk ke 2013..


terlalu banyak kenangan pahit dan manis bertandang dalam hidupku.. segalanya mematangkan diri dan merasionalkan fikiran... jika dikenang-kenang akan sayu dan sedih... NAMUN.. inilah aturan Maha Esa buatku pada tahun ini.. 

jika kulihat kembali.. aku tamak dalam mengejar kasih sayang.. tidak kira bersama keluarga mahupun persahabatan... 

dan hakikatnya.. tidak mampu aku gapai walaupun sering melihatnya di layar.. walaupun jemari mampu mengetip kekunci komputer mahupun telefon.. itulah aturanNya.. berpisah tetapi bukan bermakna aku membuangnya jauh.. dia tetap dekat.. ku lihat perkembangannya.. sedihnya kutahu serba sedikit.. gembiranya juga kutitip dengan tekaan.. semoga akan ada lembaran baru di tahun 2013.. semoga bahagia mengiringinya...

kisah 2012 juga tidak kurang dengan gembira dan bahagia.. kehadiran insan baru dalam keluarga.. si kecil yang menceriakan suasana.. dan tidak kurang juga dengan pemergian jauh di perantauan.... hati mengucapkan syukur dengan rasa cinta yang hadir saban waktu.. kerana kutahu.. halal itu indah... semoga yang terbaik mengiringi kami.. in sya ALLAH.. amin...

2013.. kuharap bahagia di permulaan hari esok.. dan ku harap kelak perjalanannya juga tidak memeritkan sukma jiwa.. amin. 

Friday, September 28, 2012

cukup...sudah..

Manusia jarang rasa cukup dengan apa yang ada.. dan sering mengeluh apabila impian tidak jadi kenyataan...


aku merujuk kepada diriku sendiri.. ada ketikanya aku mahukan lebih... dan kadangkala aku tidak mahu apa-apa.. adakah pendirian hidupku sangat celaru?..

namun.. harapanku.. aku akan sentiasa mampu mengingatkan diri untuk sentiasa melangkah ke jalan yang lurus.. insyaALLAH.. amin..

what is new for me? i went to jakarta n bandung last week.. percutian ringkas.. yang ad hoc.. tanpa perancangan.. dan main terjah je.. tapi boleh dikatakan satu pengalaman baru yang hebat..

nanti aku update tentang perjalanan dan kosnya yer.... hihii.. =)


Friday, September 14, 2012

Ogos + September


Cuti tiga hari bermula esok.. di mana anda akan manfaatkan cuti anda? pasti ade kenangan akan tercipta saat bercuti.. di rumah mahupun di luar rumah..

bulan Ogos dan September adalah bulan penuh makna bagi diriku dan suami.. ada 4 peristiwa bagi 2 bulan ini..

19 Ogos 2012 - My 26th birthday & 1 Syawal 1433...
20 Ogos 2012 - Anniversary kerja suami.. 5 tahun dah untuk 2012 ni...
6 September 2012 - My husband 28th birthday...
10 September 2012 - Anniversary engagement day.. huhu..

esok adalah masanya untuk celebrate peristiwa tersebut.. mungkin jugak merangkumi kesemua event untuk 2012.. esok jam 8.50 am, aku nak pergi ke langit.. terbang ke Jakarta.. Then terus ke bandung... Berdebar2.. semoga mudah perjalanan kami.. yang paling mendebarkan masa balik nanti.. aku balik sorang nnt.. smpai sini dalam jam 11.30 malam.. suami aku tinggal kat Jakarta sampai hari Jumaat.. keseorangan kat rumah minggu depan..mesti boring.. huhu...

hari2 duk fikir.. apa yang aku nak beli kat sana ek? gaji lambat lagik ni.. hahaha... kena betul2 berjimat cermat... survey tempat dulu.. next time kumpul duit pastu pergi untuk shopping mopping.. huwahahaha...

p/s: semoga ALLAH lindungi kami.. insyaALLAH.. amin..


Monday, August 27, 2012

Aidilfitri.. =)

Aidilfitri...

Sudah berlalu cuti raya.. hari ni akan mula kembali bertugas.. seminggu berada bersama keluarga.. 2 buah keluarga yang berbeza namun penuh kasih sayang..

tahun ni beraya bersama keluarga mertua.. pengalaman yang banyak.. yang pelbagai.. antaranya ialah menganyam ketupat.. seingat aku la.. masa kecik2 dulu je duk belajar anyam ketupat. tgk2 dah besar ni belajar lagi.. siap dengan angin sepoi bhaasa gitu.. duk kat luar nganyam ketupat.. best tu. hihii.. alhamdulillah.. menjadi sarung ketupat aku.. jadi santapan seisi keluarga.. haha.. ni berkat pengajaran dari suami n mak mertua ni.. harap2 jadi tradisi tahun2 akan datang.. walaupun lambat nak menganyam tapi boleh la jadi kann.. hihii...


seterusnya macam biasalah.. masak memasak tapi aku tak masak la.. aku tolong2 jer.. apa yang lain makanannya ek? jeng jeng jengg... lodeh.. ataupun lontong.. aku rasa kat perak tak ada lontong yang dimakan raya pertama.. tapi kira belajar la kan.. seronok rupanya berada di luar budaya sendiri..


kemudian beraya pulak di kampung.. suasana yang lain.. walaupun aku ada kampung tapi kampung aku lain.. kalau kat perak balik untuk ziarah je.. kalau kat melaka masih ada la opah aku.. tapi rumah pun dah batu.. xde la papan lagik.. kali ni aku beraya di kampung.. suasana yang berbeza dan menyeronokkan.. pengalamannya macam2.. penuh memori untuk kali pertama ini.. aku selesa dengan keadaannya.. =) kalau dulu aku selalu rasa aku ni mmg duk kat bandar tapi aku masih membawa konsep kampung tu.. tapi rupanya aku masih belum cukup memahami dan mendalami konsep berada di kampung itu.. dan aku diberi peluang untuk merasainya.. semoga selama-lamanya.. aku akan ajarkan kepada generasi akan datang.. insyaALLAH.. amin..



seterusnya aku pulang ke kampung di melaka.. dan seterusnya beraya di perak.. aidilfitri kali ni agak penat tapi seronok dan semua isi cutiku berbaloi-baloi.. memang beraya sakannn.. alhamdulillah.. =)




Wednesday, August 15, 2012

lebaran..


syawal kian menjelma.. muhasabah diri yg serba kekhilafan.. ingin ku mohon kemaafan pada semua.. mujur juga kawanku tidak berjuta. jika tidak pasti lebih byk dosaku sesama manusia.. pasti lebih byk ak menyakiti hati kawan2 ku... semoga kemaafan diberi atas kesilapanku.. insyaAllah.. tahun ni sudah byk yg berubah.. sayu.. minggu terakhir ramadhan menguji kekuatan emosi.. mampu atau tidak ak harungi lautan kerinduan dan kesayuan ini.... semoga Allah meneguhkan hatiku utk sentiasa mencari rahmat dan hikmah segala situasi.. insyaAllah. amin.. salam lebaran buat semua..

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan.. & al-kisahnya..

11 Ramadhan.. Sekejap je dah masuk hari kesebelas.. tik tok.. tik tok.. syukur bertemu kembali dengan Ramadhan.. terdapat pelbagai kisah di bulan Ramadhan.. semua pasti mempunyai kisahnya yang tersendiri.. setiap kali Ramadhan kisah baru akan muncul.. manis mahupun pahit..


Ramadhan kali ini mempunyai perubahan dalam kehidupanku.. semoga mampu dijalani.. mampu diselami dan dihayati.. biarlah segala kisah jadi rahsia di dunia realiti.. =)

setiap hari akan tercetus pelbagai pengajaran.. tentang Ramadhan.. tentang hidup.. tentang isu semasa.. yang baru semalam tercetus adalah MLM - Multi-level Marketing.. google dan google.. jumpa http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/MLM.pdf

bila dibaca segalanya umum.. dan masih lagi belum dapat tafsiran sebenar.. kesimpulannya.. aku rasa aku perlu jauhi hal-hal perniagaan yang mengandungi unsur syubhah seperti ini.. takut.. sebab kalau keuntungan itu bukan sumber halal, makanan yang dibeli menjadi sumber yang tidak diketahui lalu menjadi darah daging.. nauzubillah.. dulu aku kurang mengambil tahu lalu aku tidak menitikberatkan hal sebegini..

dalam kehidupan ini.. banyak perkara tersembunyi berlaku.. lalu diambil remeh.. dan menjadi sgt jahil.. aku lah orang itu.. semoga mampu aku berubah ke arah yang lebih baik..

p/s: sukar menjadi benar-benar hamba ALLAH yang sejati.. masih terikat aku dengan dunia dan nama.. masih sukar menjadi qana'ah.. jahilnya aku.. =(

There was an error in this gadget