Sunday, July 31, 2011

Sekali lagi...

Semuanya takkan pernah serupa..


Adakah mereka faham segalanya?.. Tidak..

Telinga siapa yang mampu mendengar kisah itu berulang kali.. Tiada.. Jika ada, pasti bosan akan menerpa lalu ucapan sabar dan kuat peneman bicara.. Ye.. aku tahu..

Dan kesekian kalinya.. aku sendiri menyulam rasa sebak.. terbenam.. tertahan.. hanya mengalir hiba waktu sendu tidurku.. dan masih.. tiada siapa yang tahu..

Ingin kujeritkan segala benakku.. namun.. pasti.. tiada siapa mahu cuba mengerti.. mendengar namun tiada hati.. dan sesekali.. ingin aku cerita semua kenangan itu kepada insan yang tidak lelah meluangkan waktunya untukku..

dan akhirnya.. aku diam.. membelai rasa.. kerana aku tidak cukup kuat menanggung sepi itu sendiri.. dan masih.. aku di sini.. cuba untuk kuat.. walau hakikatnya aku perlukan tongkat untuk menompang bahuku..

Siapa sahaja yang mahu meminjamkan telinga dan hatinya untuk mendengar kisahku.. yang tidak sudah2 mengadu perih..

Sekali lagi... Tawaku Selaung Tangisku.. Dan Laungan kuat tersangkar dalam jiwa.. Hingga sesak di dada tidak kelihatan di mata.. =(

p/s: Ramadhan kembali menerpa.. InsyaALLAH bermulalah perjalananku.. Mengabdi diri menjalani suruhanNYA.. Namun.. Ramadhan yang kembali bersama.. Namun takkan pernah serupa seperti dahulu kala.. Kerana bondaku yang tercinta tidak ada lagi bersama.. kenangan itu kuat terpahat.. berbekas lalu takkan pernah dilupa..

Thursday, July 28, 2011

Carta Hati,, =)

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya

jangan engkau jangan pergi
jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati

kau janji kan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita



Tidur....

Tidur yang terganggu adalah tidur yang kurang berkualiti.. kebelakangan ni sering berlaku padaku.. penat.. kadangkala sehingga tidak mampu bertahan lalu menyebabkan kepala jadi berat.. badan jadi lemah.. letih mcm ni..


Malam tadi aku rasa paling kronik keadaan aku.. aku terlena selepas maghrib.. bangun pulak jam 9.. selesaikan perkara yang patut.. pas solat aku baring balik.. dan lena.. sampai kul 11 lebih.. aku bangun.. tengok rumah dah sunyi.. termenung sekejap.. pastu sambung balik tido.. pastu terjaga lagi kul 2 lebih.. sambung balik.. pastu terjaga lagik dekat2 kul 4.. oleh kerana hp ada di sebelah bantal.. jadi senang nak tau jam pukul berapa.. dan akhirnya aku terjaga kul 5.. terkedip2.. mengantuk.. duduk sekejap.. baring sekejap.. termenung.. dan kini aku kat sekolah.. mula untuk malas... =(..

apa yang memenatkan aku?.. tido yang terganggu itu kerana apa?.. selalunya kalau badan penat.. mesti dah lena tu terus je smpai pagi.. aku ni lain pulak.. Letih jugak bila mcm ni.. mungkin simptom perlukan perubahan dalam hidup agaknya..

Harap aku dapat jalani kehidupan dengan baik hari ni.. banyak perkara perlu diselesaikan.. hal sekolah.. hal peribadi.. hutang2 perlu dilangsaikan sebelum akhir bulan..

Take Care Norhayati.. Semoga Ceria Hari Ini...

Friday, July 22, 2011

Sungguh... aku rindu...

Jumaat sering menjadi hari yang sayu buatku.. sejak dari dulu.. kadangkala aku sendiri tak tau punca sebenar rasa sayu itu.. mungkin dosa2 yang terhimpun membuatkan aku sayu sendiri sehingga tidak mampu menjelaskan punca sebenar hati menjadi sayu..


Hari ini hari jumaat.. sayu merantai lagi.. menyesakkan sanubari.. dan hadir kembali rasa rindu itu.. dan rindu itu menyakitkan..

Tiada lagi pelengkap itu.. dan sungguhhhh... aku rindu.. SUNGGUH RINDU... =(

Sayu mula menarik takungan di pinggiran kelopak mata.. graviti mula menarik titisan halus jatuh ke pipi.. dan bertahan.. masih aku bertahan... walau sakit itu makin menyesakkan.. makin memerah segala semangatku.. dan pasti.. aku pasti harus terus melangkah.. mara mengejar bahagia.. dan khas nukilan ini buat bondaku tercinta.. atie rindu!.. =(

"Empangan mula tidak mampu terbendung.. Mohon kuat menampung tadahan hujan sehingga paras selamat.. Jika tidak, empangan pasti pecah lalu memberi kesan buruk pada orang sekitar.."

Friday, July 15, 2011

Rindu =(

Semakin hari semakin dalam rinduku pada bondaku yang tercinta.. namun cuba ku alihkan pada insan lain yang ada di sini.. pada keluargaku.. pada sahabat2.. pada insan yang bakal menerajui hidupku kelak..


tapi masih.. cinta itu tetap buat bondaku jua.. rinduku itu tersimpan istimewa hanya untuknya.. takkan pernah terganti.. terusik untuk yang lain.. khas istimewa hanya buat bondaku yang tercinta.. =(

Tuesday, July 12, 2011

Hari Pertunangan..

Tahniah Kakakku Nor Anisah Zainudin aka Angah.. =)
Selamat Hari Pertunangan.. 10 Julai 2011.. Hari senyuman buat kita sekeluarga..
Restu abah dan arwah mak mengiringi hubunganmu dengan si dia.. Yupp.. arwah mak suka sangat dengan dia..
insyaALLAH.. dipermudah perjalanan jodoh kalian.. doaku buat kalian berdua.. =)

Sunday, July 3, 2011

Datang & Pergi...

Jangan ditanya mengapa aku menghilang...
Usah peduli jika aku terus berlalu pergi tidak menoleh kembali...

Jangan disoal betapa kejam lakuku padamu...
Usah hirau lagi kelibat dan senduku.. itulah kamu yang aku kenal sejak dulu..

Sayu mengenangkan kisah kita, sahabat..
Kerana engkau pernah membuatku menangis.. beberapa kali kerana lakumu..

Sedih mengenangkan kisah kita, wahai sahabat..
Kerana rahsia hatimu terlalu jauh untuk kugapai..
Kerana egomu yang kadangkala buat aku terluka berderai..

Tidak mungkin ia akan kembali sama.. serupa..
Tidak mungkin kasihku padamu itu akan mekar dan ceria seperti sebelumnya..

Pergilah engkau dengan hidupmu yang bahagia..
Jauhlah engkau seperti selalu.. jangan dekati aku bersama cerita barumu..

Menitis lagi air mata keranamu, sahabat...
Kerana diriku tidak lagi penting buatmu..
Mungkin jua tidak pernah penting sejak taut salam bersatu..

Jika engkau rendahkan sedikit egomu lalu menyapa mesra diriku..
Mungkin terubat hatiku seperti selalu yang aku lakukan terhadapmu..
Namun kasarnya mata melihat.. engkau gembira bersama teman barumu..
Tidak lagi menjeling sekilas tentangku.. Kerana aku tiada lagi harga buatmu..

Pergi.. Jauh.. Jangan pernah tanya tentangku lagi..
Tidak pernah sekali aku bermusuh lalu berdendam hati..
Cuma ingin ku lerai tali erat persahabatan cukup sekadar kulihat dan kenali..
Siapa namamu.. Kisahmu dulu.. Dan CUMA tidak mahu lagi kupinjamkan hatiku padamu lagi..


KERANA SAKIT ITU AKU TANGGUNG SENDIRI.. MENGENANGKANMU YANG SEMAKIN JAUH... WALAUPUN PERNAH ENGKAU HULUR TANGAN PERSAHABATAN DAN DATANG DEKAT NAMUN KINI.... SEMUANYA TELAH JAUH BERLALU PERGI..

p/s: Pernah kuucap dulu.. tali silaturrahim itu tidak putus jika dendam tidak meraja di hati..

Friday, July 1, 2011

Jauh Hati...

Meluahkan di dada diari ini.. teman akrab dan setia untuk ku coret segalanya.

tema beberapa hari ini... jauh hati/terasa hati/sentap/terkilan...... hurm.. dengan siapa? dengan manusia-manusia.. beberapa orang manusia yang kononnya bergelar teman, kononnya seorang kawan...... dan kisah yang sama berulang lagi.. hurm.. mungkin sudah tidak penting lagi.. kerana dia punya kawan yang lebih ramai.. apalah sangat diriku?.. saat perlunya telinga untuk bercerita.. datanglah.. namun.. saat punya rakan berketawa dan berbahagia.. pergilah.. aku juga teringin menjadi orang yang tak kisah.. supaya memelihara hati supaya tidak mudah terusik rasa.. namun inilah jua ujiannya.. untuk aku lebih mengenal diri.. ikhlas atau tidak aku menjalinkan persahabatan itu.. kadangkala lelah.. bila berulang kali terjadi.. sehingga ingin aku buang dia jauh dan aku pergi tidak menoleh lagi.. tapi aku jua begini.. berpura-pura.. dan akhirnya aku lah manusia yang tidak kenal erti ikhlas dalam diri ini.. hipokrit! haihhhhh... =(

apakah kisahnya? ada lah beberapa kisah.. yang aku rangkumkan sebagai tindakan yang sedikit mengguris.. temankah?.. kawankah begitu?.. komunikasi itu penting.. aku masih berusaha memperbaiki komunikasi agar tidak melukakan.. jika aku merasakan aku sudah melukakan.. aku akan minta maaf.. dan sekiranya aku tidak sedar.. tegurlah, dan aku pasti akan minta maaf.. namun kadangkala manusia itu lalai lalu secara tidak langsung hati2 halus seperti aku ni mudah benar terasa.. namun aku masih melayannya dengan baik.. tidak mahu bersengketa.. mungkin ini hanya ujian hati dalam melihat keikhlasan aku dalam menjalinkan persahabatan.. seiring doaku..

'Ya ALLAH..dekatkanlah hatiku dengan hati-hati orang disekelilingku.. jauhkanlah persengketaan antara kami..amin."