Thursday, July 28, 2011

Tidur....

Tidur yang terganggu adalah tidur yang kurang berkualiti.. kebelakangan ni sering berlaku padaku.. penat.. kadangkala sehingga tidak mampu bertahan lalu menyebabkan kepala jadi berat.. badan jadi lemah.. letih mcm ni..


Malam tadi aku rasa paling kronik keadaan aku.. aku terlena selepas maghrib.. bangun pulak jam 9.. selesaikan perkara yang patut.. pas solat aku baring balik.. dan lena.. sampai kul 11 lebih.. aku bangun.. tengok rumah dah sunyi.. termenung sekejap.. pastu sambung balik tido.. pastu terjaga lagi kul 2 lebih.. sambung balik.. pastu terjaga lagik dekat2 kul 4.. oleh kerana hp ada di sebelah bantal.. jadi senang nak tau jam pukul berapa.. dan akhirnya aku terjaga kul 5.. terkedip2.. mengantuk.. duduk sekejap.. baring sekejap.. termenung.. dan kini aku kat sekolah.. mula untuk malas... =(..

apa yang memenatkan aku?.. tido yang terganggu itu kerana apa?.. selalunya kalau badan penat.. mesti dah lena tu terus je smpai pagi.. aku ni lain pulak.. Letih jugak bila mcm ni.. mungkin simptom perlukan perubahan dalam hidup agaknya..

Harap aku dapat jalani kehidupan dengan baik hari ni.. banyak perkara perlu diselesaikan.. hal sekolah.. hal peribadi.. hutang2 perlu dilangsaikan sebelum akhir bulan..

Take Care Norhayati.. Semoga Ceria Hari Ini...

0 Comments:

Post a Comment