Tuesday, May 31, 2011

Pengakhiran Mei 2011.. Melangkah pula ke Jun 2011.. Pantas berlalu.. Alhamdulillah.. di sinilah aku masih bernafas.. mampu melihat, mendengar dan merasa indah di sekelilingku.. alhamdulillah..


apakah yang berlaku sepanjang Mei?.. apakah debarannya dalam mengharungi Jun?.. apa pula yang bakal berlaku pada Julai dan seterusnya??... semoga ALLAH memberi kesempatan padaku untuk berada bersama melayari hidup sementara ini.. baktiku di sini seolah-olah masih belum pernah cukup.. bakti pada abah.. bakti pada arwah mak dalam memenuhkan bekalnya di sana.. bakti pada keluarga dan sekalian makhluk di sini..

Teringat masa jalan2 kat GM kelmarin.. jalan sorang2 tgk2 baju untuk angah.. dah penat jalan.. rs dahaga.. cuaca sungguh panas.. alhamdulillah dapat singgah kat satu restoran ni.. order air pastu krukk.. perut bunyi.. laaaa.. aku xmkn lagi rupanya.. so order meehoon sup.. masa smpai je makanan n minuman.. datang seorang kanak-kanak.. derma untuk pusat tahfiz di sekitar kedah.. aku telah niat untuk beri stkt yang kumampu.. aku niatkan bagi pihak bonda tercinta.. ku tanya mcm2 pada kanak-kanak itu.. dan akhirnya aku ajak kanak-kanak itu makan.. bersih je muka dia.. cahaya suci kerana menghafaz ayat-ayat suci.. kalau nanti aku ada anak, insyaALLAH.. aku nak hantar belajar mengenal Tuhan dan Rasul serta Cinta-cinta sejati yang mendapat berkat dariNYA.. biarlah kami hidup penuh kasih sayang yang subur dalam hati.. keluargaku dengan ALLAH dan Rasul.. Keluargaku dengan ahli-ahli di dalamnya.. ada anak-anak, ada ayah dan ibu.. Keluargaku dengan saudara-saudaranya.. Keluargaku dengan jiran-jiran.. Keluargaku dengan alam.. dan pelbagai Cinta suci yang menyuburkan rasa kasih sesama insan dan sekeliling.. akan kudidik dengan rasa cinta dan penghargaan.. insyaALLAH.. impianku banyak.. biarlah hanya CINTA HATIKU mendengar segala bisik hati.. kerana hanya padaNYA ku berserah dan yakinku rencanaNYA yang teragung.. =)


Tenangkanlah hatiku..

"Dlm soal mncri jdh ni stu pkra yg pnting adlh "NIAT". & dlm soal mncri psgn yg baik- kita prlu mlakn dgn dri kita...klu nk psgn yg baik,kita kna jd baik dlu.... & psnn takhr pkra yg pling pntin"DOA"-sntiasalah bdoa, yakinlah dgn kuasa Allah..yg ssh blh mnjd sng.." (nasihat seorang rakan..)


Takutnya terpesong.. Benar.. aku tahu jalan pulang bila mula membelok ke simpang dan pasti mempunyai U-turn namun takutnyaaaa... Dia telah mengingatkanku sekali.. takutnya Dia tak lagi mengingatkan aku saat kali kedua.. namun niatku masih sama seperti awalnya.. ingin mencipta cinta yang halal.. aku kawal hati, aku usaha kuatkan hati jangan menitiskan air mata kerana cinta manusia yang belum tentu akan menjadi kekasih halalku.. jika niatnya adalah untuk membina baitul muslim bersamaku.. maka matlamatnya sama denganku.. dan aku akan usaha persiapkan diri aku untuk suamiku.. dan suamiku itu belum pasti lagi adalah dia selagi dia belum selamat menyebut namaku dalam lafaz akad nikah itu.. dan akanku tunggu saat itu kerana rahsia itu tak akan tersingkap seandainya belum tiba masanya.. dan aku minimakan harapan terhadap insan bergelar lelaki itu kerana bukan dia penentu masa depanku.. yer.. tiadalah harapan yang mampu ku bergantung selain daripada CINTA HATIKU.. =).. cuma hati masih belum terdidik untuk tenang.. berdebar dengan segala rasa..


Ya ALLAH.. jika inilah rencana terbaik yang Engkau ciptakan untukku, permudahkanlah.. tenangkanlah hatiku.. peliharalah jiwaku sehingga tiba saatnya itu.. Namun jika dia hanyalah persinggahan dan perlabuhan dalam ujian meneguhkan hati, aku terima dan tenangkanlah jua hatiku, damaikanlah jiwaku dengan ketentuanMU.. amin.

Sunday, May 29, 2011

^_^

~ seadanya.. insyaALLAH.. ~

~.~

~Menanti Sebuah Jawapan..~


Friday, May 27, 2011

(^_^)

~ Seketika namun bahagia.. Terima kasih.. ~

Thursday, May 26, 2011

oH Tidak... =D


Jerawat di pipi kananku.. apakah maknanya? mungkinkah jerawat gatal menyerangku skrg ni.. huh~~.. jika benar, gatalnya aku ni.. smpai jerawat menjadi bukti..kihkihhh... =D

p/s: Gatal kerr??!~~ oH Tidak...

Wednesday, May 25, 2011

TJs.. =)

Balik rumah semuanya jadi ok.. =).. terima kasih sahabat2 ku - TJs.. =) bertuahnya aku ada mereka.. suka dan duka jadi perasa peluahan kami.. macam2 cerita dikongsi.. tentang diri,hati dan insan2 di luar sana.. dan mereka mendengar sebagaimana aku mendengar kisah mereka lalu menjadi kisah kami yang tertutup di balik pintu dan pandangan mata.. Terima kasih.. =)

kepompong..

students tersayang tgh exam skrg.. mmg aman je sekolah.. cikgu2 sungguh seronok bila students exam.. semua cikgu jadi penyayang.. baik hati.. sbb tak perlu ditekan oleh mereka mereka yang bergelar pelajar.. makan pun dengan senyum je cikgu2 kat sini.. aku?.. mcm biasalah.. SENYUM..=).. jumpa sape pun senyum.. senyum tapi pendiam.. ye ke?.. masih belum masanya.. lebih2 lagi kerana adanya cikgu dot dot dott.. sape yang nak tukar.. aku ke dia?.. wahai pengetua.. kalau dalam setahun sy kena pindah 3 kali pun sy sanggup.. sy tak berkembang di sini.. kenapakah alasan belajar itu diberikan lalu tidak membolehkan sy membuat keputusan?.. perlukah dijaja bahawa Norhayati ini budak yang tak boleh buat keputusan.. berilah aku peluang.. bagaimana nak menanam integriti kerja dalam seharian jika peluang dan kebebasan kreativiti aku disekat-sekat?.. cikgu dot dot dott.. sy ada banyak idea nak buat kat sekolah ni.. lastly idea sy ni, sy bagi pada kawan2 di sekolah lain.. maka sekolah mereka membangun.. insyaALLAH.. kenapa GBK di luar lebih menghargai sy wahai cikgu dot dot dott?.. mereka lebih faham sy, lebih menerima sy, lebih menghargai idea sy, lebih nampak potensi sy... kenapa cikgu tak nampak?.. adakah kerana umur sy sebaya dengan anak sulung cikgu sehingga cikgu merasakan sy budak mentah yang bodoh?.. cikgu dot dot dott.. sy xkan bantah ape yang cikgu buat.. sy xkan marah cikgu, sy xkan kata ape2 selain daripada senyum dan mengangguk.. kalau ada kawan2 yang tau aku mcm ni kat sekolah mesti mereka kata .. "yati, knpa ko jadi mcm ni?" kawan kat rumah selalu dengar kisah tragis aku di sini.. bagilah aku kerja.. bagi aku mengajar sebab bila aku ada dalam bilik ni, aku bekerja dengan separuh hati kerana setiap ape yang aku buat dia akan ubah.. lebih baik cikgu duk sorang-sorang je kat sini.. kalau tak perlukan sy, sila ckp kat PPD tukarkan sy balik ke sekolah lama sy.. sbb dia cinta pertama sy.. sy suka duk sane.. konfliknya aku di sini..

aku survey keja lain.. isi mcm2 borang.. pastu aku tekad isi borang tukar.. benar kata abah.. "cikgu-cikgu hidup dalam komuniti yang kecil.. maka dia mencari pengaruh dalam komuniti itu sahaja.. " kadang-kadang nak lepas geram aku akan ckp.. "dasar kafir..".. uwaaaaaaaaaaa... hitamnya hati aku duk kat sini..

tengok je hari ni.. aku boleh je post kat blog.. main fb..baca paper.. buat research yang xde kaitan dengan sekolah.. semangat dah semakin hilang.. kadang2 aku rasa aku hanyalah setiausaha yang menaip surat kemudian surat aku dikomen banyak kali.. pastu dia ubah dan ckp "semua ni sy kena ubah balik..".. tapi aku intai ayat2 kat surat tu.. "mcm ayat aku je.. "..

hari-hari fikir mcm mane nak lepas dari kepompong ni.. sbb tu aku suka bila join program PPD & JPN. panggillah aku bila-bila masa.. aku suka je nak keluar.. sbb masa tu khidmat aku diperlukan, dihargai.. aku tak dapat benda tu kat sekolah.. =( .. tapi bila ada surat je mesti cikgu dot dot dott ckp tak perlu pergi..hurm.. =( padahal duk kt sekolah nak buat ape pun tak boleh.. semua salah.. semua tak betul.. mcm la betul sgt.. senarai semak JPN tu pon awk dah pening cikgu dot dot dott.. kalau awk hebat mesti awk tak gelabah..kan kan?.. haihhhhhhhhhhhhhh..... =(

pastu aku ingat nak tukar profesion.. Smlm terfikir-fikir lagi.. mcm mane caranya?.. jalan mcm dah ada.. cuma kena usaha lebih gigih.. walaupun aku tahu aku bukan otak bisnes..haha..

"yati.. org nampak bab bisnes ni.. yati asyik nampak kaunseling jerr.."

haihhh.. tak rasionalkah aku??.. yang aku tau emosi aku bukan sedih tapi agak terkilan sbb terkongkong.. semoga ALLAH kuatkan hatiku.. kerana DIA lebih tahu yang terbaik untukku.. alhamdulillah atas segala kurniaannya..

Tuesday, May 24, 2011

~""~

~"Jika hati yang dikau lihat.. daku akan berjuang sehingga akhir nanti..
Namun.. jika zahir yang dikau pandang.. akan daku menyerah kalah dan berlalu pergi.. "~

Monday, May 23, 2011

memori kalbu..

~"cerita lama jangan dibuang, simpanlah dalam memori kalbu, pasti ada rasa manisnya di situ.."~


terbaca sebuah blog.. sangat menarik.. cerita tentang pengembaraan.. tentang keluarga.. kehidupan.. dan macam2... aku baca sekali imbas dan kata-kata di atas terpalit di hati.. yer.. aku setuju.. aku merasai manisnya.. tidak sekali ku buang dan sentiasa tersemat di sanubari..

Saturday, May 21, 2011

Jauh, Dendam & Sengketa..

Bila mula rasa jauh... Dekatkan..
Bila mula prasangka buruk.. Hapuskan..
Bila mula berkecil hati.. Senyum dan tegurlah tanpa jemu..


aku selalu ingatkan diri.. takpe.. kita mencuba.. usaha perbaiki hubungan yang semakin tampak kurang serinya.. tak kiralah hubungan dengan ALLAH.. keluarga.. sahabat2..

aku manusia.. mudah digoda emosi yang sering bertandang tidak diundang.. dan pasti syaitan mengusik dinding hati lalu mula berkecil hati, berjauh hati.. dan tenang itu diragut bila aku rasa macam ni.. aku tidak berdendam dengan sesiapa.. ia merugikan.. bergaduh kerana hal dunia.. jadi aku takkan pilih untuk melarikan diri dan pergi jauh tanpa berita.. itu bukan aku.. biarlah kita jaga hubungan itu, biar jadi elok walau terselit secebis rasa kurang senang.. kekok dan sebagainya.. tapi aku cuba usaha mendekatkan hati dengannya.. kerana selalu aku sebut dalam doaku..

'dekatkan hatiku dengan insan-insan yang ada disekelilingku.. jauhkanlah persengketaan antara kami.. '

Semoga CINTA HATIKU memeliharaku dari sebarang bentuk persengketaan dan dendam.. amin..


Tiada siapa menyangka

Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Chorus
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Ulang Chorus

Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata

Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya






Friday, May 20, 2011

Benarkah? =(

Benarkah seorang guru bimbingan dan kaunseling tak boleh terlibat dalam aktiviti spotcheck pelajar? tak boleh check beg pelajar? tegur kesalahan disiplin pelajar?.. kemusykilan.. apakah kaunseling itu tidak menekankan soal disiplin dan peraturan? sedangkan menjalankan program kaunseling,sesi kaunseling semuanya ada peraturannya.. ada etikanya.. ada prosedur yang distrukturkan.. jadi mengapakah menegur masalah disiplin pelajar adalah hanya tugas seorang guru disiplin yang dilantik sahaja?.. bukankah GURU bimbingan dan kaunseling adalah seorang GURU? DAN semua guru di sekolah adalah guru disiplin.. jadi salahkan saya menegur kesalahan pelajar wahai cikgu dot dot dott...haihh


berkobar-kobar nak tukar dari sini.. tapi jika aku tidak menghargai pengalaman di sini, mungkin di sekolah lain adalah lebih teruk lagi.. enjoy with what i have.. walaupun banyak yang terhalang dan dihalang tapi aku teruskan jugak lah.. walaupun aku tau kerja aku mesti tak lah bagus sangat sbb kat mata cikgu dot dot dott aku ni bodoh, kosong dan budak-budak.. tapi bila aku check balik ikut buku panduan dan senarai semak tu, dia pun bukan bagus sangat.. banyak kerja passing sana sini, last2 aku jugak jadi penyudah kerja dia.. come on la cikgu dot dot dott.. takkan program sebelum saya datang sekolah ni pun saya yang nak buat laporannya.. mana saya tau awak buat ape masa tu.. tapi aku diam je lah.. haihh.. nak jumpa students susah.. apa aku buat semuanya salah.. padahal pengetua tak ckp ape pun.. =(..=(

tak puas duk sini.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... ada tak yang faham keadaan aku.. aku lebih suka dpt keja banyak2 daripada semua kerja dihalang2.. tersekat-sekat.. last2 aku buat keja semua kena komen sampai 10 18 kali dan akhirnya keputusannya.. norhayati, program tu cancel lah.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... menguji kesabaran betul.. sabo je lah.. senyum.. takkan nak melawan.. diamkan aje lah.. last2 protes.. hari2 cikgu pi sekolah cikgu online fb n blog.. haihhhhh... kalau KPM tau mesti aku kena terminate immediately.. =(

stress tapi tak pelah.. ak buat je keja aku.. bantahan secara halus.. perlu ada strategi.. salah satunya..

dengan tersenyum.." ye ke? saya tak perasan pulak.. "

hidup dalam kepura-puraan bila bekerja dengan insan yang dah liat nak faham kehendak sekolah,PPD,JPN,KPM dan Malaysia.. sabo je lah ye Norhayati Zainudin..

Thursday, May 19, 2011

Perlu kerr??..

Penatlah nak jawab soalan berikut.. Baru nak kenal-kenal dah tanya..


1) Pandai masak tak?
2) Pandai jahit tak?
3) Suka budak-budak tak?
4) Rajin kemas rumah tak?
5) Selalu bangun pagi pas subuh tidur balik tak?

haihhhh.... perlu ke baru nak kenal2 dan tanya soalan tu?.. dapat kat Norhayati Zainudin.. senang jer dia jawab..

1) SAYA TAK PANDAI MASAK
2) SAYA TAK PANDAI JAHIT
3) SAYA TAK SUKA BUDAK-BUDAK
4) SAYA MALAS KEMAS RUMAH
5) MEMANG HOBI SAYA TIDUR SAMPAI TENGAH HARI

So??.. tamat dah terus.habis cerita.. tak da la nak kenal2.. haihh..

PERLU KERR nak jawab soalan2 tu mcm kat bawah ni?..

1) saya pandai masak.. saya pandai masak tu.. ni.. yang itu.. yang ini..
2) saya mmg pandai jahit.. bukan setakat jahit baju.... jahit manik.. jahit sulam..
3) saya suka sangat budak2.. budak2 permata hati.. penyejuk mata..saya suka sangat2...
4) saya rajin.. tiap2 hari mop lantai.. sapu 3 kali sehari.. habuk takda kat umah saya..
5) saya bangun sebelum subuh.. buat solat sunat.. pastu subuh.. pas subuh saya ngaji.. pastu sy buat sunat dhuha kul 7.40 pagi..

hurm... kadang2 tak semua perkara perlu diberitahu.. biarlah tindakan memberi jawapan.. kalau kawen nanti tahu lah jawapannya.. yang jawab SUKA dan PANDAI tu kadang2 hanya meniti di bibir.. dan yang TAK SUKA dan MALAS itu mungkin hanya mahu menguji.. mustahil di dunia ini, seorang gadis tidak pandai langsung memasak.. lebih2 lagi gadis Malaysia yang pasti kebanyakkannya pernah ke dapur.. walaupun tidak begitu mahir memasak tapi boleh.. kerana ianya adalah kemahiran.. manusia belajar dan mampu berubah..

dan kepada insan2 yang bertanya soalan tersebut.. lebih2 lagi yang tanya pada hari ini.. jawapan saya adalah TIDAK.. anda tidak sabar untuk mengenali saya.. dan saya ni manusia.. yang KONONNYA anda mahu jadikan pasangan hidup.. tapi soalan itu mcm nak interview bibik je??.. so.. markah anda hanyalah D buat masa ini.. terima kasih..


Item Pemantauan GBKSM


JABATAN PELAJARAN NEGERI

PULAU PINANG

JALAN BUKIT GAMBIR, 11700 PULAU PINANG



INSTRUMEN PEMANTAUAN

PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING(PBK)

SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH


BAHAGIAN B : SENARAI SEMAK PERKHIDMATAN

BIL

ITEM/PERKARA

SENARAI SEMAK

ULASAN/CATATAN

ADA

TIADA

1

Perancangan Tahunan

1.1 Perancangan berjilid lengkap

1.2 Tentukan tarikh,tempat, masa

1.3 Sasaran dinyatakan

1.4 Personelia ditentukan

1.5 Piawai dan petunjuk prestasi

2

Pengurusan & Pentadbiran

2.1 JK Penyelaras PBK Sekolah

2.2 Buku Daftar Klien [Sulit]

2.3 Laporan Sesi [Sulit]

2.4 Pengurusan Fail & Rekod

2.5 Borang-Borang Perkhidmatan

2.6 Buku Kehadiran Pelajar

2.7 Buku Pelawat/Tetamu

2.8 Maklumat/Rekod Kewangan

2.9 Buku Panduan Pelaksanaan

2.10 Sebaran Maklumat PBK

2.11 Fail Meja

2.12 Sasaran Kerja Tahunan(SKT)

3

Buku Rekod Perkhidmatan

3.1 Profil Diri GBK/Kaunselor

3.2 Statistik pelajar/sekolah

3.3 Carta Organisasi lengkap

3.4 Rancangan Tahunan PBK

3.5 Anggaran Perbelanjaan

3.6 Rekod Harian PBK

3.7 Analisis mingguan/bulanan

3.8 Rumusan tahunan [Data L4]

3.9 Rekod Pergerakan GBK

3.10 Disemak oleh Pengetua/GB

3.11 Maklumat tambahan

4

Perancangan Mengikut Bidang

4.1 Akademik

4.2 Kerjaya

4.3 Psikososial & Kesejahteraan

Mental

4.4 Pendidikan Pencegahan

Dadah (PPDa)

4.5 Pembangunan Diri

4.6 Keibubapaan

4.7 Sesi Kaunseling

5

Pelaksanaan Bidang Akademik

5.1 Pemilihan pakej/MP elektif

5.2 Kemahiran belajar

5.3 Maklumat pendidikan lanjutan

5.4 Kemahiran peperiksaan

6

Pelaksanaan Bidang Kerjaya

6.1 Model Kaunseling Kerjaya

6.2 Inventori Ujian Psikologi

6.3 Bimbingan Kerjaya

6.4 Karnival Kerjaya

7

Pelaksanaan Bidang Psikososial

7.1 Program suaikenal

7.2 Ujian Personaliti/Soal Selidik

7.3 Perkembangan keremajaan

7.4 Kemahiran interpersonal

8

Pelaksanaan Bidang PPDa

8.1 Pengurusan & Kepimpinan

8.2 Kurikulum

8.3 Kokurikulum

8.4 Pembangunan Sahsiah

9

Pelaksanaan Bidang Pembangunan Diri

9.1 Kepimpinan

9.2 Komunikasi dan penampilan

9.3 Membuat keputusan

10.

Pelaksanaan Bidang Keibubapaan

10.1 Konfrensi keibubapaan

10.2 Konsultasi kepada PIBG

11.3 Kaunseling keluarga

11.4 Lawatan ke rumah

11.

Pelaksanaan Sesi Kaunseling

11.1 Kes Akademik

11.2 Kes Kerjaya

11.3 Kes Keluarga

11.4 Kes Psikososial

11.5 Kes Peribadi

11.6 Kes Disiplin

11.7 Kes Dadah/Rokok/HIV/AIDS

11.8 Peratus dari enrolmen

11.9 Menerima rujukan guru

11.10 Merujukkan klien

12

JK & Carta Organisasi

12.1 AJK wujud dan berfungsi

12.2 GBK menjawab kepada Pengetua/Guru Besar

13.

Pengurusan Fail & Rekod

13.1 Fail Am (Pengurusan & SPI)

13.2 Fail Bidang – 6 bidang

13.3 Fail Dokumentasi/Laporan

13.4 Fail Stok & Kewangan

14.

Borang-Borang Perkhidmatan

14.1 Borang BK01 hingga BK20

14.2 Borang BK13 [L4] dalam

bentuk elektronik (MS Excell)

14.3 Senarai Semak Keperluan

14.4 Senarai Semak Keibubapaan

14.5 Senarai Semak untuk LDP

14.6 Salinan data/program SMM

15.

Kaunseling Berfokus

15.1 Kertas Cadangan diperakui

15.2 Ada tindakan dan dapatan

15.3 Laporan dan dokumentasi

16.

Program Khas/Inovasi

16.1 Kertas Cadangan diperakui

16.2 Ada tindakan dan dapatan

16.3 Laporan dan dokumentasi

17

Pembimbing Rakan Sebaya

17.1 Perancangan Latihan

17.2 Buku Modul Latihan PRS

17.3 Log Aktiviti PRS

17.4 PRS berperanan di sekolah

18

Bilik Kaunseling

18.1 Bilik khas untuk sesi

18.2 Papan Kenyataan luar/dalam

18.3 Carta Organisasi

18.4 Maklumat sulit berkunci

18.5 Rak/sudut bermaklumat

18.6 Kondusif dan teraputik

18.7 Lokasi yang strategik

19

Pengurusan Kelab Kaunseling

19.1 Senarai Nama Ahli

19.2 Perancangan Aktiviti

19.3 Buku Log/Laporan


There was an error in this gadget