Thursday, May 19, 2011
Penatlah nak jawab soalan berikut.. Baru nak kenal-kenal dah tanya..
1) Pandai masak tak?
2) Pandai jahit tak?
3) Suka budak-budak tak?
4) Rajin kemas rumah tak?
5) Selalu bangun pagi pas subuh tidur balik tak?
haihhhh.... perlu ke baru nak kenal2 dan tanya soalan tu?.. dapat kat Norhayati Zainudin.. senang jer dia jawab..
1) SAYA TAK PANDAI MASAK
2) SAYA TAK PANDAI JAHIT
3) SAYA TAK SUKA BUDAK-BUDAK
4) SAYA MALAS KEMAS RUMAH
5) MEMANG HOBI SAYA TIDUR SAMPAI TENGAH HARI
So??.. tamat dah terus.habis cerita.. tak da la nak kenal2.. haihh..
PERLU KERR nak jawab soalan2 tu mcm kat bawah ni?..
1) saya pandai masak.. saya pandai masak tu.. ni.. yang itu.. yang ini..
2) saya mmg pandai jahit.. bukan setakat jahit baju.... jahit manik.. jahit sulam..
3) saya suka sangat budak2.. budak2 permata hati.. penyejuk mata..saya suka sangat2...
4) saya rajin.. tiap2 hari mop lantai.. sapu 3 kali sehari.. habuk takda kat umah saya..
5) saya bangun sebelum subuh.. buat solat sunat.. pastu subuh.. pas subuh saya ngaji.. pastu sy buat sunat dhuha kul 7.40 pagi..
hurm... kadang2 tak semua perkara perlu diberitahu.. biarlah tindakan memberi jawapan.. kalau kawen nanti tahu lah jawapannya.. yang jawab SUKA dan PANDAI tu kadang2 hanya meniti di bibir.. dan yang TAK SUKA dan MALAS itu mungkin hanya mahu menguji.. mustahil di dunia ini, seorang gadis tidak pandai langsung memasak.. lebih2 lagi gadis Malaysia yang pasti kebanyakkannya pernah ke dapur.. walaupun tidak begitu mahir memasak tapi boleh.. kerana ianya adalah kemahiran.. manusia belajar dan mampu berubah..
dan kepada insan2 yang bertanya soalan tersebut.. lebih2 lagi yang tanya pada hari ini.. jawapan saya adalah TIDAK.. anda tidak sabar untuk mengenali saya.. dan saya ni manusia.. yang KONONNYA anda mahu jadikan pasangan hidup.. tapi soalan itu mcm nak interview bibik je??.. so.. markah anda hanyalah D buat masa ini.. terima kasih..