Friday, May 6, 2011
jika ini lembaran hatiku..
pasti sudah dapat kau baca tentangku..
jika ini lembaran hatiku..
pasti kau tahu aku menanti dirimu..
jika ini lembaran hatiku..
pasti sudah kau tahu adanya namamu..
seorang sahabat mengatakan.. inilah dia cinta pertamaku.. benarkah? aku terfikir sejenak.. pelbagai ragam manusia bergelar lelaki yang pernah kononnya singgah di hati..
namun tidak pernah kurasa begini.. begitu sukar mengungkap rasa.. sukar menutur bicara.. hanya senyum terukir saat bibir meniti namanya.. adakah itu cinta pertama?
"dulu tu semunya cinta monyet.. sekarang lain sebab dah matang.. dan baru ni dinamakan cinta pertama.. sebab yati tak pernah rasa macam ni sebelum ni kan.."
benar sahabat.. inilah pertama kali kurasakan bahagia walau seketika bersama cinta yang dibina secara asas yang salah.. aku tahu.. namun aku tak mampu menolaknya.. tak mampu mengatakan tidak padanya..
segalanya cukup baik dipandang mata.. tidak perlu wajah tampan.. tidak perlu bertubuh sasa.. tidak perlu hadiah mewah berjuta.. yang kumahu hanya teman bercerita.. berkongsi rasa.. meluahkan bicara dalam jiwa.. tidak ku nanti ungkap kasih dan cinta.. cukup sekadar ku tahu dikau ada aku.. dan aku ada dirimu..
namun cinta pertamaku kecundang.. lara merantai jiwa.. masih sukar dilupa walau bibir berkata aku berhak bahagia tanpa dia.. namun persinggahan seterusnya yang cuba mencari noktah henti pasti tidak kesampaian.. segalanya tidak cukup dipandang mata.. semuanya tidak dapat menyentuh rasa.. masih kurasa dekat denting hatiku dengannya.. walau kutahu semuanya mustahil belaka..
teringat kata-kata seorang sahabat lagi..
"aku ada insan yang aku damba sejak sekian lamanya.. "
aku turut begitu sahabat.. namun... ku tahu ia pasti bukan realiti.. pasti hanya mimpi di siang hari yang membawa rasa suka yang sementara namun duka pula mengikutinya.. kerana aku tahu.. pasti tidak aku bersamanya.. pasti bukan aku pujaan hatinya.. biarlah sakit itu hanyalah kini saat dia berterus terang.. janganlah aku menderita nanti saat dia sudah banyak berdusta..
mudah menitipkan nasihat berjela.. tapi sukar pula ingin mengotakannya.. aku masih mencuba..
buat insan yang terlukis indah di lembaran hati.. masih kasih ini ada untukmu.. dan kenangan itu tersemat dalam memori.. mencengkam sanubari.. merantai cinta dalam jiwaku..
angan-anganku sentiasa ada dirimu.. walaupun ianya sudah berlalu..