Monday, December 31, 2012

Salam tahun baru...

Akan tamat 2012.. tinggal beberapa jam lagi untuk ke 2013..


terlalu banyak kenangan pahit dan manis bertandang dalam hidupku.. segalanya mematangkan diri dan merasionalkan fikiran... jika dikenang-kenang akan sayu dan sedih... NAMUN.. inilah aturan Maha Esa buatku pada tahun ini.. 

jika kulihat kembali.. aku tamak dalam mengejar kasih sayang.. tidak kira bersama keluarga mahupun persahabatan... 

dan hakikatnya.. tidak mampu aku gapai walaupun sering melihatnya di layar.. walaupun jemari mampu mengetip kekunci komputer mahupun telefon.. itulah aturanNya.. berpisah tetapi bukan bermakna aku membuangnya jauh.. dia tetap dekat.. ku lihat perkembangannya.. sedihnya kutahu serba sedikit.. gembiranya juga kutitip dengan tekaan.. semoga akan ada lembaran baru di tahun 2013.. semoga bahagia mengiringinya...

kisah 2012 juga tidak kurang dengan gembira dan bahagia.. kehadiran insan baru dalam keluarga.. si kecil yang menceriakan suasana.. dan tidak kurang juga dengan pemergian jauh di perantauan.... hati mengucapkan syukur dengan rasa cinta yang hadir saban waktu.. kerana kutahu.. halal itu indah... semoga yang terbaik mengiringi kami.. in sya ALLAH.. amin...

2013.. kuharap bahagia di permulaan hari esok.. dan ku harap kelak perjalanannya juga tidak memeritkan sukma jiwa.. amin. 

Friday, September 28, 2012

cukup...sudah..

Manusia jarang rasa cukup dengan apa yang ada.. dan sering mengeluh apabila impian tidak jadi kenyataan...


aku merujuk kepada diriku sendiri.. ada ketikanya aku mahukan lebih... dan kadangkala aku tidak mahu apa-apa.. adakah pendirian hidupku sangat celaru?..

namun.. harapanku.. aku akan sentiasa mampu mengingatkan diri untuk sentiasa melangkah ke jalan yang lurus.. insyaALLAH.. amin..

what is new for me? i went to jakarta n bandung last week.. percutian ringkas.. yang ad hoc.. tanpa perancangan.. dan main terjah je.. tapi boleh dikatakan satu pengalaman baru yang hebat..

nanti aku update tentang perjalanan dan kosnya yer.... hihii.. =)


Friday, September 14, 2012

Ogos + September


Cuti tiga hari bermula esok.. di mana anda akan manfaatkan cuti anda? pasti ade kenangan akan tercipta saat bercuti.. di rumah mahupun di luar rumah..

bulan Ogos dan September adalah bulan penuh makna bagi diriku dan suami.. ada 4 peristiwa bagi 2 bulan ini..

19 Ogos 2012 - My 26th birthday & 1 Syawal 1433...
20 Ogos 2012 - Anniversary kerja suami.. 5 tahun dah untuk 2012 ni...
6 September 2012 - My husband 28th birthday...
10 September 2012 - Anniversary engagement day.. huhu..

esok adalah masanya untuk celebrate peristiwa tersebut.. mungkin jugak merangkumi kesemua event untuk 2012.. esok jam 8.50 am, aku nak pergi ke langit.. terbang ke Jakarta.. Then terus ke bandung... Berdebar2.. semoga mudah perjalanan kami.. yang paling mendebarkan masa balik nanti.. aku balik sorang nnt.. smpai sini dalam jam 11.30 malam.. suami aku tinggal kat Jakarta sampai hari Jumaat.. keseorangan kat rumah minggu depan..mesti boring.. huhu...

hari2 duk fikir.. apa yang aku nak beli kat sana ek? gaji lambat lagik ni.. hahaha... kena betul2 berjimat cermat... survey tempat dulu.. next time kumpul duit pastu pergi untuk shopping mopping.. huwahahaha...

p/s: semoga ALLAH lindungi kami.. insyaALLAH.. amin..


Monday, August 27, 2012

Aidilfitri.. =)

Aidilfitri...

Sudah berlalu cuti raya.. hari ni akan mula kembali bertugas.. seminggu berada bersama keluarga.. 2 buah keluarga yang berbeza namun penuh kasih sayang..

tahun ni beraya bersama keluarga mertua.. pengalaman yang banyak.. yang pelbagai.. antaranya ialah menganyam ketupat.. seingat aku la.. masa kecik2 dulu je duk belajar anyam ketupat. tgk2 dah besar ni belajar lagi.. siap dengan angin sepoi bhaasa gitu.. duk kat luar nganyam ketupat.. best tu. hihii.. alhamdulillah.. menjadi sarung ketupat aku.. jadi santapan seisi keluarga.. haha.. ni berkat pengajaran dari suami n mak mertua ni.. harap2 jadi tradisi tahun2 akan datang.. walaupun lambat nak menganyam tapi boleh la jadi kann.. hihii...


seterusnya macam biasalah.. masak memasak tapi aku tak masak la.. aku tolong2 jer.. apa yang lain makanannya ek? jeng jeng jengg... lodeh.. ataupun lontong.. aku rasa kat perak tak ada lontong yang dimakan raya pertama.. tapi kira belajar la kan.. seronok rupanya berada di luar budaya sendiri..


kemudian beraya pulak di kampung.. suasana yang lain.. walaupun aku ada kampung tapi kampung aku lain.. kalau kat perak balik untuk ziarah je.. kalau kat melaka masih ada la opah aku.. tapi rumah pun dah batu.. xde la papan lagik.. kali ni aku beraya di kampung.. suasana yang berbeza dan menyeronokkan.. pengalamannya macam2.. penuh memori untuk kali pertama ini.. aku selesa dengan keadaannya.. =) kalau dulu aku selalu rasa aku ni mmg duk kat bandar tapi aku masih membawa konsep kampung tu.. tapi rupanya aku masih belum cukup memahami dan mendalami konsep berada di kampung itu.. dan aku diberi peluang untuk merasainya.. semoga selama-lamanya.. aku akan ajarkan kepada generasi akan datang.. insyaALLAH.. amin..



seterusnya aku pulang ke kampung di melaka.. dan seterusnya beraya di perak.. aidilfitri kali ni agak penat tapi seronok dan semua isi cutiku berbaloi-baloi.. memang beraya sakannn.. alhamdulillah.. =)




Wednesday, August 15, 2012

lebaran..


syawal kian menjelma.. muhasabah diri yg serba kekhilafan.. ingin ku mohon kemaafan pada semua.. mujur juga kawanku tidak berjuta. jika tidak pasti lebih byk dosaku sesama manusia.. pasti lebih byk ak menyakiti hati kawan2 ku... semoga kemaafan diberi atas kesilapanku.. insyaAllah.. tahun ni sudah byk yg berubah.. sayu.. minggu terakhir ramadhan menguji kekuatan emosi.. mampu atau tidak ak harungi lautan kerinduan dan kesayuan ini.... semoga Allah meneguhkan hatiku utk sentiasa mencari rahmat dan hikmah segala situasi.. insyaAllah. amin.. salam lebaran buat semua..

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan.. & al-kisahnya..

11 Ramadhan.. Sekejap je dah masuk hari kesebelas.. tik tok.. tik tok.. syukur bertemu kembali dengan Ramadhan.. terdapat pelbagai kisah di bulan Ramadhan.. semua pasti mempunyai kisahnya yang tersendiri.. setiap kali Ramadhan kisah baru akan muncul.. manis mahupun pahit..


Ramadhan kali ini mempunyai perubahan dalam kehidupanku.. semoga mampu dijalani.. mampu diselami dan dihayati.. biarlah segala kisah jadi rahsia di dunia realiti.. =)

setiap hari akan tercetus pelbagai pengajaran.. tentang Ramadhan.. tentang hidup.. tentang isu semasa.. yang baru semalam tercetus adalah MLM - Multi-level Marketing.. google dan google.. jumpa http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/MLM.pdf

bila dibaca segalanya umum.. dan masih lagi belum dapat tafsiran sebenar.. kesimpulannya.. aku rasa aku perlu jauhi hal-hal perniagaan yang mengandungi unsur syubhah seperti ini.. takut.. sebab kalau keuntungan itu bukan sumber halal, makanan yang dibeli menjadi sumber yang tidak diketahui lalu menjadi darah daging.. nauzubillah.. dulu aku kurang mengambil tahu lalu aku tidak menitikberatkan hal sebegini..

dalam kehidupan ini.. banyak perkara tersembunyi berlaku.. lalu diambil remeh.. dan menjadi sgt jahil.. aku lah orang itu.. semoga mampu aku berubah ke arah yang lebih baik..

p/s: sukar menjadi benar-benar hamba ALLAH yang sejati.. masih terikat aku dengan dunia dan nama.. masih sukar menjadi qana'ah.. jahilnya aku.. =(

Wednesday, June 6, 2012

syukur.. =)

berhabuk sudah diariku ini.. sebulan juga x berjenguk.. semalam.. coretan ringkas telah kutitipkan.. 


syukur alhamdulillah.. terlalu banyak kurniaanMU ALLAH.. terlalu banyak cabang songsang yang telah Kau tutup dan mempermudahkan perjalanan hidupku.. kini.. sekali lagi limpahan rahmat telah Kau kirimkan.. 

syukur padaMU.. kerana segala perancanganMU sangat sempurna.. setelah belajar erti jauh selama tidak hampir 3 bulan.. telah Kau dekatkan kami.. 

syukur Ya Rabb.. Kau memberi kesempatan kepadaku untuk berbakti kepada suamiku.. untuk mendekatkan kami... jika sebelum ini.. selang seminggu atau 2 minggu baru mampu mengecap manis berjemaah bersama.. namun kini.. dengan pertolongan dan kuasaMU.. kami mampu untuk berjemaah setiap kali ada masa terluang.. harapnya.. dapat dipraktikkan.. untuk cuba istiqamah untuk berjemaah bersama.. 

banyak perancangan yang kami cuba bincangkan.. namun hanya padaMU tempat mengadu dan berserah.. kerana segala yang berlaku itu adalah yang terbaik untukku.. untuk kami.. semoga tenang mengiringi hati pada tiap hariku.. insyaALLAH. amin.. =)

Kembali..

Aku ingin kembali...

Dulu.. tidak begitu lama yang lalu.. aku pernah berasa tenang dan nyaman.. senyum yang tidak perlu kupaksa.. entah kini.. tidak begitu terkini ini.. aku mula merasakan perubahan yang aku tidak gemari.. gundah dan gelisah..

Tersentak lalu terfikir sejenak.. aku sujud kepadaMU.. syukur di kesempatan waktu yang masih tersisa untukku.. Alhamdulillah..

Wednesday, April 18, 2012

Rindu...

"Setelah lama saya lupa bagaimana rasanya rindu... Hari ni saya nak bagitahu saya dah mula rindu kat awak... "


rasa yang jarang sekali dapat diungkapkan.. namun rasa itu lahir dalam hati.. ikhlas sungguh jalinan rasa rindu ketika itu.. dan lebih bermakna dan berkat pabila rasa itu lahir tatkala tiada jurang membatasi hati-hati kita.. alhamdulillah.. halal sudah diriku untukmu..

Wednesday, April 11, 2012

sebulan... =)

Happy first month anniversary.. =)


semalam 10 April 2012.. dah sebulan dah jadi isteri kepada Mohd Ariff Md Malik.. merah menyala lagi rasa kasih dan cinta.. walau jauh nun di sana.. ingatan tetap pada si dia.. bak kata si dia semalam.. Selamat Ulangbulan Sayang.. =D

semoga kasih kami tetap sentiasa mekar di hati.. membara sehingga ke akhirnya.. insyaALLAH.. amin..

p/s: i love you...

Wednesday, March 21, 2012

kisah hati..

Saling Melengkapi...

Damai dan ceria...

Mood: Rindu pada si dia... =P

Tuesday, March 20, 2012

..

masih mood bercuti... esok akan kembali bekerja.. aduh.. huhuu..


rasa yang ingin dikongsi: rindu! noktah.. huhuu..

Friday, March 16, 2012

Escapism-ku..

escapism yang membawa bahagia melabuhkan tirainya.. mahu mencoret bahagian kedua..


genap setahun beliau pergi.. menemukan bahagia yang hakiki di sana.. aku di sini mencari2.. ketenangan hati dan bahagia yang sementara di sini.. dan pada hari genap setahun, aku di sini tersenyum dan merasakan bahagia di segenap sarafku.. dan ku peluk dia.. dan kosong itu masih tetap terasa.. mungkin escapism itu bukan sesuatu yang membahagiakan aku seperti telahanku.. dia tidak mampu aku gantikan.. dan ku dakap tubuhnya.. dan airmata mengalir tak diseka.. ku peluk kejap rapat dan kuhelakan tangisku.. walau dia tidak tahu apa2..

dan aku kembali tersenyum.. berniat mahu membahagiakannya.. biarlah tidak seagung kisah cinta yang dicanang seluruh dunia.. namun cukup.. cinta abah dan mak yang tidak pernah matinya.. walau dengan cara mereka yang tersendiri...

dan escapism aku gagal namun kutemu bahagia lain dalam hidupku...

mak.. tiada siapa mampu menggantikan kasihmu.. dan tidak akan kucuba lari lagi dengan kekosongan itu.. akan kuhadapi kisah ini.. mengenang ceritera kita.. saat aku masih bersatu dalam tubuhmu.. rindu dan kasihku takkan pernah pudar..

Ya ALLAH.. ku mohon.. jangan pernah palingkan hatiku untuk terus mengasihi ibuku.. sesungguhnya hanya Engkau pemilik hatiku yang abadi.. insyaALLAH.. amin..

Thursday, March 15, 2012

Alhamdulillah...

alhamdulillah... cinta kami bersatu dalam ikatan suci.. semoga pernikahan ini diberkati ALLAH.. insyaALLAH.. amin..

tiada ungkapan selain bahagia menjadi milikmu, suamiku.. terima kasih.. =)



Thursday, March 1, 2012

mampukah?

Sudah menjelma 1 Mac 2012... ditambah angka 0 selepas angka 1 di permulaan tarikh... maka... bermulalah episod baru dalam helaian hidupku...


Pasti emosi yang dikaitkan adalah gembira dan berdebar...

hari ini aku banyak meluangkan masa untuk berfikir.. mendengar kisah rumahtangga.. kisah seorang isteri dan ibu... debaran makin terasa... debaran penuh ketakutan... hingga sebak... lalu menitiskan air mata...

bila bergelar isteri.. aku perlu taat... menjadi 'pakaian' suami yang paling indah... mampukah?

takutnya.... terlalu takut... mampukah aku menjadi isteri yang menjadi inspirasi kepada suamiku untuk menuju ke syurgaNYA?

Ya ALLAH... Bantulah hambaMU untuk menjadi hambaMU yang taat dan menyenangkah hati suamiku kelak... insyaALLAH.. amin..

Tuesday, February 28, 2012

bahtera kasih....

11 hari penuh debaran....

264 jam penuh kegelisahan....

15840 minit penuh resah dan gelisah.....

950400 saat penuh dengan segala rasa kasih....

dan tidak terhitung detik waktu.. untuk bersama melayari bahtera ikatan suci...

semoga ALLAH memberkati hubungan ini... insyaALLAH.. amin..

Sunday, February 19, 2012

aku rindu kau.. =(

rindu pada seorang teman.. selalu kutitip doa supaya kau kuat seperti selalunya.. kau mampu harungi segalanya yang membelenggu hatimu..


namun mungkin kau juga tidak lagi mahu ambil tahu.. perkenalan itu istimewa dengan cara yang tersendiri.. rapat dan renggang kadangkalanya.. dekat namun jauh sementara.. namun rindu itu unik kerana sakit kehilangan kau.. jika kau tidak penting, pastinya mudah aku membuang kau dari hidupku.. tapi, tidak.. sukar dan payah.. ingatanku pasti singgah untuk kau.. tidak teragak2 lagi untuk aku kembali mesra, ketawa dan berkongsi cerita dengan kau.. sayang.. seribu kali sayang.. kita tidak seperti dulu.. rindu di suatu masa.. saat kau menggelar aku 'my lovely friend'.. tribute indah khas untuk aku.. tapi mungkin terkubur sudah namaku dalam kamus hidup kau...

sedih melihat keadaan kita.. aku salah.. kerana tidak cuba mengeratkan genting yang hampir terputus itu.. maaf..

" teman, aku mahu kau tahu.. aku mahu kita seperti dulu.. jika masih.. kau juga mahu begitu.. sambutlah jemariku.. =( "

Wednesday, February 15, 2012

layar....

hai blogku sayang... ada banyak benda aku nak cerita.. terlalu banyak perkara... mungkin juga perkara yang sama,mungkin hal yang lalu, mungkin impian masa depan dan mungkin perkara terbaru yang terkini..


hanya kamu yang tak pernah mengecewakanku... yang sentiasa mahu berdiam lalu membiarkan aku mencoretkan segalanya... jika lembaran blog ini adalah tubuhku.. pasti sakit tatkala aku menitip tulisan amarah.. pasti tubuhmu kegelian saat aku ceria dan berlembut hati.. pasti jugak inci tubuhmu basah menadah esak tangisku... tapi itulah kamu.. walau kadangkala aku hanya berbisik di dalam hati dan tidak menitipkan kisah di layarmu, namun kamu jua tahu apa yang terbuku di jiwaku ini... kadangkala banyak sudah kuluahkan padamu namun tidak ku kongsikan pada mereka.. aku padam semula kisahku dan hanya kamu yang tahu... itulah rahsia kita..

jika kamu mempunyai mata pasti berkali-kali kamu melihat air mataku yang gugur membasahi pipi.. pasti jugak kamu terpandang senyumku saat aku bercerita tentang tawa dan cinta...

entah bila aku akan temui penggantimu wahai blogku yang tersayang... yang tidak jemu mendengar celoteh kisah hidupku yang mungkin perkara yang sama,mungkin hal yang lalu, mungkin impian masa depan dan mungkin perkara terbaru yang terkini..

kecewa dan tawar hatiku untuk berkongsi cerita dengan sesiapa.. biarlah aku pendam sejuta rasa.. sedihku,tawaku,gembiraku,sakitku.. segalanya sendiri... mungkin hanya aku yang mampu mendengar kisahku terus dari bisikan hati.. dan tubuhmu menjadi layar untuk kuconteng segala kisah hariku...

Blogku tersayang.. jangan jemu dengan kisah hatiku... selamanya.. mungkin.. sehingga saat aku tidak perlukan kamu lagi...


Wednesday, February 8, 2012



Rasa rindu itu senantiasa menjamah jiwa... Saat 30 hari lagi saat tibanya saat itu.. ingatanku padanya semakin menyeksa jiwa... air mata tertitis tanpa disedari.. dan hari ni... sayunya hati.. entah kenapa kesayuan itu menggangguku... sayu itu tanda aku rindu... rindu pada dia yang xpernah lelah menyayangiku.. yang sentiasa mendoakanku saat hayatnya... jika dia ada di sini denganku pasti dia turut bergembira dengan agenda baru dalam hidupku.. namun itu hanya mimpi dan angan2... sesak.. sebak.. ingin kujeritkan kuat tentang hatiku... aku rindu.. terlalu rindu... dan air mata sukar diberhentikan saat lelap mata.. walau tangis itu menerjah membanjiri ruang hati...

adakah insan yang faham derita ini?.. saat putus satu nafas penuh cinta... hilang jua separuh jiwa yang sentiasa sunyi dan rindu.. walau tidak terzahir dlm ruangan mata dan seluruh pancaindera, namun ketahuilah jiwaku masih tersisa dengan sakit kehilangannya... aku rindu.. teramat rindu.. selalu.. =(

fahamilah aku.... tolong...

Tuesday, January 3, 2012

Lembaran Cinta.. =)

-01012012- Salam Lembaran Baru... =) mencipta kenangan indah tanpa mahu menoleh dan terhenti di episod luka... segalanya adalah di masa kini bukan di masa lalu.. kisah hati dan realiti yang pahit sudah melepasi kerongkong.. kadangkala sesak di dada namun seteguk kasih melenyapkan rasa pahit dan mencambahkan manis, enak...

aku dan dia... mencipta kisah di tahun baru... =) bahagia dan noktah!.. ingin ku laung pada dunia.. kasih ini terpateri kemas dalam hati kami.. menanti masa untuk menghalalkan segala rasa dan berjuang bersama melayari kehidupan berumahtangga... cinta dan percaya adalah dua perkara yang aku masih berusaha untuk terus terapkan dalam jiwa.. dan semakin hari,semakin bercambah 2 perkara itu dalam hatiku... kuyakin tiada siapa mampu menggoncang rasa di dalam hatinya dan pasti tiada cinta lain yang mampu menggetarkan segala urat sarafku... hanya dia... semoga rasa ini tetap utuh dan mekar tatkala ijab kabul terpateri... dan terus menyelubungi segenap ruang hati tatkala dia menjadi kekasih halalku... hanya DIA yang mampu mengubah segala isi hati...

sedar mahu tidak... 66 hari perlu diharungi dan bersiap sedia untuk menjadi raja dan permaisuri di hari itu... semoga segala persiapan dan perjalanan kami dipermudahkan.. insyaALLAH.. amin..

There was an error in this gadget