Monday, June 27, 2011

Jalan Menuju Bahagia...

sukarnya saat membendung rasa.. lemahnya aku.. ujian cinta kembali.. ujian bagi mengukuhkan tingkahku dalam membuktikan AKU CINTA PADAMU..

sungguh aku tak sabar melayari bahtera tanpa rasa ragu.. supaya tenang menjadi temanku.. tiada gundah saat terkenangkan dirinya.. bila ku fikir2.. ye, kerana aku telah membuat satu lencongan hati, maka resah menjadi belenggu jiwa.. semoga sabar menjadi sahabat karibku skrg.. sukar sungguh membendung rasa..

simpan buat selayaknya.. simpan sesungguhnya untuk dirinya.. simpan sesungguhnya rasa itu buat dirinya.. simpan sungguh sepenuhnya untuk suamiku tercinta..

aku sayang dia dan dia sayangkan aku.. pegang erat yakin itu, teguhkan dengan doa.. moga dipermudahkan jalan menuju bahagia itu.. insyaALLAH.. amin..

Jujurnya.. semakin hari semakin aku takut kehilangan.. semakin hari semakin aku resah menanti hadirnya seorang kekasih halal.. semakin hari semakin debar hatiku menunggu saat lafaz akad dan nikah itu darinya.. semakin hari semakin aku gelisah saat terkenangkan masa depanku dengannya.. semakin hari semakin kurasakan waktu seolah2 cemburu lalu kurasakan begitu lambat aku menjadi miliknya..

inilah resahku.. inilah gelisah cinta yang melanda jiwa seorang yang dilamun rasa cinta.. sukar mengungkap rasa sebenar.. dan lebih sukar membendung rasa yang menyelubungi segenap ruang hati.. Ya ALLAH.. bantu aku untuk kurangkan rasa cinta yang semakin membara pada seorang insan bergelar manusia..

Wahai CINTA HATIKU.. pelihara hatiku.. teguhkan iman dan cintaku padaMU.. jangan palingkan hatiku dari setia padaMU.. khilafku terlalu banyak.. dan lalaiku terlalu hebat.. peliharalah hatiku dan hatinya.. dekatkanlah hati kami, satukan hati dan jasad kami saat janji termeterai menghalalkan rasa cinta ini.. permudahkanlah perjalanan jodoh kami.. amin.

Sunday, June 19, 2011

memoriku..

Berkongsi apa sahaja... seronok ye kalau kita boleh berkongsi apa sahaja.. tiada rahsia.. kisah aku adalah kisah kita bersama.. namun kisah aku tidak sehebat kisahmu.. mungkin bezanya.. kisah aku penuh rasa cinta dan sayu..


2 3 hari ni aku diragut rasa sayu.. terlalu mudah menitiskan air mata.. namun kutahan jua.. lemahku di situ.. lemahku pada sedih hati yang merantai diri.. dan siang td.. aku jumpa dengan kawan lama.. tidaklah rapat tapi masa nak balik.. dia tanya ttg mak.. mak meninggal sakit apa?.. hurm.. aku tak tau nak jawab apa.. akhirnya aku cite secara ringkas.. "stroke masa tidur".. dan aku tetiba rasa mcm sedih sangat.. tapi aku senyum.. aku tau aku hidup dalam penafian.. aku masih tak berdepan dengan kenyataan.. aku tau mak dah tak ada.. tapi aku masih tak mampu mengimbau kenangan bersamanya.. aku takut.. dan akhirnya aku kalah.. aku menangis jugak.. di sejadah merah itu aku titiskan air mataku.. tidak banyak.. aku masih bertahan.. aku perlu bertahan dan kuat..

namun.. tidak aku kongsikan dengan sesiapa saja.. pasti tiada siapa yang rela meminjamkan telinganya untuk mendengar segala rintihan, esak tangis dan sedu sedan aku.. semua orang ada kehidupan sendiri.. ada urusan masing-masing.. dan aku masih begini.. termenung.. sayu dan cuba berlagak tiada apa yang berlaku.. yer.. itulah penafian yang aku cuba war-warkan pada dunia..

hurm.. semoga aku menjadi lebih kuat.. tabah.. dan mampu mengenang segala memori bersamanya.. insyaALLAH.. kisah ini takkan berhenti di sini.. kerana dialah Bondaku yang paling aku cinta.. dan sayu masih merantai jiwa tatkala ku pejam mata dan mengingatinya..

Thursday, June 16, 2011

En. Zainudin bin Abu..


Kenalkan wahai dunia.. inilah abah saya..
hurm.. sedih pulak.. dulu kami selalu minta abah n mak bergambar sama2.. tapi selalunya abah tak suka tangkap gambar.. hurm.. kini mak dah tak ada.. haihh.. kenapalah rasa sedih je ni.. rindu agaknya.. hurm.. orang sibuk tentang father's day.. mak selalu bagi hadiah n ingatkan kami tentang father's day sbb kami selalu celebrate mother's day kat mak.. hurm.. aku tak ckp pun slmt hari bapa pada abah.. xbeli hadiah pun.. dulu mak yang selalu belikan hadiah.. baju father's day.. jam father's day.. mcm2.. tapi kini???... hurm.. entah.. sayu je pulak.. dulu aku selalu nampak abah kuat.. nampak abah sihat.. aku syukur sangat.. tapi bila mak dah tak ada.. aku tak tau kenapa aku nampak abah dah makin tua.. nampak abah selalu penat. abah selalu mengadu sakit kepala,demam.. aku tak pernah terfikir akan kehilangan mak dan abah.. tapi mak telahpun dijemput Ilahi.. tak mustahil abah akan menyusul cuma tidak aku tahu bila.. aku nak buat abah happy.. abah pernah ckp.. "entah sempat entah tidak abah nak tengok kamu ngan angah kawen.. tgk la mcm mak kamu, x sempat tgk mira kawen.. ".. sebak je suara abah masa tu.. aku tak pernah tengok abah selemah itu.. hurm.. sayapnya sudah jauh terbang.. aku harap aku dapat buat abah happy.. aku mungkin tak mampu buat semangatnya pulih seperti sediakala.. tapi aku harap aku mampu mengurangkan kesedihannya..

"Selamat Hari Bapa, abahku Encik Zainudin bin Abu.."

Thursday, June 9, 2011

Terus vs U-turn..

jalan tu cantik.. ada pokok.. ada taman.. ada burung berkicauan.. nyaman jer.. langit biru.. awan cerah.. jalan tu sedang menuju destinasi yang lebih cantik dari perjalanan ini.. mungkin di hadapan tu akan ada liku dan simpang siur namun aku harap tiada simpang yang membolehkan aku untuk buat U-turn.. aku suka jalan2 dan aku suka jalan ini.. aku harap tiada la U-turn dalam keputusan aku untuk meneruskan perjalanan ini.. aku seolah-olah dah mula nampak signboard U-turn buat seketika.. dan kadangkala ianya kabur dan hilang lalu aku teruskan jua.. janganlah aku terserempak dengan singboard U-turn itu lagi..



Tuesday, June 7, 2011

Memori..

Rindu pada mak.. Memori terlalu banyak..


Semalam aku gi pasar malam.. teringat dulu2 masa mak ada.. selalu kalau ari isnin, mak mesti ajak gi pasar malam beli ikan la,sayur la,makanan la.. sejak aku duk kat upsi smpai la kerja, jarang aku dapat gi pasar malam kt umah ni.. lebih2 lagi bila aku dah keja kt penang.. mane nak dapat gi, isnin aku ada kat penang.. dan semalam aku gi pasar malam sorang2.. menyusuri pasar malam tu sorang2.. tgk org2 yg berjualan.. org yg sama sejak aku sekolah dulu.. org sama yang mak akan berckp dan tegur.. dalam fikiran aku.. " adakah mereka semua tahu bahawa org yang membeli sudah pun tiada?.." dan pastinya ramai pelanggannya yang sudah pun tiada lagi..

aku dah lama tak nangis bila teringatkan mak.. aku tahan jer.. kalau aku tak mampu bertahan, aku hanya akan menitiskan air mata sesaat tatkala aku sedekahkan al fatihah pada mak setelah selesai solat dan aku kembali tenang tatkala aku hadiahkan pahala membaca ayat-ayat CINTA HATIKU selepas itu.. aku tak boleh lemah.. menangis itu melemahkan aku.. dan aku mudah untuk memarahi diri sendiri bila aku mula untuk bersedih tentang pemergian mak.. dan aku mudah menegur diri aku saat hati aku mula terusik melihat abah yang aku tahu semangat dalamannya mula untuk hilang saat dia mengadu.. hati aku mula direnggut sebak bila angah mengatakan dia hanya mampu memperolehi semangat bila setiap minggu balik ipoh.. sbb dia dapat rasa mak seolah-olah masih ada di rumah ni.. aku turut manusia yang mempunyai rasa sedih.. yang masih mempunyai air mata untuk dihamburkan.. dan rindu aku semakin membara.. dan saat aku xboleh mengalunkan ayat suci khas buat mak, aku semakin tidak tenteram.. mudah sungguh diusik dengan rasa sedih dan lemah..

dan aku masih cuba membiasakan diri membahasakan 'arwah mak' pada orang2 di sekeliling aku.. walaupun aku sendiri tersasul.. redha itu didikan dalaman hati.. hanya ALLAH yang tahu segalanya tentang hatiku.. aku masih cuba untuk redha.. alhamdulillah.. ALLAH tahu aku berusaha ke arah itu.. aku kena berusaha lagi..

insyaALLAH.. semuanya pasti mampu aku harungi.. sedikit demi sedikit aku mula mengutip semula kekuatanku.. DIA bersamaku sentiasa.. tak pernah meninggalkan aku.. alhamdulillah.. aku masih di bawah pemerhatianNYA.. =)

Monday, June 6, 2011

Tahniah...

Tahniah sahabat..
Kudoakan ikatan pertunanganmu ini membuahkan rasa bahagia..
Semoga kalian dipanjangkan jodoh dan bersatu dengan penuh rasa cinta kelak.. insyaALLAH.. amin. =)


Sunday, June 5, 2011

Gila-gila.. =D

3 hari berada di tempat orang telah cukup memberi pengajaran kepada diriku.. memuhasabah tentang kekurangan diri serta kekurangan orang lain.. benarlah jauh berjalan luas pandangan dan pengalaman..bila dikenang-kenang kembali.. kehidupanku masih lagi berada di bawah tempurung.. di manakah kakiku pernah terjejak di bumi ALLAH ini?.. seingatku.. masih lagi di semenanjung Malaysia.. dan tidak semua negeri di semenanjung ni aku pernah berbumbung di langitnya.. mana ye yang aku tak pernah pergi..


1) Terengganu - tempat yang dikhabarkan pulaunya cantik2.. tenang dengan lembayung mengagungkan agama Islam.. teringin nak pergi.. insyaALLAH suatu hari nanti..
2) Perlis - di utara tanah air.. negeri paling kecil.. kurang pembangunan dan mesti jauh dari hiruk pikuk..

2 negeri ni aku tak pernah jejak lagi.. walaupun aku pernah pergi ke negeri-negeri lain tapi x semuanya boleh dianggap melancong dan melihat keunikan negeri tersebut.. contoh:

1) kedah - dikhabarkan negeri jelapang padi.. aku pergi dan melihat sawah yang terbentang.. hijau kekuningan.. cantik.. tapi aku tak pernah lagi pergi ke muzium padi tu.. dan mungkin ada lagi byk tempat yang menjadi trademark negeri tu tapi aku tak pernah pergi lagi..
2) negeri sembilan - terkenal dengan adat perpatihnya.. aku pernah pergi.. hanya singgah sebentar semasa perjalanan pulang ke Melaka.. tapi tak pergi lagi melihat keunikan sebenar adat tersebut di depan mata.. tak pergi lagi melawat muzium kat situ.. dan tempat2 yang terkenal di negeri tu..

cukup sekadar dua dulu.. ini bermakna.. aku kena fikirkan tentang cara untuk memperuntukkan waktuku menjelajah negeri2 di tanah airku ini.. tapi antara kekangan yang aku hadapi.. mungkin tak sebesar mana tapi kira antara penyebab minor kenapa aku tak dapat nak pergi lagi buat masa ini:

1) teman - sukar mencari teman yang benar2 mahu mengikut jejak dan perancangan gila aku.. dan apakah perancangan gila aku itu? jeng jeng jeng.. =) perancangan aku adalah cuba untuk meminimakan kos dengan pergi berjalan dengan hanya membawa beg galas kelengkapan beberapa hari, tidur di hotel tidak berbintang dan hanya menaiki public transport.. DAN tak ada kawan yang nak ikut.. haha.. alasan-alasan yang didengari adalah: * kenapa taknak naik kereta? * apa kata kita ikut pakej kan senang? * tak tau tempat. takutlah.. DLL... kalau ikut hati memang naik kereta lebih mudah.. mudah nak bergerak.. tak perlu fikir banyak tempat pengangkutan.. ini boleh dipertimbangkan kerana sekiranya pergi ramai2 ia masih boleh dikira penjimatan kos.. kemudian, pakej.. yer lagi mudah sebab kita yang tak tau tempat ni boleh ikut je perancangan yang org dah offer kat kita.. tapi kan ke mahal jugak kalau ikut pakej?.. tapi masih boleh dipertimbangkan sekiranya 5 pax.. masih boleh berjimat.. tak tau tempat dan takut tu sama alasan mcm aku je sebenarnya.. takut sebab kita ni perempuan.. agak merbahaya.. yer aku faham.. jadi.. tak dapat la pergi mana pun..
2) waktu - aku ada kawan yang mungkin boleh ikut perancangan aku.. sebab aku dah bincang dengan dia.. dia nampaknya sedikit positif.. =) TAPI.. waktu cuti kami.. masa aku cuti sekolah, dia kerja.. komitmen yang berbeza.. hurm......

entah bila perancangan aku akan tercapai.. bila difikir2.. kalau aku cite perancangan gila aku pada abah.. mesti aku kena kurung dalam bilik masa cuti.. haha.. yerlah, menjaga anak dara bukannya tugas yang mudah.. aku faham.. jadi aku kenalah bersabar dan menunggu.. kalau ALLAH kata aku boleh pergi melaksanakan perancangan aku tu, maka aku pun akan pergi jugak.. =)

banyaknya keinginan aku.. macam2 nak buat tapi banyak yang tergendala sebab perbezaan pendapat antara aku n kawan2.. aku selesa hanya dengan beberapa orang.. tapi mencari titik persamaan antara mereka bukanlah mudah.. tapi tidaklah sukar bila mencari persamaan itu dengan hati yang terbuka.. =) insyaALLAH.. nanti keinginan2 aku yang banyak tu pasti boleh dilaksanakan.. aku kena usaha sikit demi sikit.. boleh kalau nak pergi sorang.. insyaALLAH boleh survive tapi nak minta izin kat abah tu mesti xkan lepas.. haha.. sabo je lahhhhh.. nanti ada rezeki boleh gi jalan2 n buat perancangan yang lebih gila.. haha.. Teruk.. teruk.. sungguh parah lah si cahaya hidupku ini.. =)

Wednesday, June 1, 2011

Isteri Solehah - Saff-One

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

--------------------------------------------------------------------
bukan mudah untuk menjadi seorang isteri,, pendamping pada seorang suami yang tidak dikenali sepenuhnya.. mempertaruhkan jiwa raga.. menyerahkan hati dan seluruh hidupnya untuk jejaka yang halal baginya.. mempersiapkan cinta hanya untuk kekasih yang halal.. untuk melengkapi seorang suami perlulah kita bersedia untuk menerima dia seadanya.. memegang erat baiknya, melapik segala buruknya.. meneguhkan kekuatannya, menjalinkan kelemahannya..

angan-anganku luas.. kasihku melimpah ruah untuk kekasih bergelar suami.. cintaku hanya untuknya.. taat dan patuhku istimewa buatnya.. semoga mampu dia menerimaku.. aku hanyalah gadis penuh kekurangan.. lengkapilah aku,pimpinlah erat jemariku supaya jangan terpesong.. terimalah aku apa adanya.. janganlah dikau meminta yang tidak aku mampu berikan.. hargailah aku walaupun cuma senyum dikau hadiahkan.. tidak kupinta lebih darimu.. cukuplah bahagia sementara ada waktu bersama.. katakan segalanya padaku.. ceritakan kisahmu dan pasti aku akan mendengar.. aku ingin menjadi pendamping terhebat buat suamiku kelak.. insyaALLAH. amin..

There was an error in this gadget