Thursday, April 28, 2011

Baru..

Sy ada tekad baru.sy nk cuba buat sesuatu.. Susah tp sy nak cuba sehingga bjaya..:-)

Sunday, April 24, 2011

Doa & Sabar..

permulaan yang pelbagai..
pertemuan yang merungkai sejuta rasa..
perkenalan yang ringkas, namun cukup simbolik..
namun.. siapakah bintang hatiku? tidak aku tahu bagaimana alirannya.. bagaimana caranya..

malam semalam.. aku ke surau.. dengar ceramah.. antara yang disentuh ialah tentang 5 alam yang ditempuhi oleh makhluk ALLAH iaitu kita..
1) Alam Roh
2) Alam Janin
3) Alam Dunia
4) Alam Barzakh
5) Alam Akhirat

yang aku tertarik sangat ialah tentang 4 perkara yang ALLAH catatkan untuk kita..
1) Rezeki
2) Jodoh
3) Ajal
4) Bahagia atau Bencana

dan berdasarkan gambar di atas.. aku nak sentuh tentang jodoh.. jodoh kita telah ditetapkan sejak di alam roh lagi.. segalanya sudah ditentukan.. siapa? di mana? bagaimana? Bila? segalanya sudah tercatat untuk kita. tidak perlu risau kerana sejak berada di dalam kandungan ibu, kemudian ditiupkan roh pada hari yang ke 120.. sudah ditentukan siapakah suami atau isteri kita cuma kita tidak tahu bila.. yang perlu kita buat adalah usaha menerusi doa & kesabaran.. =)

beberapa hari lepas.. seorang wanita berpangkat ibu datang bertanya tentang perihal diri.. dan sekali lagi.. sayu merantai hati.. terkenang mak bila tgk wanita itu.. jika ALLAH telah menentukan bahawa dia adalah ibu buatku di sini..insyaALLAH.. aku redha Ya ALLAH..

p/s: Dalam ALLAH menetapkan hidup kita, namun kita masih boleh memilih untuk membentuk kehidupan kita.. bahagiakah? bencanakah?.. Pilihlah jalan untuk ke syurga ataupun neraka.. wallahualam..



Saturday, April 23, 2011

bisik hatiku.. =)

0231... hurm.. lamanya aku tak berjaga lewat malam.. teringat zaman belajar..dan zaman bekerja di upsi.. seringkali tidur lewat.. seringkali tak tidur.. haha.. bila ingat balik pasti terjah pula kenangan yang lain.. hurm.. nama pun kenangan.. pasti sukar dilupa.. moga jadi sempadan dan panduan padaku dan rakan-rakan.. don't stay up too late.. huhuu..


esok cuti.. setelah sekian lama tidak bercuti di penang.. minggu yang takde sekolah ari sabtu, aku balik ipoh.. dan esok merupakan hujung minggu yang aku tak pulang ke ipoh walaupun takde aktiviti di ipoh.. insyaALLAH.. next week i'll be at ipoh.. tapi bergerak malam.. sebab malam tu ada kelas bahasa Arab..

ooohhh.. lupa pulak.. aku tak mention ek kat sini?.. huhu.. aku ada byk aktiviti baru beberapa masa ni.. antara yang terpahat ialah temuduga SPP.. alhamdulillah..

" hayati, awak sgt positif.. sy harap awak takkan berhenti di sini sahaja.. sambung belajar.. jadi pakar dalam bidang awk dan sy doakan sy akan berjumpa dengan awak lagi.. dan sy yakin, kalau awk aktif dan komited.. awk boleh jadi salah seorang penggubal dasar bagi bimbingan dan kaunseling.. sy tagging nama awk.."

komen Dato' Haji Salleh.. penemuduga sy semasa SPP.. komen yang diberikan secara peribadi selepas sesi temuduga. bilik 4 dinding saksi ketika hanya berdua sahaja di situ.. ALLAH permudahkan pagiku itu.. alhamdulillah.. masa drive balik tu.. terbayang muka Dato'.. dan aku tersenyum.. kemudian.. seketika kemudian.. air mata bertakung.. teringat kat mak.. terngiang-ngiang ketawa mak.. teringat usikan mak.. aku boleh bayangkan kalau aku cerita hal ni pada mak.. hurm.. sayu je hatiku.. dan seperti biasa.. bagi nak elak rasa emosi negatif yang cuba mengusik hati.. aku perlu lakukan sesuatu.. huhu.. balik tu singgah pasar yang dah nak tutup sbb dah dekat kul 11 pagi.. beli brg2.. dan balik tu aku masak.. masak rendang ayam n sayur campur.. masak bubur kacang durian.. 2 masakan yang mak selalu masak dulu.. hurm.. terkenang masa raya.. hurm.. raya tahun ni macam mana agaknya.. hurmm.. sedih pulak rasanya.. insyaALLAH.. pasti semuanya ok.. yakin atie.. yakin!..

kemudian.. rabu n jumaat.. jam 8-10 malam.. aku ada kelas bahasa Arab.. jauh sikit dr BM.. tempat tu kt kepala batas.. malam2.. hurm.. insyaALLAH.. selamat.. kalau cepat dalam 40 minit kot?..huhu..

bila fikir2.. byk hikmahnya beli kereta kecik.. 1)jimat..2) boleh saving.. 3) ikut planning.. aku nak simpan duit untuk haji+umrah.. cuma ilmu masih sgt kurang.. kalau dpt simpan duit dengan gigih..leh gi dalam masa 3-5 tahun.. tapi bila difikirkan keperluan lain.. serta persediaan diri.. mungkin kena ambil masa maksimum iaitu 5-7 tahun dari sekarang.. mungkin juga kurang dari 10 tahun.. hurm.. insyaALLAH.. 4) nak further study.. tapi nak tunggu tetap dulu.. ikut prosedur sebenar.. dan kumpul pengalaman dan mampu menguasai rentak di sekolah.. belajar lebihnya untuk kepentingan peribadi.. maka pelajar jangan diabaikan.. 5) perkahwinan.. insyaALLAH..

ALLAH mendengar bisik hati.. insyaALLAH.. =)

Thursday, April 21, 2011

hati membuta, jiwa meronta..

Alhamdulillah..


Segala yang direncana olehNYA adalah sempurna.. cuma mata kasar tidak nampak.. dan mata hati dikaburi.. terlalu banyak hikmahnya.. cuma hati membuta, jiwa meronta.. pujuklah diri supaya redha dan bersyukur di atas rencana yang dirancang terbaik oleh SI DIA.. alhamdulillah.. =)

Saturday, April 16, 2011

Sapaan Seusai Takbir..

Di Sini: Bahagia Menyelubungi Sanubari..
Namun Di Sana: Kekal Adalah Pasti.. Bahagia Itu Semestinya Abadi..

CINTA HATIKU Pasti Menjagamu Di Sana..
Walau Mata Tidak Lagi Bertentangan..
Namun, Akan Kusapa Saat Layangan Tangan Seusai Takbir..

Kuatku Di Sini Untuk Ketenanganmu Di Sana..
Wahai Bonda Tercinta, Semoga Lembayung Rahmat Ilahi Sentiasa Bersamamu.. InsyaALLAH.. amin.

Thursday, April 14, 2011

31 hari merinduimu..

detik inilah..
aku lihat dikau diseru pulang Ilahi..
pada tarikh ini pada sebulan yang lalu..
dikau pergi menemui CINTA TERAGUNG..

sudah 31 hari berganti siang dan malam...
tiada jasadmu kutatap.. tiada gerak tubuhmu di sini..
tiada lagi suaramu ku dengar mengalun teguran dan nasihat...
31 hari hidupku sentiasa penuh dengan rasa cinta dan rindu padamu..

kuat itu kucipta sendiri.. biar sukar namun pasti mampu.. bila CINTA HATIKU sentiasa di hati dan kutahu... DIA menjagamu di sana..

hatiku mula tersenyum....


saya suka minggu ini.. sebab sy boleh jumpa dgn rakan-rakan kaunselor.. =) hanya melalui meeting dan seminar je mampu berkumpul sesama kaunselor.. dan kebelakangan ni banyak jugak sy involve dgn program Majlis Guru Kaunseling Daerah SBT.. =) dan later on.. sy dipertanggungjawabkan untuk handle program bulan Ramadhan nanti.. alhamdulillah.. sy suka keadaan ini.. kalau dapat program banyak2 pun takpe.. sbb kebebasan itu tiada di sekolah.. bebas bila 'mengganas' dgn rakan-rakan kaunselor di luar.. tapi agak terkilan.. menabur bakti membantu pelajar dari seluruh sekolah di daerah namun sekolah sendiri..hurm.. i need to do something to my students.. banyaknya yang sy nak buat untuk students saya.. tapi kena mulakan langkah perlahan-lahan.. hurm.. first step... mengambil hati mereka-mereka yang patut diambil hatinya.. caranya??.. SENYUM!!.. huhu.. semoga urusanku dipermudahkan olehNYA.. insyaALLAH. amin..




Monday, April 11, 2011

Gigi, desa dan cinta..

Gigi... =D

Gigi dah hilang....
Gigiku.. dan si putih..


Iklan semata-mata... "Hormat Dengan Kasih Sayang"... =)

permulaan minggu yang menyeronokkan.. sebab semalam ada berita yang menggembirakan.. berita yang sama macam berita-berita kawan-kawan lain.. iaitu kisah 3 fasa.. fasa 1: Merisik.. fasa 2: Bertunang.. fasa 3: Akad Nikah + Walimatulurus.. dan pertengahan tahun ni.. ramai kawan-kawan akan melalui fasa tersebut.. dari utara.. hingga ke selatan.. pantai barat mahupun pantai timur.. maka.. Planner khas kenduri kendara perlu diwujudkan.. =D

dan cuti sekolah mei-jun 2011 pasti menyeronokkan.. sambil jalan.. sambil makan free.. huhu.. minggu pertama di pantai timur dan insyaALLAH akan berakhir di selatan.. cuma.. boleh tak kalau sy nak naik bas je?.. hehe.. perjalanan jauh.. kalau drive.. tak dapat menikmati pemandangan.. dah la perjalanan penuh hijau akan dilalui untuk sampai ke destinasi.. =) sukanyaaaaaaaaaaaaaaaa.... sgt tak sabar.. =)

suasana yang dinanti-nantikan adalah di kelantan dan johor.. dua kawasan yang sangat berbeza budaya.. mesti seronok sbb dua-duanya kat desa tercinta.. cewahh.. mcm lagu pulak.. suasana beraya kat kampung & kenduri kendara kat kampung adalah suasana yang aku suka sangat.. tapi.. nak buat macam mana.. kampung aku dah tak macam duk kat kampung.. semua mengejar kemodenan.. aku yang dikelilingi hutan batu pulak masih berjiwa anak desa.. merindui zaman kanak-kanak.. zaman main kat parit.. main kat tali air.. memancing guna buluh n tali tangsi.. gi bendang.. makan jambu air tepi bendang.. bila dah besar.. hanya pegi kebun yang kena naik keta or motor.. sungguh rindu.. dan kenangan tu aku nak pegang sampai bila-bila.. sebab semua tu kisah aku, kisah bersama arwah mak.. dan kisah keluarga kami.. hurmm... mungkin sbb jiwa aku masih penuh rasa mahu duduk kat kampung, jadi mesti aku mengagumi orang yang duduk kat kampung.. dan hati aku mudah tertarik dengan jejaka yang penuh jiwa kedesaan.. hahaa.. betullah.. bila difikir dan dikenang2.. boleh dikategorikan sebagai ciri idaman ke??.. hahaa.. kelakarnya ciri jejaka idaman aku kan kan.. buat insan2 yang duduk kat kampung.. janganlah anda lupakan kampung halaman.. di situlah tenang akan muncul saat hijau menjadi santapan mata.. =)

dah mula merapu di tengah hari.. hurm.. jiwa dah semakin ok dan mula memanjakan diri di sini.. mula menanam rasa suka dan selesa supaya hati mudah untuk jatuh cinta.. semoga cinta itu akan hadir untuk aku rasa bahagia di sini.. cinta boleh dipupuk.. insyaALLAH.. amin.

Sunday, April 10, 2011

pulanglah cahaya hidupku..

"hanya org yg sakit tahu nikmat kesihatan dan hanya org yg kecewa tahu nikmat kebahagiaan"~~
jadi kita mesti lalui sakit, kecewa, sedih utk dapat kebahagiaan.... (Terima kasih atas kata-kata bernas ini)

kadangkala.. kita sudah pun tahu banyak perkara.. kalau sedih, bagaimana untuk ceria.. jika kecewa, apa yang perlu dilakukan untuk bangkit semula.. bila gelisah, bagaimana mencari ketenangan abadi.. Namun.. sukar dilaksanakan apabila ujian itu hadir khas istimewa buat kita.. kita tau, tapi kita tak ada kekuatan untuk melakukan.. itulah diri aku.. sokongan dan kata-kata semangat kadangkala perlu untuk membantu aku menompang diri.. dan alhamdulillah.. gerak hati mencari insan yang tepat.. sama-sama kehilangan, sama-sama jatuh, sama-sama derita jiwa saat hilangnya insan istimewa pada waktu dan ketika umur yang sama sepertiku.. dan kata-katanya yang diulas panjang, penuh hikmah untuk mencari jalan pulang pada Pemilik Dunia Dan Akhirat.. alhamdulillah.. tercelik mindaku.. aku pasti akan kuat insyaALLAH.. amin.

Saturday, April 9, 2011

Melawan Kesepian..

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti


Wahai Kekasihku...

Lama tak dengar lagu Sheila Majid..

wahai kekasih halalku.. walau tidak kutahu rupamu.. tidak kutahu suaramu.. tidak kutahu siapakah dirimu.. namun yakinku padaNYA.. akan dipertemukan jua.. insyaALLAH. amin..




Sheila Majid - Kerinduan

Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jika ku mencinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku

Semua terwujud, saat kau singgah
Panasi cinta, untuk setia merindu

(Korus)
Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu ku rasa
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan, apa yang ku pinta
Kau mengingatku dalam cinta
Temaniku dalam…
Setia (jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan
Cinta lain datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku

Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau suluhkan api cinta diriku

Thursday, April 7, 2011

rumit..

merumitkan.. semuanya rumit..


baru mula bernafas tenang.. tergugat kembali.. =(

pertukaran sekolah ni memang merumitkan keadaanku.. mangsa terhadap dasar yang sentiasa berubah-ubah.. ditarik ditolak sesuka hati..

kusut.. buntu.. serabut.. kenapa dengan aku sekarang ni.. mane Norhayati yang dulu?.. hilang.. sembunyi.. semangat yang sentiasa berkobar-kobar tu dah makin tiada.. =(

mengalah dalam cita-cita bukan diri aku.. tapi.. gambarannya seolah-olah begitu.. rasionalisasi tak mampu membangkitkan emosi yang tersungkur cedera parah..

semoga urusanku dipermudahkan olehNYA..

Tuesday, April 5, 2011

mohon doa kalian..

untuk sahabatku...

walaupun apapun terjadi... berjalanlah tanpa henti...

sebagai manusia kita xkan terlepas daripada ujian Allah swt, hanya yang mampu sahaja di uji... alhamdulillah Allah menyayangi kita melalui ujianNya... agar kita sentiasa mengingatiNya... cuma yang berbeza antara kita adalah ujian yang berbeza dan cara yang berbeza...

berdoalah agar kita diberi kekuatan rohani,jasmani, spiritual dan mental yang kuat untuk menghadapi semua ujian daripadaNya...

salam sayang,
liza


----------------------------------------------------

masih ada yang sayang.. Terima Kasih..

Tapi sahabatku.. berikan aku masa.. sedikit masa untuk ku luruskan hati.. ku abadikan kenangan itu di "a'raf" terangung.. biar hanya bahagia ku rasa bila lintasan imej penuh makna itu menerjah ruang minda dan hati.. maaf.. senyumku tidak seikhlas diriku yang dulu.. maaf.. tawaku tidak senada dengan riangmu.. maaf.. kerana saat bersamamu.. aku laungkan gembira.. sabungkan pula dengan tangis tak berhenti.. walau itu kurasa dalam hati.. kalah jua tatkala kau sentuh jemari dan genggam erat tanganku..
Sesungguh aku bertuah mengenalimu.. sungguh aku hargai segalanya..
aku tau aku punya insan istimewa di sisiku.. terlalu ramai.. alhamdulillah.. Allah sayang padaku.. sejak dulu dan kini.. dan pasti hari2 seterusnya.. ya.. aku kena KUAT!!!.. insyaALLAH... aku pasti akan kuat..

buat sahabat-sahabatku sekaliannya.. mohon doakan aku terus gagah berdiri.. menongkah awan dengan doaku.. menunduk ke bumi saat sujudku.. mohon doakan aku.. aku amat perlukan kalian.. biarku jerit pesanku kuat dalam hati.. biar disampaikan terus melalui penyatuan jiwa.. dan pasti menerusi doaku buat kamu semua.. Terima Kasih CINTA HATIKU.. aku dipilih istimewa untuk ini.. alhamdulillah.. inilah jalan untukku kuat mengharungi ujianMU.. insyaALLAH.. Hanya padaMU kumemohon pertolongan dan kekuatan.. amin..

..

Di sini kucoret semua.. kutatang segala..


hari ni aku mc.. ape ntah yang sakit.. aku pun tak tau.. cuma kebelakangan ni mmg kepala aku selalu sgt sakit.. sakitnya bukan kepalang.. sakitnya berjam2.. berlarutan.. seingat aku.. sejak balik penang.. dalam minggu lepas lagi kepala aku asyik sakit.. bila pegi sekolah pun sakit jugak.. bila balik rumah bertambah sakit.. semalam paling kritikal.. panadol pun tak boleh bantu ilangkan sakit kepala aku.. yang jadi peneman aku adalah bantal.. sejak balik sekolah terbaring je.. pagi ni pergi hospital.. last2 doktor ckp aku demam.. ckp aku stress.. ckp aku tak cukup tido.. hurm.. demam tu mungkin sbb mata pun agak panas.. stress pun mungkin.. sbb mmg aku tgh stress.. tak cukup tido tu aku musykil sikit.. tapi xpelah.. dia bagi ubat punya banyak.. sampai ubat selesema pun dia bagi.. aku tak selesema..

memang aku lemah.. tak kuat.. kebelakangan ni immune badan aku lemah sangat.. cepat sangat rasa tak sedap badan.. cepat sangat rasa nak demam.. tapi hakikatnya tak la sakit pun.. aku tau kalau aku demam.. aku xkan boleh bangkit.. mcm masa aku kena jangkitan kuman dalam darah tahun lepas.. that's the worst.. before that.. bertahun sebelum tu chicken pox.. itu pun teruk jugak.. tapi demam selesema is not my thing.. sbb kalau kena mmg teruknya.. ini tak teruk pun.. aku still boleh drive gi hospital sorang2.. aku still boleh bercakap dengan orang.. aku still boleh bancuh air sendiri.. aku still boleh mengemas.. aku still boleh menaip.. dan aku still boleh drive entah ke mana hala tuju aku pon tak tau.. last2 pusing jumpa balik jalan balik rumah.. hurm..

cuma.. emosi aku sangat2 terganggu.. dengan persekitaran sekolah yang tak membantu aku.. suasana yang xmampu generate kesibukan untuk aku hilangkan perasaan negatif yang ada.. dengan ketua unit yang mengongkong aku.. sampai suruh aku ubah meja dan perabot yang ada dalam bilik aku ikut mcm yang dia nak.. sangat tak patut.. bilik aku.. suka hati aku lah!.. nak minta dia faham sikit jer.. aku ni tengah sedih.. sejak pas balik dr cuti sekolah.. dia tau mak aku baru je meninggal.. tapi bukannya ada rasa nak faham situasi aku.. menekan aku lagi adalah.. mentang2 aku tak sebangsa dengan dia.. tak seagama dengan dia.. nanti lah.. aku nak baca yaasin n ma'thurat pagi2 tu kuat2 tepi telinga dia.. biar dia panas badan.. sangat geram!.. tapi.. geram aku mcm ni jugak lah.. depan dia aku diam.. aku senyum.. aku ikutkan aje.. tapi dalam hati tak ikhlas.. hati kotor.. buat kerja pun separuh hati.. sebab aku tak seronok gi keja..

inilah waktunya aku rasa ujian terhebat.. saat aku kena tukar sekolah.. tukar ke sekolah yang tak menjana semangat aku.. saat aku sangat perlukan sokongan dan semangat mak.. saat itu ALLAH tarik dia dari aku.. dan saat aku terpaksa berpura-pura untuk kuat.. saat itu lah mira n angah bersandar pada aku untuk luahkan rindunya pada mak.. tapi.. aku?.. aku pun perlukan seseorang untuk luahkan perasaan aku.. dan bila berhadapan dengan orang.. aku cuba untuk kuat.. aku ketawa dengan diorang tapi hakikatnya.. dalam hati ku menangis sorang2.. dalam hati aku tersiat2.. semuanya aku ingat kat mak.. hari bancuh air dalam mug yang mak hadiahkan untuk aku masa aku baru2 dapat tau aku posting kat penang.. mak happy.. mak siap balut lagi untuk aku.. setiap hari mesti ada je benda yang buat aku ingat kat mak.. bila tengok ada makcik jalan depan aku.. mesti aku teringat kat mak.. mcm pagi tadi kat hospital.. masuk ke kawasan hospital.. aku jadi sedih sangat.. aku terbayang2 mak..

semalam aku nangis dari start balik sekolah.. sampai ke malam.. bila aku pejam mata. aku terbayang2 aku lap badan mak.. aku terbayang2 aku urut kaki mak.. aku terbayang masa doktor kerumun mak.. aku terbayang2 saat akhir mak kat sisi aku.. aku terbayang2 aku mandikan mak.. aku kapankan mak.. aku sedih sangat.. tapi aku tak tau nak cakap kat sape.. aku cuma boleh senyum masa orang cakap aku kena kuat.. tapi mcm mana???.. tolonglah bagitau aku mcm mana nak kuat????

semalam mira call lagi.. mira nangis.. aku cuma diam.. aku tak boleh nak nangis mcm dia.. dia ckp abah terbayang2 mak ada kat umah.. mira cerita macam2.. aku sedih.. aku pon rindu.. rindu sangat.. tapi.. ada tak yang faham?.. datanglah pada aku dan cakap yang kau faham perasaan aku.. datanglah kat aku.. pegang hati aku kuat2 supaya hati aku tak jatuh berkecai.. genggam kuat2 supaya aku dapat rasa kekuatan tu bersama dengan aku..

aku tak kuat.. aku lemah.. aku lemah sangat.....

Sunday, April 3, 2011

Idaman Hati...

Yang Jauh Terkejar-kejar..
Yang Dekat Tersamar-samar..
Walau Yang Dekat Sukar Dicari Ganti..
Yang Jauh Jugak Mahu Dinanti..
Itulah Dia Gambaran Diri..
Tatkala Syukur Dipandang Sepi..
Tatkala Sempurna Idaman Di Hati..


terlalu dalam maksud kata-kata itu buat diriku.. mungkin jua gambaran diri sendiri.. dan mungkin juga gambaranku pada insan lain.. hanya aku yang tahu maksud terselindung.. terserah jua pada yang mentafsir.. terserah jua pada mereka yang menilai..


There was an error in this gadget