Sunday, October 30, 2011

layu...

saat kaki kaku... air mata membeku... sesak nafas menghimpit dadaku... sekali lagi aku mahu lari.. jauh lalu sendiri.. dan langkahku terhenti... melihat sepasang mata kuyu.. merenung.. garis kedut tersenyum dan melambaiku pulang.. tindaknya seolah membisikkan.. 'kuatlah'... aku semakin layu.. air mata merembes laju.. dada semakin sebak berlagu.. dan kaku terpaku.. dan aku masih di sini.. bersama si mata kuyu,dan kedut nan bersatu dengan senyumnya... 'bersabarlah sementara waktu.. bahagia pasti hadir kepadamu.. jangan pernah lelah.. dan rebah di situ...' - aku semakin keliru... tidak mahu aku luah dan hamburkan kpd sesiapa... biar kupendam... dan hanya meniti bersama insan2 yang mengemudikan bahtera yang sama.. -

Escapism....

Escapism yang membawa bahagia... entah ape yg berada di fikiran.. tidak semua mampu aku luahkan...semalaman yg penuh rasa bahagia.. saat berbicara ttg kasih dan cinta.. ttg angan2 serta mahligai indah bersama.. ye sungguh aku jatuh cinta!.. NAMUN.... Di sebaliK rasa itu, pasti ada rasa yg tsmBuyi disebalik segalanya... JiKa aku Mampu mnceritakan sEgalanya... Melangkahlah dgn gagah.. dAN kau akan tahU ttg dirikU... ttG kelUargaku... ttg sahabatku... ttG segalanyA... tawa Dan candAku seiriNg tangis Dan sendukU... kuingiN kau mnjadi insan yg mmBawaku jauh Dari dukaku... kernA kau eScapism yg Mberi erti bahagia padaku... 

Tuesday, October 25, 2011

Again..


second time in Hatyai... Is there going to be the third time?.. huhuu,.. saving..saving.. shopping!.. =D

Friday, October 14, 2011

kasih tidak putus..

141011 - noodle station, sunway carnival...

Pasti merindui mereka tatkala harus berpisah.. Semoga masa itu,kasih terus mekar dan tidak putus pertalian..

* hijau - maklang
* ungu - kak mar
* pink - kak linda

Tuesday, October 4, 2011

Maaf...

Orang kata pertunangan itu proses untuk mengenali satu sama lain... dan dalam proses itu pasti ada perselisihan atau pertelingkahan.. mungkin juga rasa kecil hati dan rasa dipinggirkan.. atau mungkin rasa bahagia sehingga sesak dada... dan pasti adalah dugaan sepanjang proses pertunangan...


agaknya.. apakah dugaan sepanjang proses pertunangan kami? mungkin aku sahaja yang merasakan itu sebagai dugaan.. emosi dan fikiran negatif sering bergabung.. mungkin aku sentiasa berasaskan hati.. tindakanku seringkali mengikut kata hati.. sehingga ada yang pernah berpesan.. "jangan ikutkan hati, nanti keputusan itu buat ko menyesal.." hurmm.. susah...

dan aku bukan insan yang sukakan cabaran dan persaingan... aku lebih suka melakukan sesuatu atas kerelaan hatiku.. bukan dipaksa dan dicabar... dalam keadaan aku sedang mencuba melakukan sesuatu.. aku lebih gemar dibiarkan dan tidak disentuh tentang cubaan aku itu.. kadangkala kata2 semangat mampu menggetarkan diri.. sehingga membuatkan aku stress dan sakit kepala.. sentiasa berfikir tentang itu... dan perasaan takut meresap dan membuatkan aku mula untuk memberontak dan putus asa... aku mudah mengaku kalah dan berasa kecil dengan kemampuan diri aku.. complicated.. namun aku hargai segala kata2 semangat dan dorongan yang diberikan.. cuma berikan aku masa.. aku terlalu tertekan.. hanya ucapan maaf yang mampu aku sajikan tatkala diri mula goyah dan mahu berpatah balik... MAAF..

Monday, October 3, 2011

Jauh.. jauh.. jauh di mata.. Di hati dekatlah sayang..
Dalam.. dalam.. dalamnya laut.. Lebih dalam rasa hatiku...



Terdengar lagu ni kat radio pagi tadi.. bila dengar.. rasa best jugak bila diulang-ulang.. =).. simple je lagunya.. sweet jer.. hehe.. terkenang si dia.. tak lama je lagi nak bersatu.. insyaALLAH.. semoga kuat ikatan jodoh kami berdua..

Sunday, October 2, 2011

kabus....


Kabus bergerak perlahan-lahan.. cantik dan sejuk.. subhanallah..


kesayuan melanda sejak terjaga hampir jam 6 pagi tadi.. entah.. rindu masih menghuni di hati.. dan dikaitkan dengan hal-hal yang remeh temeh.. yup!.. yang utama pasti kerana rindu itu!!....

aku terus menjalankan tugas yang patut.. selesai sidai kain, aku pun bersiap untuk ke pantai acheh,balik pulau.. selesai tugas di sana.. aku berlalu tengah hari itu.. dan dalam perjalanan, aku singgah di atas bukit.. melihat kecantikan alam.. ditemani nyaman udara yang membawa gerimis.. sejuk.. dan itulah kegemaranku.. berada di atas melihat kabus.. memandang ke langit lalu melihat awan berarak.. membawa takungan suram yang bakal menghujani bumi.. dan kabus bergerak perlahan.. semoga mampu kulihat kabus seperti itu lain kali.. insyaALLAH..


Saturday, October 1, 2011

=(

kadang2.. ntah ape yg aku rasa.. difikir lain.. ditafsir pula lain... emosi kerana perkara lain.. perkara lain pulak dijadikan alasan.. hurmm.. complicated...


tapi yg aku tau.. aku rasa nak duduk dalam gelap dan berkurung.. hurm.. aku rindu!

si dia yang baru...

011011... cantik jugak tarikh ni.. teringat pulak 021010.. setahun yang lalu.. pertama kali bersua muka.. mendengar suara terus ke corong telinga.. kenangan tidak mampu dilupa.. dan masih ku ingat wajahnya yang tenang namun sedikit gusar dan kurang senang.. berbeza sungguh dia yang kukenal kini.. pabila bersua wajahnya tetap tenang.. senyuman yang sentiasa terukir.. tiada lagi wajah gusar yang kulihat dulu.. ceria dan gembira... terima kasih.. =)


dan ada perkara akan berlaku hari ini.. gembira namun bercampur sayu.. seminggu yang lalu.. aku telah booking kereta baru.. dan insyaALLAH hari ni aku akan ambik kereta tu.. tiada rasa terlalu excited pun.. ntahlah.. bila ada seseorg tanya aku x gembira ke.. baru aku tersedar, aku tak selitkan emosi dalam hal ni.. bila fikir2.. seronok sbb boleh merasa kereta baru, leh bawak family jejalan naik kereta baru.. tapi sayu sbb family kami xcukup ahli... hurmmmm.... =( .. jadi patutkah aku berasa gembira??.. ntahlah.. semoga putera katak yang akan kuberikan pada mira dipelihara.. jangan jual putera katak tu kalau boleh.. byk kenangan... susah senang bersama putera katak...

ape nama untuk si dia yang baru ye? nnt la fikir..


There was an error in this gadget