Sunday, October 2, 2011
Kabus bergerak perlahan-lahan.. cantik dan sejuk.. subhanallah..
kesayuan melanda sejak terjaga hampir jam 6 pagi tadi.. entah.. rindu masih menghuni di hati.. dan dikaitkan dengan hal-hal yang remeh temeh.. yup!.. yang utama pasti kerana rindu itu!!....
aku terus menjalankan tugas yang patut.. selesai sidai kain, aku pun bersiap untuk ke pantai acheh,balik pulau.. selesai tugas di sana.. aku berlalu tengah hari itu.. dan dalam perjalanan, aku singgah di atas bukit.. melihat kecantikan alam.. ditemani nyaman udara yang membawa gerimis.. sejuk.. dan itulah kegemaranku.. berada di atas melihat kabus.. memandang ke langit lalu melihat awan berarak.. membawa takungan suram yang bakal menghujani bumi.. dan kabus bergerak perlahan.. semoga mampu kulihat kabus seperti itu lain kali.. insyaALLAH..