Friday, December 31, 2010

Alhamdulillah.. saya kini berada di Pulau Pinang untuk meneruskan perjuangan sebagai pendidik anak bangsa.. gelaran cikgu akan terus melekat di hatiku..


Perasaan:
1- bersyukur kerana ditempatkan di kawasan yang hampir dengan keluargaku.. perjalanan kurang 3 jam amat bermakna buatku tatkala kecemasan.. alhamdulillah

2- gembira kerana bakal menempuh dunia yang baru sebagai wanita berkerjaya.. alhamdulillah

3- gementar kerana sangkaanku di luar ruang lingkup.. ia mencakupi lebih daripada persediaanku..

4- takut kerana pengalaman dan ilmu yang masih sedikit untuk mengharungi cabaran untuk membuktikan kemampuan diri..

5- teruja kerana menggambarkan perkara yang ingin dilaksanakan kelak.. insyaALLAH..


sukar nak diluahkan pada insan-insan di sekelilingku.. kadangkala saya yakin saya mampu laksanakan kerana kekuatan itu dibina atas dasar kesungguhan dan tekad.. dan kadangkala gementar yang melampau menjadikan saya rasa meragui kemampuan diri.. hurm..

sesi persekolahan akan bermula 3 Januari 2011.. walaupun saya telah dilantik sejak 22 November 2010 sebagai guru di HSBM, tetapi cabaran sebenar akan bermula tatkala klien terbesar memasuki alam persekolahan sesi semester 1/ 2011.. Doakan segalanya dipermudahkan untuk saya galas amanah ini.. insyaALLAH..

Mesyuarat sepanjang minggu memberikan gambaran awal tentang misi, dan gerak kerja pengurusan yang tampak pantas dan penuh wibawa..

" Semoga pengalaman bekerja dengan individu-individu cemerlang mampu menjadi pemangkin untuk saya jadi cemerlang.."

Dan.. itulah luahan tersembunyi saya sewaktu memberi ucapan pengenalan kepada semua warga guru HSBM sewaktu mesyuarat hari pertama..

" saya berharap saya mampu berkhidmat dengan cemerlang selaras dengan misi dan visi Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam.."

ikhlas.. gementar kerana bagi saya.. harapan itu berupa janji secara kabur untuk saya berkhidmat penuh tekun di HSBM.. dan ligat saya berfikir bagaimana saya mampu memberi khidmat yang cemerlang di sini.. dan senarai itu perlu dilihat dan diperinci kembali..

sesi persekolahan belum lagi bermula namun tugasku sudah mula menampakkan bahangnya.. =)

Nota Kaki Hina: Jalan Berliku Itu Akan Menjadi Lebih Bermakna Tatkala Kaki Mampu Melangkah Gagah Mengharunginya.. =)

Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah..

As Salam.. Alhamdulillah.. masih bernafas dan dikurniakan nikmat kehidupan untuk memperbaiki diri yang banyak lalai dan terpesong..


terlalu cetek ilmuku.. terlalu banyak yang tidak diketahui olehku.. masih banyak persoalan yang masih tidak mampu dirungkai.. namun, sentiasa aku memanjatkan syukur kepada Pencipta Yang Maha Esa kerana Dia sentiasa ada di sisi walaupun aku lalai dalam tanggungjawabku.. terlalu banyak dipendam dan menjadi rahsia diri.. sehingga jijik melihat keruntuhan imanku sendiri.. kadangkala kulalai, kadangkala kulupa asal usul kejadianku sehingga aku menjadi hamba yang tidak mensyukuri nikmatMU..

kini.. selangkah lagi lembaran tahun terselak.. muhasabah diri yang tidak pernah ada hujungnya.. sesal rasa di jiwa.. di saatku mengejar cintaMU.. aku berpaling dan terlalai dengan insan bergelar lelaki.. hampir kuserahkan hatiku padanya sehingga aku merasakan itu ujian hati yang Engkau tuliskan untukku.. aku rasa diuji namun aku lupa bahawa peristiwa itu adalah peringatan untuk aku lebih dekat denganMU.. Alhamdulillah.. aku yakin padaMU..hikmahMU..




Pergaulan bererti cara kita berinteraksi antara sesama manusia atau disebut juga muamalat. Salah satu bentuk pergaulan antara sesama manusia adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kadangkala bentuk pergaulan tersebut boleh jadi berupa persahabatan yang terjalin antara mereka dengan saling meluahkan isi hati.

Sebuah persahabatan yang terjadi antara lelaki dan perempuan biasanya berlatarbelakang yang sama iaitu kesamaan idea, gagasan, gaya hidup, minat, cara berfikir dan harapan yang sama. Dari situ muncullah simpati sehingga wujud keterbukaan dan mula mencurahkan isi hati.

Dalam konteks agama, biasanya disebut “ukhuwah”. Ukhuwah ini didasari dengan keimanan, keikhlasan dan muroqobatullah.

Kedudukan sahabat begitu istimewa dalam hati seseorang, sehingga persahabatan yang terjadi antara lawan jenis perlu dipersoalkan, adakah mereka memang bersahabat? Ini kerana tidak mustahil ada kemungkinan di hati mereka atau salah seorang daripada mereka yang punya perasaan memiliki dan penuh harap.Curahan hati antara mereka sebenarnya bukanlah untuk mencari sebuah penyelesaian namun banyak berbentuk pengaduan dan mendapatkan perhatian.

Secara fitrahnya, antara lelaki dan perempuan (ikhwan atau akhawat) memiliki ketertarikan seperti positif dan negatif sehingga tidak ada hubungan persahabatan yang benar-benar tulus di antara mereka.

Perkara ini perlu menjadi perhatian yang besar bagi ikhwah mahupun akhawat. Ini kerana fenomena yang berkembang akhir-akhir ini kelihatan berlakunya ‘kelonggaran’ dalam pergaulan, apakah zaman sudah berubah atau kerana ruang lingkup dakwah sudah meluas, pergaulan sudah bebas, bahkan dengan masyarakat secara umum. Ia perlu dinilai kembali akan perilaku dan akhlak bergaul terhadap lawan jenis, kendati apa yang dilakukan semata-mata demi berkembangnya dakwah.

Islam sebagai Dinullah telah mengatur kehidupan antara sesama manusia dengan terperinci. Islam sangat menjaga agar hubungan kerjasama antara lelaki dan perempuan (ikhwah dan akhawat) hendaknya bersifat umum dalam urusan muamalat bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara mereka yang bukan mahram atau jalan-jalan bersama. Kerjasama antara keduanya bertujuan agar mereka melaksanakan kewajipan-kewajipan mereka.

Interaksi antara mereka hendaknya tidak mengarah kepada hubungan yang bersifat nafsu syahwat. Maksudnya, interaksi mereka tetap dalam koridor kerjasama semata-mata (amal jama’i) dalam menggapai pelbagai kemaslahatan dakwah dan dalam melakukan pelbagai macam aktiviti yang bermanfaat, tanpa diwarnai oleh ‘kepentingan individual’.

Pergaulan ikhwah dan akhawat hendaknya menjadikan aspek rohani sebagai landasan hukum dan syariat sebagai tolok ukur yang di dalamnya terdapat hukum yang mampu menciptakan nilai-nilai akhlak yang luhur.

Dalam mengatur hubungan berlainan jenis, kaedah yang telah ditentukan Islam perlu dijadikan pedoman sekalipun hubungan tersebut dalam kerangka dakwah. Larangan dalam persoalan ini sangat tegas. Atas dasar itu, Islam menetapkan sifat menjaga kehormatan sebagai satu kewajipan. Di antara ketentuan hukum yang berkenaan dengan hubungan terhadap lawan jenis adalah:

Pertama, perintah untuk menjaga pandangan. Allah SWT berfirman,”Katakanlah kepada lelaki yang mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Sikap demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tahu atas apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(An-Nuur 24:30-31)

Sebarang agenda dakwah yang hendak kita lakukan, pandangan terhadap lain jantina tetap harus dijaga, bukan bererti kita tidak melihat sama sekali, namun menjaga mata agar tidak saling menatap. Ini kerana tatapan mata yang lama dapat mempengaruhi perasaan sehingga syaitan sangat bersemangat untuk menggoda. Rukhsah hanya diberikan kepada mereka yang terlibat dalam proses belajar, mengajar, transaksi jual beli, memberikan kesaksian, berubat dan ketika khitbah.

Kedua,Islam telah memerintahkan kepada kaum wanita untuk memakai pakaian secara sempurna, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali muka dan kedua tapak tangan.Allah SWT berfirman,“Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain yang biasa tampak pada dirinya. Hendaklah mereka menutup tudung (khimar) ke bahagian dada mereka. (4:31).

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan wanita-wanita yang mukmin, hendaklah ia melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. (33:59)

Walau bagaimanapun, bentuk dan model pakaian tidak termasuk urusan ibadah murni, tetapi termasuk aspek muamalah yang illat dan ketentuan hukum berpusat kepada maksud dan tujuan syariat (sebagaimana yang diungkapkan Prof Abdul Halim dalam Tahrirul Mar’ah). Oleh sebab itu, segala bentuk dan model pakaian dibolehkan asalkan dapat menutup aurat dengan memenuhi kriteria dan pensyaratan yang ditetapkan syariat, sesuai dengan keadaan iklim dan juga memudahkan wanita bergerak, maka dapat diterima syar’i.Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah sebagaimana dikutip oleh Prof. Abdul Halim menguatkan penjelasan bahawa tidak mengapa wanita memakai pakaian yang berwarna-warni dan bermacam-macam bentuk asalkan memenuhi syarat dan adab-adab yang ditetapkan syar’i. Kriteria dan pensyaratan itu antara lain menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan, longgar tidak ketat, dan tidak jarang (transparent), serta serasi dan tidak menjolok mata.

Ketiga,Islam melarang lelaki dan wanita untuk berkhalwat (berdua-duaan), kecuali wanita itu disertai mahramnya. Rasulullah SAW bersabda “Tidak dibolehkan seorang lelaki dan wanita berkhalwat, kecuali wanita itu disertai mahramnya”.

Keempat, Islam sangat menjaga agar dalam kejidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah daripada jamaah (komuniti) lelaki; begitu juga di dalam masjid, di sekolah, dan lain-lain tempat. Paling tidak jangan sampai berlaku pembauran (ikhtilath), sekalipun dalam urusan dakwah.

Ikhtilath banyak berlaku dalam kehidupan bermasyarakat seperti di dalam kenderaan awam, di pasar dan lain-lain. Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan perkara seperti ini dikategorikan sebagai bentuk dharurat, selama kita belum mampu mengubahnya. Namun, apabila kita dapat mengaturnya, maka hukum dharurat tidak berlaku lagi. Contohnya dalam suasana di majlis perkahwinan, tidak dibenarkan berlaku ikhtilath antar tetamu lelaki dan wanita kerana sohihul haajah mampu mengaturnya.

Demikianlah antara beberapa perkara yang digariskan dalam Islam tentang pergaulan antara berlainan jantina. Dakwah semakin menyebar, pergaulan semakin meluas, namun kita sebagai tnaga-tenaga dakwah perlulah menjaga keaslian dakwah dalam menjunjung nilai-nilai Islam. Al-Islam Ya’lu wala yu’la ‘alaih.

http://paksi.net


_________________________________________________________________________


Assalamualaikum...

Setelah meneliti thread ni berhari2 maka terdetiklah hati ini utk sama2 berkongsi pendapat

Sbnrnya utk bincang perkara ni banyak persoalan yg perlu di tanya.. Berkawan tu mcmn?? Berkawan dgn erti kata bercinta ke?? berkawan sbb satu kelas atau satu kuliah dgn kita ke?? berkawan sbb dia jiran kita ke?? atau yg mcmn??

Secara asasnya pergaulan antara lelaki dgn wanita amat dibatasi oleh Islam demi menjaga kebaikan kedua belah pihak.. namun keterbatasan itu boleh dilangkaui jika ada tujuan2 yg dibolehkan oleh syara' spt belajar dgn guru perempuan bg lelaki dan belajar dgn lelaki bg guru perempuan atau berlaku dalam proses jual beli atau sbgnya..

Ikatan kawan antara lelaki dgn perempuan tu atas dasar apa?? atas dasar nafsu ke?? eh taklah sbb org laki ni lebih memahami.. orang perempuan ni lebih caring.. agak2 takde unsur nafsu ke kat sana??

Kenapa kita tak jadikan ahli keluarga kita yg lelaki bg perempuan sbg kawan baik?? saya xde adik lelaki.. saya xde abg.. dah ayah kamu bukan lelaki ke??knp?? adakah kawan lebih memahami drpd ayah kita??ya, ayah saya xmemahami saya.. TIDAK sbnrnya keluarga kita adalah org2 yg plg memahami kita lbh2 lg ibu dan bapa kerana merekalah yg membesarkan kita.. kawan2 ni br je ada lepas kita dah boleh berjalan sendiri, makan sendiri, cari duit sendiri.. sblm ni sape kawan kita?? tempat kita menangis.. sape yg suapkan mkn kita dan menjaga kita..

Bagi lelaki begitu juga.. ibu kita kan ada.. dialah yg patut kita tahtakan di hati lebih dr isteri kita.. sbb mati isteri kita boleh cr ganti tp mati ibu, mana kita nak cari??

Bagi isteri,, suami dialah kawan baik dia dan begitu jg bagi suami isterilah tempat dia berkongsi suka dan duka.. Allah telah menyediakn satu ikatan yg suci kenapa harus kita pilih ikatan yg boleh menggelincirkan kita ke jln yg tdk diredhaiNya..

Keluarga dan hubungan perkahwinan adalah ikatan yg diharuskan oleh Allah bagi insan yg bernama Adam dan Hawa..

Tepuk Dada Tanya Iman.. Jgn tanya aiman nanti dia jawab lain..grin

________________________________________________________________________

RE: Ukhwah Lelaki-Perempuan: Wujudkah?
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=78&thread_id=7629&rowstart=50

assalamualaikum

t'detik di hati utk b'kongsi 1 buku~adab p'gaulan ant L/P hsil tlisan Pn. Hamidah Mat(Sjana FIqh&Usul,UM)

keadaan yg m'haruskn pergaulan:-

hukum sbnr p'aulan ant. L/p adlh haram.Wlubgaimnapn jumhur ulama, prgaulan ni diharuskan dlm bbrp keadaan iaitu:

1-darurat
~darrt yg dmksudkn di cni ialah keadan yg m'ancm nyawa & agma ssorg. cthny apbla sorg wnita dlm keadaan bhaya, hrus bg laki b'gaul dgnnya utk beri p'lindungn kpd wnita tsebut wlupn b'laku khalwat sbgaimana djelasknn oleh Imam Nawawi(Al.Nawawi.Sahih Muslim bi Syarhi al-Nawawi)

p'gaulan ats alasn darurat hny diblehkn skdr m'hilgkn bhya.Ini krn kaedah fekah mnyebut, ssuatu darurat i2 diukur skdrny shj

~keadaan mngancam agama jg t'msuk darurat.olh i2 p'gaulan ant L/P dharuskn dlm jihad b'prang lwn msuh Islam demi jg agama.

2-Keperluan @ hajat
~kprluan ialh suatu prkra yg msti ad ttip xsmpi kpd thp darurat.Jk kprluan x dpenuhi, khidupn xlgkap. Bg kprluan yg x b'tntangan dgn syarak, p'gaulan L/P dharuskn

a)muamalau maliyyah(ursn hrta)
-ursn jual-beli @ lain2 transaksi yg mmrlukan intraksi ant L/P(bank,psraya,kedai dll)

b)penyaksian(mahkamah) jk wnita t'pksa jd sksi & mmksany b'gaul dgn laki

c)Urusan kerja
~wnita dharuskn kluar kerja dgn izin suami @ pnjagaya.Ursn krja kbiasanny mlibtkn L/P
tmbhn bil tmpt kerja yg asingkn ant L/P scr total amt terhad

p'gaulan ni diharuskn b'dsrkn kpd p'buatan Saidina Umar al-Khatab yg tlh lntik al-Syifa' bg m;jd pnguatkuasa di psr. ni mnunjukkn hrus wnita b'gaul dgn laki dlm ursn kerja..

d)kperluan lain yg tdk b;tntangn dgn syarak
~kharusn t'takluk kpd batas2 ant L/P yg dntntukan syarak. P'gaulan kmbali jd haram skiranya bts2 p'gaulan x djg oleh kdua2 pihak

batas2 p'gaulan antny ialh mnutup aurat, mnjaga pndangan (dr lht bnda2 haram srta jg maruah mreka tp dibolehkn pd tmpt yg bkn aurat dgn syarat x dsrtai syahwat & aman dr fitnah) dan tdk b'khalwat( prlu ad khadiran mahram dn diadakn d tmpt t'buka & msih b'pgg kmas pd bts2nya)

adab2 p'tuturan plak.. jumhur ulama b'pndapt bhw suara aurat bknlah aurat(al-Syarbini,opcit,jil 3. ms 129)

olh i2, tiada hlangn bg wniat utk b'suara d hdpn llki ajnabi. nmun kharusan ini bkn scra mutlak, suara wnita mnjd aurat jk ditinggikan. Oleh i2 wnita tdk dsyariatkn azan

wnita jg dlarang melunakkn suara ktika b'ckp dgn laki ajnabi krn blh mrngsang syahwat n mnibulkn fitnah.


skdr b;kongsi ap yg sy baca n lau ad clap hrp ad yg tlg p'btulkn krn sy msih dlm proses bljr n mncri ilmu~iluvislam
jazakallah wa'allahualam..
________________________________________________________________________
Bismillahirrahmaanirrahiim.

Subhanallah~

Maaf saya mengganggu perbincangan kalian. Saya terpaksa potong line. Sebab thread ini, sama dengan thread yang ini..

Lelaki Dan Perempuan: Bolehkah Menjadi Kawan Baik?

Boleh berkawan baik lelaki dan perempuan asalkan tahu batasannya. Kena ingat saidatina aisyah adalah seorang faqih yang selalu dijadikan tempat rujukan oleh para sahabat selepas kewafatan RasuluLLah.

Persepsi salah yang ditimbulkan adalah - kawan maksudnya bercouple, bercinta - sebenarnya tak semestinya begini. Ada orang berkawan dan bekerjasama di dalam satu organisasi, contoh di dalam satu jemaah. Perlunya kerjasama antara lelaki dan perempuan untuk melengkapkan kesatuan dan gerak kerja yang mantap.

Jika semuanya tidak boleh - yang menjadi guru wanita itu bagaimana? Yang lelaki hanya bergurukan orang lelaki? Dalam sirah yang dilihat, muhaddithin dan fuqaha' pun ada terdiri dari wanita.

Wanita Ansor dipuji oleh RasuluLLah kerana berani bertanya mengenai hal ehwal agama yang berkaitan dengan mereka.

Begitu juga dalam bidang muamalat dan sebagainya.

Saya pelik dengan kenyataan yang amat berat sehingga boleh jatuh hukum lelaki dan wanita tidak boleh berkawan. Dalam usaha tegur menegur dan nasihat menasihati antara sesama Islam adakah ditunjukkan bahawa hanya lelaki sahaja yang boleh menegur lelaki dan begitu juga wanita?

Ini amat bertentangan dengan ayat al Quran yang bererti : "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar." (At-Taubah: 71).

Tiada masalah untuk belajar di dalam kumpulan antara lelaki dan perempuan- tujuannya adalah baik, yang penting batasan dan keadaan (hendaklah jauh dari fitnah) jauhkan dari berbual perkara yang lagha (sia-sia). Bertepuk bertampar contohnya, atau ketawa terbahak-bahak - ini semua hanya menyebabkan hati mati dan mendatangkan fitnah.

Duduk juga tidak perlulah berdekatan - belajar di tempat yang dikhususkan seperti di dalam perpustakaan. Bercakap dalam keadaan yang perlu sahaja.

Seorang wanita tidak boleh bercakap dalam keadaan suara yang dilembutkan kepada lelaki yang halal dikahwini atau memujuk rayu. Suaranya hendaklah didatarkan.


Bergaul dalam keadaan tertentu.

Walau pun hukum asal pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah, tetapi ia dibolehkan atas alasan darurat, hajah syar`iyyah, maslahat syar`iyyah atau kerana kebiasaan adat setempat yang syar`ie.

3.1.Boleh bergaul kerana darurat.
Boleh bergaul silang jantina ajnabi atas alasan darurat. Contohnya lelaki lari bersama perempuan ajnabiyah (bukan mahram) untuk mengelakkannya daripada diperkosa.

3.2.Boleh bergaul kerana hajah.

a) Boleh bergaul kerana urusan muamalat yang syar`ie seperti jual beli dan lainnya dengan syarat tidak berkhalwat.

b) Boleh bergaul kerana melaksanakan tugas kehakiman dan perbicaraan. Dalam Mazhab Hanafi wanita boleh jadi hakim dalam kes-kes bukan hudud, malah Mazhab al-Zahiri berpendapat boleh dalam semua kes. Tugas hakim memerlukan wanita bergaul dengan lelaki.

c) Boleh bergaul kerana wanita perlu mengemukakan kesaksian dalam perbicaraan. Wanita memang boleh jadi saksi. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282:
فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ممن ترضون من الشهداء
“jika keduanya (saksi) bukan dua lelaki maka ia hendaklah terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan dari kalangan saksi yang kamu reda”.

d) Boleh bergaul kerana wanita menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan. Umar bin al-Khattab telah melantik al-Syifa’ sebagai pegawai penguat kuasa di majlis perbandaran.

e) Boleh bergaul untuk tujuan memberi khidmat kepada tetamu ajnabi jika suami turut hadir bersama. Bukhari meriwayatkan, apabila Abu Usaid berkahwin dia menjemput Rasulullah (s) dan sahabat. Tiada siapa yang menyedia dan menghidangkan makanan kecuali isterinya Ummu Usaid. Dia membasahkan tamar dan meletakkannya ke dalam bekas diperbuat dari batu. Kejadian itu berlaku waktu malam. Apabila Baginda selesai makan Ummu Usaid Mengesat tangan Baginda dan memberinya minum. Dia melayan Baginda dengan baik. Jelas hadis ini menunjukkan Ummu Usaid berada bersama suaminya memberi khidmat kepada Rasulullah (s) sebagai tetamu. Bagi saya, kedudukan Baginda sebagai Rasul perlu diambil kira.

f) Boleh bergaul kerana menghormati tetamu. Dalam Sahih Muslim dikesahkan tentang seseorang telah datang menemui Rasulullah (s). Baginda lantas bertanya para sahabat, siapa yang sanggup menerima lelaki tersebut sebagai tetamu. Seorang sahabat dari al-Ansar mengatakan “saya ya Rasulullah”. Setelah itu dia pun beredar balik ke rumah bertanyakan isterinya “kamu ada sesuatu ”. Yakni untuk dimakan. Jawab isterinya “tidak, kecuali untuk makanan anak-anak saya”. Jawab lelaki itu “lengah-lengahkan mereka dengan sesuatu, apabila tetamu kita datang padamkan lampu dan perlihatkan seolah-olah kita makan. Apabila dia mula makan kamu berdiri dan padamkanlah lampu”. Suami isteri tersebut duduk bersama tetamu mereka yang terus makan.. Apabila subuh, lelaki itu berjumpa Rasulullah (s), Baginda bersabda kepadanya “ Allah kagum terhadap apa yang kamu lakukan kepada tetamu kamu malam tadi”. Hadis ini menunjukkan isteri Ansari tersebut berada bersama suaminya melayan tetamu mereka makan.

g) Boleh bergaul dalam kenderaan awam kerana hajah/keperluan menggunakannya. Wanita dibenarkan keluar untuk menunaikan keperluan yang syar`ie seperti menziarahi keluarga, mendapat rawatan di hospital dan lainnya. Ini membuatkannya terpaksa menggunakan kenderaan awam. Mungkin berlaku pergaulan dalam kenderaan awam atau semasa menunggu untuk mendapat rawatan doktor atau semasa mengambil ubat di farmasi. Pergaulan wanita dan lelaki ajnabi dalam bentuk ini diharuskan atas dasar hajah dan keperluan syar`ie dan dengan syarat mematuhi hukum-hukum dan adab-adab Islam lain.

h) Boleh bergaul kerana tujuan berjihad fi sabilillah. Ini telah berlaku apabila sahabiyat turut serta dalam medan perang memberikan rawatan kepada mereka yang luka, menyediakan makanan dan menghantar pulang mereka yang syahid ke Madinah. Kegiatan ini menuntut wanita dan lelaki ajnabi bercampur , tetapi ia dibolehkan kerana menyempurnakan tuntutan syarak. Rabi`e Binti Mu`awiz berkata: “kami bersama Rasulullah (s) memberi minum dan merawat mereka yang luka dan menghantar pulang mereka yang terkorban ke Madinah”.

i) Boleh bergaul silang jantina ajnabi untuk tujuan mendapat nasihat, teguran dan bimbingan. (mendengar ceramah agama dalam konteks hari ini) Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Pada (satu) hari raya Baginda keluar dan solat dua rakaat. Baginda tidak solat sebelum dan sesudahnya. Kemudian baginda menghala kepada kumpulan kaum wanita dan mengarahkan mereka supaya bersedekah. Mereka pun menyerahkan gelang dan rantai. Hadis ini jelas menunjukkan kaum wanita turut berada dalam majlis tersebut.


Persoalan telah dijawab. Untuk membaca dengan lebih lanjut, sila click link yang telah diberikan di atas. Dan link-link yang telah diberikan oleh sahabat kita.

Mohon izin saya untuk kunci thread ini.

syukran,

gembira

Wallahu'alam bissowab.
__________________________________________________________________



Sunday, December 5, 2010

Masa Kini..

Rahsia Tuhan Pasti Sukar Disingkap Jika Masih Belum Tiba Masanya..

ayat ini sangat bermakna pada diri saya.. terutama pada saat gundah mengetuk dinding hati.. apabila berlaku sesuatu yang seolah-olah tergantung jalan ceritanya, pasti perasaan ingin tahu itu membuak-buak.. siapakah?bagaimanakah?dimanakah?apakah?... pelbagai persoalan akan muncul.. mungkinkah saya seorang sahaja yang berfikiran begitu? mungkin..

lihat lah pada diri.. kini.. bukan menanti penuh pengharapan untuk masa depan tanpa usaha yang jitu.. bukan jua meratapi kejayaan masa lalu dan merundum gagal pada diri yang ada pada hari ini.. perbaikilah kelemahan yang ada pada diri hari ini dan jadikan masa lalu sebagai landasan untuk menjadi lebih baik pada masa kini.. lihatlah kejayaan pada masa hadapan namun berusahalah bersungguh-sungguh pada waktu saat yang ada jelas di hadapan mata kita..



Wednesday, December 1, 2010

fokus...

Keliru.. banyak benda yang buat kita keliru.. terutama sewaktu membuat keputusan.. dan mungkin juga sewaktu membuat perancangan..


"JANGAN HILANG FOKUS..."

Betul.. bila fokus mula hilang.. pasti keliru akan muncul..

"STAY FIRM.. DON'T LOOK BACK.. "

Cuma kadangkala.. kita perlukan seseorang yang positif untuk berikan semangat dan kata-kata yang mampu menjadi pendorong untuk terus maju ke hadapan.. dan.. saya amat memerlukan insan itu.. but its okay.. not everything that i want in this world will be mine.. =)

"THINK, FEELS & ACTS POSITIVELY.."