Friday, December 31, 2010

Alhamdulillah.. saya kini berada di Pulau Pinang untuk meneruskan perjuangan sebagai pendidik anak bangsa.. gelaran cikgu akan terus melekat di hatiku..


Perasaan:
1- bersyukur kerana ditempatkan di kawasan yang hampir dengan keluargaku.. perjalanan kurang 3 jam amat bermakna buatku tatkala kecemasan.. alhamdulillah

2- gembira kerana bakal menempuh dunia yang baru sebagai wanita berkerjaya.. alhamdulillah

3- gementar kerana sangkaanku di luar ruang lingkup.. ia mencakupi lebih daripada persediaanku..

4- takut kerana pengalaman dan ilmu yang masih sedikit untuk mengharungi cabaran untuk membuktikan kemampuan diri..

5- teruja kerana menggambarkan perkara yang ingin dilaksanakan kelak.. insyaALLAH..


sukar nak diluahkan pada insan-insan di sekelilingku.. kadangkala saya yakin saya mampu laksanakan kerana kekuatan itu dibina atas dasar kesungguhan dan tekad.. dan kadangkala gementar yang melampau menjadikan saya rasa meragui kemampuan diri.. hurm..

sesi persekolahan akan bermula 3 Januari 2011.. walaupun saya telah dilantik sejak 22 November 2010 sebagai guru di HSBM, tetapi cabaran sebenar akan bermula tatkala klien terbesar memasuki alam persekolahan sesi semester 1/ 2011.. Doakan segalanya dipermudahkan untuk saya galas amanah ini.. insyaALLAH..

Mesyuarat sepanjang minggu memberikan gambaran awal tentang misi, dan gerak kerja pengurusan yang tampak pantas dan penuh wibawa..

" Semoga pengalaman bekerja dengan individu-individu cemerlang mampu menjadi pemangkin untuk saya jadi cemerlang.."

Dan.. itulah luahan tersembunyi saya sewaktu memberi ucapan pengenalan kepada semua warga guru HSBM sewaktu mesyuarat hari pertama..

" saya berharap saya mampu berkhidmat dengan cemerlang selaras dengan misi dan visi Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam.."

ikhlas.. gementar kerana bagi saya.. harapan itu berupa janji secara kabur untuk saya berkhidmat penuh tekun di HSBM.. dan ligat saya berfikir bagaimana saya mampu memberi khidmat yang cemerlang di sini.. dan senarai itu perlu dilihat dan diperinci kembali..

sesi persekolahan belum lagi bermula namun tugasku sudah mula menampakkan bahangnya.. =)

Nota Kaki Hina: Jalan Berliku Itu Akan Menjadi Lebih Bermakna Tatkala Kaki Mampu Melangkah Gagah Mengharunginya.. =)

Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah..

As Salam.. Alhamdulillah.. masih bernafas dan dikurniakan nikmat kehidupan untuk memperbaiki diri yang banyak lalai dan terpesong..


terlalu cetek ilmuku.. terlalu banyak yang tidak diketahui olehku.. masih banyak persoalan yang masih tidak mampu dirungkai.. namun, sentiasa aku memanjatkan syukur kepada Pencipta Yang Maha Esa kerana Dia sentiasa ada di sisi walaupun aku lalai dalam tanggungjawabku.. terlalu banyak dipendam dan menjadi rahsia diri.. sehingga jijik melihat keruntuhan imanku sendiri.. kadangkala kulalai, kadangkala kulupa asal usul kejadianku sehingga aku menjadi hamba yang tidak mensyukuri nikmatMU..

kini.. selangkah lagi lembaran tahun terselak.. muhasabah diri yang tidak pernah ada hujungnya.. sesal rasa di jiwa.. di saatku mengejar cintaMU.. aku berpaling dan terlalai dengan insan bergelar lelaki.. hampir kuserahkan hatiku padanya sehingga aku merasakan itu ujian hati yang Engkau tuliskan untukku.. aku rasa diuji namun aku lupa bahawa peristiwa itu adalah peringatan untuk aku lebih dekat denganMU.. Alhamdulillah.. aku yakin padaMU..hikmahMU..




Pergaulan bererti cara kita berinteraksi antara sesama manusia atau disebut juga muamalat. Salah satu bentuk pergaulan antara sesama manusia adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kadangkala bentuk pergaulan tersebut boleh jadi berupa persahabatan yang terjalin antara mereka dengan saling meluahkan isi hati.

Sebuah persahabatan yang terjadi antara lelaki dan perempuan biasanya berlatarbelakang yang sama iaitu kesamaan idea, gagasan, gaya hidup, minat, cara berfikir dan harapan yang sama. Dari situ muncullah simpati sehingga wujud keterbukaan dan mula mencurahkan isi hati.

Dalam konteks agama, biasanya disebut “ukhuwah”. Ukhuwah ini didasari dengan keimanan, keikhlasan dan muroqobatullah.

Kedudukan sahabat begitu istimewa dalam hati seseorang, sehingga persahabatan yang terjadi antara lawan jenis perlu dipersoalkan, adakah mereka memang bersahabat? Ini kerana tidak mustahil ada kemungkinan di hati mereka atau salah seorang daripada mereka yang punya perasaan memiliki dan penuh harap.Curahan hati antara mereka sebenarnya bukanlah untuk mencari sebuah penyelesaian namun banyak berbentuk pengaduan dan mendapatkan perhatian.

Secara fitrahnya, antara lelaki dan perempuan (ikhwan atau akhawat) memiliki ketertarikan seperti positif dan negatif sehingga tidak ada hubungan persahabatan yang benar-benar tulus di antara mereka.

Perkara ini perlu menjadi perhatian yang besar bagi ikhwah mahupun akhawat. Ini kerana fenomena yang berkembang akhir-akhir ini kelihatan berlakunya ‘kelonggaran’ dalam pergaulan, apakah zaman sudah berubah atau kerana ruang lingkup dakwah sudah meluas, pergaulan sudah bebas, bahkan dengan masyarakat secara umum. Ia perlu dinilai kembali akan perilaku dan akhlak bergaul terhadap lawan jenis, kendati apa yang dilakukan semata-mata demi berkembangnya dakwah.

Islam sebagai Dinullah telah mengatur kehidupan antara sesama manusia dengan terperinci. Islam sangat menjaga agar hubungan kerjasama antara lelaki dan perempuan (ikhwah dan akhawat) hendaknya bersifat umum dalam urusan muamalat bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara mereka yang bukan mahram atau jalan-jalan bersama. Kerjasama antara keduanya bertujuan agar mereka melaksanakan kewajipan-kewajipan mereka.

Interaksi antara mereka hendaknya tidak mengarah kepada hubungan yang bersifat nafsu syahwat. Maksudnya, interaksi mereka tetap dalam koridor kerjasama semata-mata (amal jama’i) dalam menggapai pelbagai kemaslahatan dakwah dan dalam melakukan pelbagai macam aktiviti yang bermanfaat, tanpa diwarnai oleh ‘kepentingan individual’.

Pergaulan ikhwah dan akhawat hendaknya menjadikan aspek rohani sebagai landasan hukum dan syariat sebagai tolok ukur yang di dalamnya terdapat hukum yang mampu menciptakan nilai-nilai akhlak yang luhur.

Dalam mengatur hubungan berlainan jenis, kaedah yang telah ditentukan Islam perlu dijadikan pedoman sekalipun hubungan tersebut dalam kerangka dakwah. Larangan dalam persoalan ini sangat tegas. Atas dasar itu, Islam menetapkan sifat menjaga kehormatan sebagai satu kewajipan. Di antara ketentuan hukum yang berkenaan dengan hubungan terhadap lawan jenis adalah:

Pertama, perintah untuk menjaga pandangan. Allah SWT berfirman,”Katakanlah kepada lelaki yang mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Sikap demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tahu atas apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(An-Nuur 24:30-31)

Sebarang agenda dakwah yang hendak kita lakukan, pandangan terhadap lain jantina tetap harus dijaga, bukan bererti kita tidak melihat sama sekali, namun menjaga mata agar tidak saling menatap. Ini kerana tatapan mata yang lama dapat mempengaruhi perasaan sehingga syaitan sangat bersemangat untuk menggoda. Rukhsah hanya diberikan kepada mereka yang terlibat dalam proses belajar, mengajar, transaksi jual beli, memberikan kesaksian, berubat dan ketika khitbah.

Kedua,Islam telah memerintahkan kepada kaum wanita untuk memakai pakaian secara sempurna, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali muka dan kedua tapak tangan.Allah SWT berfirman,“Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain yang biasa tampak pada dirinya. Hendaklah mereka menutup tudung (khimar) ke bahagian dada mereka. (4:31).

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan wanita-wanita yang mukmin, hendaklah ia melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. (33:59)

Walau bagaimanapun, bentuk dan model pakaian tidak termasuk urusan ibadah murni, tetapi termasuk aspek muamalah yang illat dan ketentuan hukum berpusat kepada maksud dan tujuan syariat (sebagaimana yang diungkapkan Prof Abdul Halim dalam Tahrirul Mar’ah). Oleh sebab itu, segala bentuk dan model pakaian dibolehkan asalkan dapat menutup aurat dengan memenuhi kriteria dan pensyaratan yang ditetapkan syariat, sesuai dengan keadaan iklim dan juga memudahkan wanita bergerak, maka dapat diterima syar’i.Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah sebagaimana dikutip oleh Prof. Abdul Halim menguatkan penjelasan bahawa tidak mengapa wanita memakai pakaian yang berwarna-warni dan bermacam-macam bentuk asalkan memenuhi syarat dan adab-adab yang ditetapkan syar’i. Kriteria dan pensyaratan itu antara lain menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan, longgar tidak ketat, dan tidak jarang (transparent), serta serasi dan tidak menjolok mata.

Ketiga,Islam melarang lelaki dan wanita untuk berkhalwat (berdua-duaan), kecuali wanita itu disertai mahramnya. Rasulullah SAW bersabda “Tidak dibolehkan seorang lelaki dan wanita berkhalwat, kecuali wanita itu disertai mahramnya”.

Keempat, Islam sangat menjaga agar dalam kejidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah daripada jamaah (komuniti) lelaki; begitu juga di dalam masjid, di sekolah, dan lain-lain tempat. Paling tidak jangan sampai berlaku pembauran (ikhtilath), sekalipun dalam urusan dakwah.

Ikhtilath banyak berlaku dalam kehidupan bermasyarakat seperti di dalam kenderaan awam, di pasar dan lain-lain. Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan perkara seperti ini dikategorikan sebagai bentuk dharurat, selama kita belum mampu mengubahnya. Namun, apabila kita dapat mengaturnya, maka hukum dharurat tidak berlaku lagi. Contohnya dalam suasana di majlis perkahwinan, tidak dibenarkan berlaku ikhtilath antar tetamu lelaki dan wanita kerana sohihul haajah mampu mengaturnya.

Demikianlah antara beberapa perkara yang digariskan dalam Islam tentang pergaulan antara berlainan jantina. Dakwah semakin menyebar, pergaulan semakin meluas, namun kita sebagai tnaga-tenaga dakwah perlulah menjaga keaslian dakwah dalam menjunjung nilai-nilai Islam. Al-Islam Ya’lu wala yu’la ‘alaih.

http://paksi.net


_________________________________________________________________________


Assalamualaikum...

Setelah meneliti thread ni berhari2 maka terdetiklah hati ini utk sama2 berkongsi pendapat

Sbnrnya utk bincang perkara ni banyak persoalan yg perlu di tanya.. Berkawan tu mcmn?? Berkawan dgn erti kata bercinta ke?? berkawan sbb satu kelas atau satu kuliah dgn kita ke?? berkawan sbb dia jiran kita ke?? atau yg mcmn??

Secara asasnya pergaulan antara lelaki dgn wanita amat dibatasi oleh Islam demi menjaga kebaikan kedua belah pihak.. namun keterbatasan itu boleh dilangkaui jika ada tujuan2 yg dibolehkan oleh syara' spt belajar dgn guru perempuan bg lelaki dan belajar dgn lelaki bg guru perempuan atau berlaku dalam proses jual beli atau sbgnya..

Ikatan kawan antara lelaki dgn perempuan tu atas dasar apa?? atas dasar nafsu ke?? eh taklah sbb org laki ni lebih memahami.. orang perempuan ni lebih caring.. agak2 takde unsur nafsu ke kat sana??

Kenapa kita tak jadikan ahli keluarga kita yg lelaki bg perempuan sbg kawan baik?? saya xde adik lelaki.. saya xde abg.. dah ayah kamu bukan lelaki ke??knp?? adakah kawan lebih memahami drpd ayah kita??ya, ayah saya xmemahami saya.. TIDAK sbnrnya keluarga kita adalah org2 yg plg memahami kita lbh2 lg ibu dan bapa kerana merekalah yg membesarkan kita.. kawan2 ni br je ada lepas kita dah boleh berjalan sendiri, makan sendiri, cari duit sendiri.. sblm ni sape kawan kita?? tempat kita menangis.. sape yg suapkan mkn kita dan menjaga kita..

Bagi lelaki begitu juga.. ibu kita kan ada.. dialah yg patut kita tahtakan di hati lebih dr isteri kita.. sbb mati isteri kita boleh cr ganti tp mati ibu, mana kita nak cari??

Bagi isteri,, suami dialah kawan baik dia dan begitu jg bagi suami isterilah tempat dia berkongsi suka dan duka.. Allah telah menyediakn satu ikatan yg suci kenapa harus kita pilih ikatan yg boleh menggelincirkan kita ke jln yg tdk diredhaiNya..

Keluarga dan hubungan perkahwinan adalah ikatan yg diharuskan oleh Allah bagi insan yg bernama Adam dan Hawa..

Tepuk Dada Tanya Iman.. Jgn tanya aiman nanti dia jawab lain..grin

________________________________________________________________________

RE: Ukhwah Lelaki-Perempuan: Wujudkah?
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=78&thread_id=7629&rowstart=50

assalamualaikum

t'detik di hati utk b'kongsi 1 buku~adab p'gaulan ant L/P hsil tlisan Pn. Hamidah Mat(Sjana FIqh&Usul,UM)

keadaan yg m'haruskn pergaulan:-

hukum sbnr p'aulan ant. L/p adlh haram.Wlubgaimnapn jumhur ulama, prgaulan ni diharuskan dlm bbrp keadaan iaitu:

1-darurat
~darrt yg dmksudkn di cni ialah keadan yg m'ancm nyawa & agma ssorg. cthny apbla sorg wnita dlm keadaan bhaya, hrus bg laki b'gaul dgnnya utk beri p'lindungn kpd wnita tsebut wlupn b'laku khalwat sbgaimana djelasknn oleh Imam Nawawi(Al.Nawawi.Sahih Muslim bi Syarhi al-Nawawi)

p'gaulan ats alasn darurat hny diblehkn skdr m'hilgkn bhya.Ini krn kaedah fekah mnyebut, ssuatu darurat i2 diukur skdrny shj

~keadaan mngancam agama jg t'msuk darurat.olh i2 p'gaulan ant L/P dharuskn dlm jihad b'prang lwn msuh Islam demi jg agama.

2-Keperluan @ hajat
~kprluan ialh suatu prkra yg msti ad ttip xsmpi kpd thp darurat.Jk kprluan x dpenuhi, khidupn xlgkap. Bg kprluan yg x b'tntangan dgn syarak, p'gaulan L/P dharuskn

a)muamalau maliyyah(ursn hrta)
-ursn jual-beli @ lain2 transaksi yg mmrlukan intraksi ant L/P(bank,psraya,kedai dll)

b)penyaksian(mahkamah) jk wnita t'pksa jd sksi & mmksany b'gaul dgn laki

c)Urusan kerja
~wnita dharuskn kluar kerja dgn izin suami @ pnjagaya.Ursn krja kbiasanny mlibtkn L/P
tmbhn bil tmpt kerja yg asingkn ant L/P scr total amt terhad

p'gaulan ni diharuskn b'dsrkn kpd p'buatan Saidina Umar al-Khatab yg tlh lntik al-Syifa' bg m;jd pnguatkuasa di psr. ni mnunjukkn hrus wnita b'gaul dgn laki dlm ursn kerja..

d)kperluan lain yg tdk b;tntangn dgn syarak
~kharusn t'takluk kpd batas2 ant L/P yg dntntukan syarak. P'gaulan kmbali jd haram skiranya bts2 p'gaulan x djg oleh kdua2 pihak

batas2 p'gaulan antny ialh mnutup aurat, mnjaga pndangan (dr lht bnda2 haram srta jg maruah mreka tp dibolehkn pd tmpt yg bkn aurat dgn syarat x dsrtai syahwat & aman dr fitnah) dan tdk b'khalwat( prlu ad khadiran mahram dn diadakn d tmpt t'buka & msih b'pgg kmas pd bts2nya)

adab2 p'tuturan plak.. jumhur ulama b'pndapt bhw suara aurat bknlah aurat(al-Syarbini,opcit,jil 3. ms 129)

olh i2, tiada hlangn bg wniat utk b'suara d hdpn llki ajnabi. nmun kharusan ini bkn scra mutlak, suara wnita mnjd aurat jk ditinggikan. Oleh i2 wnita tdk dsyariatkn azan

wnita jg dlarang melunakkn suara ktika b'ckp dgn laki ajnabi krn blh mrngsang syahwat n mnibulkn fitnah.


skdr b;kongsi ap yg sy baca n lau ad clap hrp ad yg tlg p'btulkn krn sy msih dlm proses bljr n mncri ilmu~iluvislam
jazakallah wa'allahualam..
________________________________________________________________________
Bismillahirrahmaanirrahiim.

Subhanallah~

Maaf saya mengganggu perbincangan kalian. Saya terpaksa potong line. Sebab thread ini, sama dengan thread yang ini..

Lelaki Dan Perempuan: Bolehkah Menjadi Kawan Baik?

Boleh berkawan baik lelaki dan perempuan asalkan tahu batasannya. Kena ingat saidatina aisyah adalah seorang faqih yang selalu dijadikan tempat rujukan oleh para sahabat selepas kewafatan RasuluLLah.

Persepsi salah yang ditimbulkan adalah - kawan maksudnya bercouple, bercinta - sebenarnya tak semestinya begini. Ada orang berkawan dan bekerjasama di dalam satu organisasi, contoh di dalam satu jemaah. Perlunya kerjasama antara lelaki dan perempuan untuk melengkapkan kesatuan dan gerak kerja yang mantap.

Jika semuanya tidak boleh - yang menjadi guru wanita itu bagaimana? Yang lelaki hanya bergurukan orang lelaki? Dalam sirah yang dilihat, muhaddithin dan fuqaha' pun ada terdiri dari wanita.

Wanita Ansor dipuji oleh RasuluLLah kerana berani bertanya mengenai hal ehwal agama yang berkaitan dengan mereka.

Begitu juga dalam bidang muamalat dan sebagainya.

Saya pelik dengan kenyataan yang amat berat sehingga boleh jatuh hukum lelaki dan wanita tidak boleh berkawan. Dalam usaha tegur menegur dan nasihat menasihati antara sesama Islam adakah ditunjukkan bahawa hanya lelaki sahaja yang boleh menegur lelaki dan begitu juga wanita?

Ini amat bertentangan dengan ayat al Quran yang bererti : "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar." (At-Taubah: 71).

Tiada masalah untuk belajar di dalam kumpulan antara lelaki dan perempuan- tujuannya adalah baik, yang penting batasan dan keadaan (hendaklah jauh dari fitnah) jauhkan dari berbual perkara yang lagha (sia-sia). Bertepuk bertampar contohnya, atau ketawa terbahak-bahak - ini semua hanya menyebabkan hati mati dan mendatangkan fitnah.

Duduk juga tidak perlulah berdekatan - belajar di tempat yang dikhususkan seperti di dalam perpustakaan. Bercakap dalam keadaan yang perlu sahaja.

Seorang wanita tidak boleh bercakap dalam keadaan suara yang dilembutkan kepada lelaki yang halal dikahwini atau memujuk rayu. Suaranya hendaklah didatarkan.


Bergaul dalam keadaan tertentu.

Walau pun hukum asal pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah, tetapi ia dibolehkan atas alasan darurat, hajah syar`iyyah, maslahat syar`iyyah atau kerana kebiasaan adat setempat yang syar`ie.

3.1.Boleh bergaul kerana darurat.
Boleh bergaul silang jantina ajnabi atas alasan darurat. Contohnya lelaki lari bersama perempuan ajnabiyah (bukan mahram) untuk mengelakkannya daripada diperkosa.

3.2.Boleh bergaul kerana hajah.

a) Boleh bergaul kerana urusan muamalat yang syar`ie seperti jual beli dan lainnya dengan syarat tidak berkhalwat.

b) Boleh bergaul kerana melaksanakan tugas kehakiman dan perbicaraan. Dalam Mazhab Hanafi wanita boleh jadi hakim dalam kes-kes bukan hudud, malah Mazhab al-Zahiri berpendapat boleh dalam semua kes. Tugas hakim memerlukan wanita bergaul dengan lelaki.

c) Boleh bergaul kerana wanita perlu mengemukakan kesaksian dalam perbicaraan. Wanita memang boleh jadi saksi. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282:
فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ممن ترضون من الشهداء
“jika keduanya (saksi) bukan dua lelaki maka ia hendaklah terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan dari kalangan saksi yang kamu reda”.

d) Boleh bergaul kerana wanita menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan. Umar bin al-Khattab telah melantik al-Syifa’ sebagai pegawai penguat kuasa di majlis perbandaran.

e) Boleh bergaul untuk tujuan memberi khidmat kepada tetamu ajnabi jika suami turut hadir bersama. Bukhari meriwayatkan, apabila Abu Usaid berkahwin dia menjemput Rasulullah (s) dan sahabat. Tiada siapa yang menyedia dan menghidangkan makanan kecuali isterinya Ummu Usaid. Dia membasahkan tamar dan meletakkannya ke dalam bekas diperbuat dari batu. Kejadian itu berlaku waktu malam. Apabila Baginda selesai makan Ummu Usaid Mengesat tangan Baginda dan memberinya minum. Dia melayan Baginda dengan baik. Jelas hadis ini menunjukkan Ummu Usaid berada bersama suaminya memberi khidmat kepada Rasulullah (s) sebagai tetamu. Bagi saya, kedudukan Baginda sebagai Rasul perlu diambil kira.

f) Boleh bergaul kerana menghormati tetamu. Dalam Sahih Muslim dikesahkan tentang seseorang telah datang menemui Rasulullah (s). Baginda lantas bertanya para sahabat, siapa yang sanggup menerima lelaki tersebut sebagai tetamu. Seorang sahabat dari al-Ansar mengatakan “saya ya Rasulullah”. Setelah itu dia pun beredar balik ke rumah bertanyakan isterinya “kamu ada sesuatu ”. Yakni untuk dimakan. Jawab isterinya “tidak, kecuali untuk makanan anak-anak saya”. Jawab lelaki itu “lengah-lengahkan mereka dengan sesuatu, apabila tetamu kita datang padamkan lampu dan perlihatkan seolah-olah kita makan. Apabila dia mula makan kamu berdiri dan padamkanlah lampu”. Suami isteri tersebut duduk bersama tetamu mereka yang terus makan.. Apabila subuh, lelaki itu berjumpa Rasulullah (s), Baginda bersabda kepadanya “ Allah kagum terhadap apa yang kamu lakukan kepada tetamu kamu malam tadi”. Hadis ini menunjukkan isteri Ansari tersebut berada bersama suaminya melayan tetamu mereka makan.

g) Boleh bergaul dalam kenderaan awam kerana hajah/keperluan menggunakannya. Wanita dibenarkan keluar untuk menunaikan keperluan yang syar`ie seperti menziarahi keluarga, mendapat rawatan di hospital dan lainnya. Ini membuatkannya terpaksa menggunakan kenderaan awam. Mungkin berlaku pergaulan dalam kenderaan awam atau semasa menunggu untuk mendapat rawatan doktor atau semasa mengambil ubat di farmasi. Pergaulan wanita dan lelaki ajnabi dalam bentuk ini diharuskan atas dasar hajah dan keperluan syar`ie dan dengan syarat mematuhi hukum-hukum dan adab-adab Islam lain.

h) Boleh bergaul kerana tujuan berjihad fi sabilillah. Ini telah berlaku apabila sahabiyat turut serta dalam medan perang memberikan rawatan kepada mereka yang luka, menyediakan makanan dan menghantar pulang mereka yang syahid ke Madinah. Kegiatan ini menuntut wanita dan lelaki ajnabi bercampur , tetapi ia dibolehkan kerana menyempurnakan tuntutan syarak. Rabi`e Binti Mu`awiz berkata: “kami bersama Rasulullah (s) memberi minum dan merawat mereka yang luka dan menghantar pulang mereka yang terkorban ke Madinah”.

i) Boleh bergaul silang jantina ajnabi untuk tujuan mendapat nasihat, teguran dan bimbingan. (mendengar ceramah agama dalam konteks hari ini) Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Pada (satu) hari raya Baginda keluar dan solat dua rakaat. Baginda tidak solat sebelum dan sesudahnya. Kemudian baginda menghala kepada kumpulan kaum wanita dan mengarahkan mereka supaya bersedekah. Mereka pun menyerahkan gelang dan rantai. Hadis ini jelas menunjukkan kaum wanita turut berada dalam majlis tersebut.


Persoalan telah dijawab. Untuk membaca dengan lebih lanjut, sila click link yang telah diberikan di atas. Dan link-link yang telah diberikan oleh sahabat kita.

Mohon izin saya untuk kunci thread ini.

syukran,

gembira

Wallahu'alam bissowab.
__________________________________________________________________



Sunday, December 5, 2010

Masa Kini..

Rahsia Tuhan Pasti Sukar Disingkap Jika Masih Belum Tiba Masanya..

ayat ini sangat bermakna pada diri saya.. terutama pada saat gundah mengetuk dinding hati.. apabila berlaku sesuatu yang seolah-olah tergantung jalan ceritanya, pasti perasaan ingin tahu itu membuak-buak.. siapakah?bagaimanakah?dimanakah?apakah?... pelbagai persoalan akan muncul.. mungkinkah saya seorang sahaja yang berfikiran begitu? mungkin..

lihat lah pada diri.. kini.. bukan menanti penuh pengharapan untuk masa depan tanpa usaha yang jitu.. bukan jua meratapi kejayaan masa lalu dan merundum gagal pada diri yang ada pada hari ini.. perbaikilah kelemahan yang ada pada diri hari ini dan jadikan masa lalu sebagai landasan untuk menjadi lebih baik pada masa kini.. lihatlah kejayaan pada masa hadapan namun berusahalah bersungguh-sungguh pada waktu saat yang ada jelas di hadapan mata kita..



Wednesday, December 1, 2010

fokus...

Keliru.. banyak benda yang buat kita keliru.. terutama sewaktu membuat keputusan.. dan mungkin juga sewaktu membuat perancangan..


"JANGAN HILANG FOKUS..."

Betul.. bila fokus mula hilang.. pasti keliru akan muncul..

"STAY FIRM.. DON'T LOOK BACK.. "

Cuma kadangkala.. kita perlukan seseorang yang positif untuk berikan semangat dan kata-kata yang mampu menjadi pendorong untuk terus maju ke hadapan.. dan.. saya amat memerlukan insan itu.. but its okay.. not everything that i want in this world will be mine.. =)

"THINK, FEELS & ACTS POSITIVELY.."

Saturday, November 20, 2010

HSBM! Here I Am..


Di sinilah tempat yang akan saya jejakkan kaki saya sebagai guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah.. homework dah dibuat..

one of the premier school in Penang.. Zappppp.. really?..

one of an established school in Penang.. what will i bring to the school... where is the lack.. what is the mistakes??.. nope.. there's no lacking or mistakes..

Cahaya Hidupku.. just go with full of energy, excitement n confidence.. you can do it.. u have it well-plan.. insyaAllah.. focus on you 8 bidang.. the sessions..

MEMBACA!!!!!.. cari balik buku jenaka.. cari balik buku cerita.. ehh???... ape sahaja jenis buku lah.. kihkihhhh..

p/s: mode: tak sabar

Nota Kaki Hina: Teruskan Berjalan.. Jangan Berhenti.. Tapi Jangan Terus Berlari Namun Perhati Di Mana Dia Jalan Mati.. Teruskan Lagi Berjalan.. Jangan Berhenti.. Di Jalan Itu Dikau Temui Cahaya.. Pasti!!

Wednesday, November 17, 2010

Korbanku...

Salam Aidiladha.. Alhamdulillah.. masih bernafas, masih berdegup jantungku..


Hari ini hari raya korban.. apa yang anda korbankan?.. adakah bahagian lembu,kambing dan binatang sembelihan yang lainnya?.. tidak sempat saya nak fikirkan apa yang ada pada hari ini kecuali rendang, ketupat daun, ketupat palas, kari ayam dan kuah kacang.. tidak lupa juga mee goreng basah yang digoreng oleh saya sendiri.. (baru ini ku mengaku, aku tak lah tak pandai masak, cuma kurang praktis..)haha..

selain makan.. apa yang bermakna pada hari ini?.. korban masa dan korban kasih.. korban kerja dan korban hati.. terfikir sejenak.. benarkah itu yang dikorbankan?.. muhasabah.. jawapan biar tersimpan.. semalam-161110- berada di tanjong malim dan bergerak pulang ke Ipoh selepas maghrib.. sakit kepala menyerang.. 2 biji paracetamol dan sebiji ponstant tak mampu melegakan sakitku.. tertidur, lesu.. alhamdulillah.. bukan saya yang memandu.. sampai di Ipoh, rasa lebih lega.. dan alhamdulillah.. sakit kepalaku tak sakit lama.. alhamdulillah..

minggu ni minggu terakhir berada di ibu kandung suluh budiman sebagai r.a... malam ni akan bergerak pulang ke sana.. menghadapi 2 hari yang mendatang.. kerja perlu diselesaikan segera.. dan mahu merasakan kenangan bersama mereka.. sayu nak tinggalkan UPSI.. tempat ku bertatih 4 tahun yang lampau.. kini.. sudah mampu ku berdiri.. dan mahu belajar berjalan di dunia kerjaya yang realiti..

terlalu banyak perancangan.. dan terlalu banyak pengiraan.. hatiku milik Allah yang abadi.. yang terpinjam lebar hanya buat keluargaku kini.. hanya untuk sahabat-sahabatku kini.. dan buat bakal suamiku kelak.. pasti dan yakin.. jodohku ada di mana-mana.. pasti ada di dunia ini.. dan sangat pasti berada di akhirat kelak.. =)

p/s: tak sabarnyaaa.. moga dipermudahkan urusanku.. InsyaALLAH SWT..



Sunday, November 14, 2010

Keep On Smiling..

Alhamdulillah.. Hari ni hari Ahad.. Berada di opis untuk menyiapkan kerja-kerja yang tak akan pernah sudah hujungnya.. itulah dunia.. sempat mencoretkan kisah di diary kecil ini..


gembira.. yakin.. tekad.. sangat seronok.. ikhlas di dalam hati, ALLAH SWT kurniakan rasa lapang.. tiada gundah.. tiada resah.. Alhamdulillah..

Masalah hati sudah selesai.. kosong dan terisi hanya cintaNya.. ALLAH SWT tempat mengadu.. kerana padaNya terletak harapan yang tidak sekali-kali palsu.. Allahuakbar..

=)... KEEP ON SMILING CAHAYA HIDUPKU!!!..

p/s: i love this feeling.. yeehaaaa... =)

Nota Kaki Hina: Sudah Lama Tidak Berpujangga.. Hati Punca Terngadah.. Namun Kembali Bertatih Dan Ingin Kembali Berlari.. =)

Thursday, November 11, 2010

Kisah Si Layang-layang..

Layang-layang cantik nak terbang pergi mana?
Layang-layang cantik nak terbang tinggi ye?.. Tinggi mana?
Layang-layang cantik nak terbang dengan siapa?.. Tak takut jatuh?
Layang-layang cantik nak terbang jauh dan tinggi ye?.. yakin ke boleh sampai?

Layang-layang tetap jauh melayang.. indah.. tersergam menari-nari di dada langit.. cantik..

"Melayang.. Terbang Tinggi.. Tapi Jatuh Lagi.. Mungkin Bukan Itu Arjuna Yang Bakal Bawa Ku Terbang Tinggi Selamanya.." (layang-layang)

Terbang tinggi.. Sendiri..tidak perlu dia di sisi.. cukup cinta yang hakiki.. namun inilah dia kisah hati.. semakin jauh, semakin dikejar.. semakin dekat, semakin tersentuh..

Tiada mampu ditafsir.. godaan hati dan nafsu.. emosi yang kian lesu.. tawaku kembali selaung dengan tangisku.. tapi launganku tidak sekuat dulu.. semakin sayup.. semakin menjauh.. seketika.. yakinlah hanya seketika.. persinggahan untuk mematangkan hati.. persinggahan untuk mengenal diri.. persinggahan untuk merenung diri.. Alhamdulillah..

"Yakin dengan janji ALLAH SWT.."(kata-kata seorang gadis rakan baruku & rakan lamanya)

kisahku sudah disampaikan pada seseorang.. dan dia tahu tentangku.. Allah pertemukan kami, dan luahan hati mengosongkan sedikit ruang rasa.. kisahku dicerita pada insan lain yang bergelar rakan karibnya.. malu.. mungkin jua terkilan.. yer.. dia tahu tentang kisah hatinya dan juga dia kini tahu tentang kisah hatiku.. dan.. kesimpulannya..

"Lepaskanlah.. dia tak boleh tipu perasaannya.." (kesimpulan dari perbualan itu)

kubuka mataku.. buka hatiku.. walaupun tidak luas pintu hatiku terbuka untuk melepaskannya tapi aku akan cuba.. melepaskan bukan perkara mudah bagiku.. dia tahu..

Yakin.. aku mampu lepaskan dia.. kosongkan hati dari namanya dan bayangan dan kata-katanya..

aku mesti lepaskan dia.. kosongkan segala bait-bait gurau dan harapan itu..

"Buang semua tu jauh-jauh.." (kata-kata dia)

yer.. buang jauh-jauh.. aku perlu buang jauh-jauh.. aku mahu terbang sendiri.. tak mahu ada dia.. tak mahu ada sesiapa.. nak terbang tinggi.. supaya tidak ada siapa mampu menggapaiku.. seketika..

tidak ada mungkin.. tidak ada kalau.. tidak ada suatu hari nanti.. tidak ada baris kata yang terselit namanya kini.. tepatnya.. tidak akan ada baris kata yang terselit namanya akan datang..

Masanya telah tiba.. untuk kuteruskan tekad.. bangun dan mengejar matlamat yang pasti membawa bahagia padaku.. tidak perlu kugenggam sesiapa dan mengajakku berlari.. biar ku lari sendiri sehingga tidak lagi menjejak tanah lalu terbang tinggi..


Melayang.. Terbang Tinggi.. Perlahan-lahan Mula Terbang Rendah Seketika..
Akhirnya Jatuh Jua.. Itulah Hakikat Hidup Si Layang-layang..
TAPI Layang-layang Pasti Terbang Kembali.. Yakin!!

Monday, November 8, 2010

3 Minggu Yang Unik

Ya ALLAH.. 3 minggu ini aku telah lalui kisah yang unik.. alhamdulillah..

minggu pertama.. aku diuji dengan suhu badan yang tidak menentu.. setelah sudah mahu sembuh.. ujian berulang apabila badanku kembali tidak menentu dengan sakit kepala yang tidak pernah kurasa begitu sakitnya.. dengan badan yang lemah, kepala yang berat sehingga tubuh tak mampu menginjakkan diri.. ujian itu mampu aku tangani untuk 2 minggu berturut-turut.. alhamdulillah.. namun kasihNya Dia padaku.. diuji aku dengan kehilangan hphone dan brg2 milik orang di rumahku.. dan selang seharinya dikhabarkan motor yang byk berjasa telah dirungkai oleh insan bergelar pencuri.. motor buruk itulah yang bersama-sama berjihad denganku dalam mencari ilmu.. motor tua itulah yang sentiasa kuusung ke mana sahaja aku bekerja.. kehilangan barang kesayangan membuatkan aku sedih.. mungkin juga murung.. 3minggu penuh cerita.. alhamdulillah.. ingatNya Dia padaku.. supaya aku sentiasa beringat dan memuhasabah kesilapan lalu..

Sunday, November 7, 2010

Jauhkanlah Dia Dariku..


Tanggal 051110.. hp saya telah dicurik orang.. waktu dinihari.. dia telah mengambilnya dari tingkap bilik saya.. sedih.. kerana saya baru je guna hp tu.. baru beberapa bulan.. itulah hp pertama yang saya beli baru.. dan sy sgt sygkan hp tu.. kehilangan barang dunia.. kemudian, silih berganti.. berganti dengan yang baru.. yang patah tumbuh, hilang berganti..

alangkah indahnya jika hatiku juga mampu bertukar
ganti.. namun, hati bukan barang dagangan.. alangkah mudah jika sayang itu boleh ditarik ditolak.. supaya mampu rasa itu dicampak jauh dan tiada lagi rasa itu tersemat di hati..
alangkah senangnya langkah berlalu.. jika kaki ini mampu berlari, menjejak insan yang pasti adalah untukku..
namun, hati bukan harta sendiri.. ianya milik Allah SWT.. namun nafsu menguasai diri, lalu kasih tertumpah pada insan yang tidak sudi..
kembali jua pada Allah SWT..

detik rasa.. oktober ku tinggal jauh.. supaya november mampu terungkai kisah yang baru.. namun kisah 021010 kembali menerjah pabila coretan agak serupa tercatat di 021110.. sebulan membawa rasa yang berbeza.. jika sebulan sebelum itu rasa gembira, berdebar kuat dirasa namun sebulan selepasnya.. rasa debar itu makin kuat, dan rasa sayu menerjah di jiwa.. namun masih tetap sama membuat bibir tidak lekang dengan senyuman dan ukiran kenangan indah menjadi sandaran..

"aku mahu hidup dengan kisah lalu"...

kata-kata itu memerangkap diriku.. walaupun tiada lagi airmata berjujuran laju.. namun hati pedih tiada yang sudi ambil tahu.. aku mahu bawa diriku jauh.. tapi di mana.. kerana sentiasa ada namanya.. sentiasa ada bayangannya.. ujian hati sukar ditegah.. ujian hati sukar ditepis.. ujian hati amat sukar diubati.. hanya Allah tempat kembali.. kerana rasa itu Dia yang beri.. kerana hati itu milik Dia yang abadi.. doaku pada Allah.. jauhkanlah dia.. jauhkanlah rasa sayang yang tidak kutahu landasannya apa.. Ya ALLAH, jauhkanlah dia dari hatiku, dari hidupku, dari diriku.. bekukanlah hatiku ini untuknya dan bukakanlah hatiku hanya pada insan bergelar suamiku kelak.. amin..

Friday, November 5, 2010

Cahaya Hidupku

Cahaya Hidupku.. =)


Perlu ke nak bagi cahaya pada hidup orang lain?..

Cahaya hidupku.. =)

Berikan cahaya pada hidupmu sendiri..

Kerana hanya dirimu yang tahu.. tatkala tiada siapa menghargai..

Hanya dirimu yang rasa.. tatkala ramai mula menyisih dan menyepi..

Hanya dirimu yang sentiasa tersentak.. tatkala orang memandangmu lali..

Cahaya Hidupku.. Bersinarlah.. Bercahayalah.. Bergemerlapanlah Tinggi Jauh Di Awan.. Biar Semua Melihat.. Walau Jauh Di Hatimu Masih Mendamba Cahaya Bahagia Kurniaan Ilahi..

Thursday, November 4, 2010

sometime..

Sometime... i just don't understand something.. maybe it had happen to me.. but i just realized something that can be a slip look to myself indeed..

sometime.. people decide not to do things that they think they won't change.. but when others get what the thing that they have rejected earlier, they start to rethink their act.. and it bothering them..

what is that suppose to mean?
a) iri hati
b) tidak bersyukur
c) tidak yakin
d) dan lain-lain

sukar diungkap perasaan dan pemikiran seseorang.. subjektif dan abstrak.. tapi saya cuba memahami.. mungkinkah peluahan itu sekadar mahu menunjukkan:

" aku tak dapat.. yeayyy..."
" alamakk.. macam best jer?"
" betul ke ni?.. macam tak percaya pulak.."

biarlah menjadi misteri.. hak masing-masing.. saya takmau ganggu.. biarkan sahaja semua itu.. cuma saya pandang perkara ni dari perspektif yang lain.. dan jawapan saya yang ada di atas.. ITULAH MANUSIA.. =)


Sunday, October 31, 2010

Selamat Tinggal Oktober 2010..


Alhamdulillah.. nyaman cuaca sepoi berbahasa menyapa kulit.. Tanda salam sejahtera ke atasmu..

apa yang terbaru tentang saya yer.. Ohhh.. Syukur kerana sudah sembuh.. Harapan dan doa.. agar tidak berulang seperti sebelum ini.. sudah sembuh dan ceria tetapi tiba-tiba diuji.. kembali sakit pula.. tapi kuatkan diri, kuatkan mental, kuatkan doa... InsyaAllah..

pelbagai perkara berlaku semasa Oktober 2010.. =) =( =? =D =P =O =| emoticon tu menggambarkannya.. senyum.. ketawa.. bersedih.. berseronok dengan kehidupan.. kejutan demi kejutan.. dan kadangkala kelu lidah untuk berkata-kata dan tidak faham dengan emosi sendiri.. tetapi.. pengakhiran oktober 2010.. tekad harus diteruskan.. penantian harus berterusan.. dan matlamat tetap kukuh bersatu.. InsyaAllah.. setiap hari yang dilalui adalah kenangan buatku.. tangis dan tawaku adalah pentasan skrip yang buatku lebih matang menghadapi dunia ini.. =) antara kenangan bulan ini..

percutian dua anak gadis berdarah daging..=)







graduasi pertamaku... =)







berkejutan di tepi sungai.. =)


berhari jadi di restoran janggut putih (crdt to my colleague).. =)




kenangan terindah hanya bersama keluarga dan teman sekalian.. terima kasih semua.. peluk ciumku lewat angin lalu.. yang sentiasa menyapa dirimu.. walau sejengkal, mahu sehasta jua berjuta jauhnya.. tetap akan sampai kiriman doa sejahteraku hanya pada kalian.. =)



Tuesday, October 26, 2010

=)

Senyum.. =)

Monday, October 25, 2010

C. I. N. T. A...

C = Cari

I = Ia
N = Namun
T = Tak
A = Ada..

best jugak yer tetiba pulak leh buat mcm ni.. hehe.. =).. suka..suka....=))

Tawaku Selaung Tangisku..

kelikir dibiar jauh. tidak mungkin secantik.. secerah..sekilau permata itu.. kelikir itu tetaplah aku..


hati terguris siapa yang tau.. cuma Allah jua tempat mengadu.. senyumanku tidak pernah lekang.. ketawaku tidak pernah sunyi.. tapi taukah mereka?.. tawaku selaung dengan tangisku?..

aku kini makin mampu berdiri.. cuba menjadi diriku yang sendiri.. jika dulu aku mampu kembali utuh setelah hatiku dipijak lumat oleh insan bergelar lelaki.. hancur tidak berbaki.. dan kini, aku rasai lagi setelah 2 tahun aku sepi dan ceria..

tatkala rambutku selak, kepala mencecah bantal.. iringan kanan menemani diri.. dan tatkala itu sayu mengusik hati.. dan tanpa sedar titisan air mata diam mengalir.. tiada esakan.. tiada sedu sedan.. cuma mengalir basah.. aku alihkan dengan selawat ke atas junjungan nabi.. memuji kebesaran Allah.. godaan hati..

maha hebat ciptaan Allah.. hati itulah punca segalanya.. dan Dia ciptakan suka dan duka.. dan seraya ini duka lah peneman hati.. remuk.. tapi masih bersisa.. kenapa tidak remuk dan terus hancur lebur? lebih mudah untuk aku terus melangkah..

tiada yang benar.. tiada jua orang yang salah..

kadang terfikir.. kenapa hatiku jatuh pada jejaka itu yer?.. di mana hebatnya dia?.. di mana tegasnya dia?.. dan fikiranku melayang.. tersenyum.. kerana dia cerdik.. dia bijak.. dan dia bukan lelaki hebat yang digilai oleh semua gadis.. dia cumalah dia.. humblenya dia.. kata-kata yang matang.. dan langkahnya tampak penuh dengan berfikir.. tapi hatinya terlalu matang.. sehingga tidak mampu menerima aku yang sungguh keanakan.. tapi.. ambillah masa.. kenalilah aku.. pasti aku ada yang dikau cari..

keyakinan itu sukar dimengerti.. ia bukan hak kita.. ye.. faham.. aku tau.. tapi hati semakin degil.. masih tidak mahu mengerti..

i am not myself anymore.. perlukah aku mencari kawan yang aku sendiri tak selesa?.. tak perlu.. itu bukan diri aku.. aku tak mau berkawan dengan orang lain hanya kerana ingin mengurangkan sedihku.. itu tak ikhlas kan?.. hurm.. berfikir.. jauh.. melayang.. singgah hanya pada insan yang sama.. masa.. aku perlukan masa.. yer.. masa..

buat masa ni.. biarla aku hidup dengan masa lalu.. biarla aku terus rasakannya.. kerana itu menggembirakan aku.. fahamilah aku.. aku suka rasa itu.. kerana rasa itu yang buat aku tersenyum dan ketawa.. tapi.. itu mimpi.. tidak mungkin tercetus pada realiti.. siapalah aku?.. tidak mungkin aku mampu berdamping dengannya..

aku cumalah kelikir di pinggiran.. dipandang sepi.. jauh dan terus mahu dihalau pergi..

Friday, October 22, 2010

Bidadari - Munif Ahmad


InsyaAllah.. Pasti Tiba Waktu Itu.. Di Dunia Mahupun Di Akhirat Kelak..

Wednesday, October 20, 2010

Allah Ada..=)

Dalam kehidupan itu kamu diuji.

ayat ni saya ambil dari blog entah siapa entah.. yer..betullah.. tidak kira ujian ape.. mungkin ujian bulanan macam zaman sekolah.. ujian mid term masa kat U.. mungkin juga ujian sakit, ujian kehilangan.. dan mungkin juga ujian hati.. dan semuanya pasti akan sukar terlerai bila ujian itu adalah ujian hati..

pergi jauh.. saya tak suka diri saya yang kini..
pergi jauh.. saya tak jadi diri saya yang sebenar..
pergi jauh.. saya mahu ceria seperti diri saya yang sepatutnya..
pergi jauh.. yer pergi jauh.. jauh.. dan jauh.. dan makin jauh.. dan terus lah jauh..

tapi rasa itu dekat..
tapi rasa itu rapat..
tapi rasa itu tetap sarat..

Tapi saya ingat Allah ada dengan saya.. Dia kurniakan darah daging yang utuh tersenyum di saat tangis saya..
saya ingat Allah sentiasa ada dengan saya.. Dia hulurkan ceria pada wajah saya lalu saya ceriakan orang di sekeliling saya..
saya ingat Allah ada dengan saya.. Dia salurkan hikmahnya melalui rakan-rakan yang sentiasa wujud dalam hidup saya..
saya ingat Allah sentiasa ada untuk saya.. Kerana Tangis Saya.. Saya Sebut Namanya.. Di Saat Latah Saya.. Saya Sebut Namanya.. Di Saat Saya Perlukan Kekuatan Saya Sebut Namanya Berulangkali..

Tah ta ambrika, Ya Allah.. HambaMu ini terima ujianMu.. Alhamdulillah.. CintaMU Berlabuh Padaku Dengan Peringatan Ini..

Diuji hati milik Maha Pengasih.. Supaya hati segar merah menyala hanya cinta padaNya..
Diuji hati milik Maha Penyayang.. Supaya hati terus menerima cahaya imannya..
Diuji hati milik Maha Pencipta.. Supaya hamba yang lemah sentiasa membataskan diri dengan Zina Hati yang dihasut syaitan dan hawa nafsu..

18-10-10.. jatuh.. dan Allah tarik hati ini.. dan Alhamdulillah.. perlahan-lahan Dia dekat.. kocakan jiwa makin reda dan ketawa mengisi legar jiwa..

Cahaya Hidupku.. Teguhlah engkau berdiri.. Kembali pada dirimu yang dulu..
Cahaya Hidupku.. Engkau mampu harungi dan mengutip setiap titis gugur tangisan menjadi tonggak kekuatanmu..
Cahaya Hidupku.. Engkau pasti boleh terus berjuang dalam dunia sementara ini dan terus menjadi hebat di singgahsana duniawi..
Cahaya Hidupku.. Ingatlah.. Renunglah.. Tetapkan lah hatimu dan teguh lah engkau dengan cita-citamu.. tetaplah dengan tekadmu.. tetaplah dengan matlamatmu..
Sesungguhnya Janji Allah.. Kun Fa Ya Kun.. Terus Berdoa Dan Yakin Untuk Mencari Diri, Mencari Hati, Mencari DIA..

Allahhuakbar!!

Monday, October 18, 2010

Kenali Hati.. Kenali Diri..

Bicara Diri dan Hati..

Diri : ' Cik Hati.. hati-hati.. kau rapuh.. kau pasti tak mampu laluinya..'
Hati : ' Cik Diri.. Jangan risau.. aku dah biasa.. mesti aku mampu berdepan dengan kekecewaan.. aku mampu lalui kesedihan.. Cik Diri.. Jaga diri tu baik-baik.. kadang-kadang kau kena bantu aku untuk kuat.. jangan rosakkan diri..'
Diri : ' Cik Hati.. aku tau.. aku jaga diri aku.. sebab tu aku selalu bisik pada kau.. kau jangan cepat cair ye Cik Hati.. kena kuat.. kau pun tau.. hati tu bukan milik kau tau tak Cik Hati.. jadi.. jangan serah sebarangan..'
Hati : ' Cik Diri.. yer.. yer.. yer.. aku tau.. aku tau lah.. '


Hati tu degil.. kadangkala tidak peduli realiti.. tapi hati ini semakin kuat.. walau hanya 1 %.. alhamdulillah..

Sunday, October 17, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah.. banyak perkara saya capai dalam kebelakangan ni.. pertama, emosi saya makin stabil.. matang hati menerusi peringatan diri.. kedua, saya makin ceria.. ketiga, saya lebih kenal diri saya.. dan keempat.. saya telah menjadi graduan universiti.. ALHAMDULILLAH..=)







Sunday, October 10, 2010

10-10-10...

10-10-10.. orang mencipta memori indah pada tarikh ini.. supaya tarikh ini tidak dapat dilupakan.. tapi saya?.. tarikh ini saya isi dengan satu kesayuan.. tarikh ini saya isi dengan satu kehilangan.. tarikh ini saya isi dengan satu kesakitan..

sukar melepaskannya.. apatahlagi dia sudah mula tersimpul rapi.. dan hanya saya mengikatnya mati walaupun dia masih megah berdiri dengan sendiri.. jadi.. saya menarik diri.. hurm..

hampir jam 1 pagi bertarikh 10-10-10.. kata-kata saya kukuh dengan tekad mahu pergi jauh darinya.. dan pedih itu dan luluh itu saya rasa jauh di dasar hati.. dan hanya saya yang merasakan tetapi bukan dia.. dia tak kisah perginya saya jauh darinya..

Selamat Tinggal Pujaan Hati.. Selamat Tinggal Penawar Duka.. Tiadalah Di Sini Seorang Pengganti.. Yang Mampu Merawat Segenap Luka..

Saturday, October 9, 2010

Honesty Is The Best Policy..

Kadang-kadang jujur itu salah.. Dan selalunya disogokkan bahawa jujur itu adalah terbaik.. sy sukar nak berpura-pura.. sukar nak bermain dengan belit kata-kata..hurm.. tapi jujur tentang hati patut disembunyi..suka duka.. tapi itulah asam garam manusia.. benci katanya rindu.. suka namun ego.. sedih gantinya ketawa.. hipokrit kah?

sukar menjawab persoalan ni.. kalau sy sedih.. takkan mahu sentiasa menangis.. kalau gembira takkan pula ketawa terbahak-bahak.. tapi jika hati terluka.. senyum perlu sentiasa ada untuk ubati jiwa.. tapi.. hati merintih siapa yang tau..

tadi masa balik ipoh..dengar radio..ulangan kuliah zohor.. La Tahzan.. tidak salah untuk bersedih.. asalkan tidak berlebih-lebih.. jatuhkan sedihmu pada dosa-dosa lalu dan bersedihla kerana itu.. -sedihlah kerana jarakmu yang jauh dari Tuhan.. hurm.. itu antara isi-isinya.. sy usaha ke arah itu.. sekian lama sedih saya jatuh pada manusia.. sedih saya jatuh pada dunia... dan jarang pula sy sedih adalah sujud padanya.. insyaAllah.. Allah akan perkuatkan hatiku.. Allah uji tepat pada godaan hati.. kerana itu mampu mematangkan hati saya.. insyaAllah..

Friday, September 24, 2010

masih bernafas..

hari ni saya masih bernafas.. alhamdulillah..

malam ni kali pertama menaiki ETS.. train yang laju tu.. kalau shuttle train biasa.. RM9 utk kelas ekonomi.. RM17 utk second class.. ETS pula RM21.. hehe.. harga pergi dan balik saya..hehe.. tapi ni pengalaman pertama.. kena jakun sikit.. malam nanti nak tangkap gambar lah..hehe. tapi oleh kerana malam.. mcm malu la pulak kannn.. ada rezeki..sy tangkap gambar.. kalau tak.. saya duk diam2 je.. rakam terus dalam kepala..hehe..

TM - Ipoh.. entah sampai bila.. sayangnya nak tinggalkan tempat ini suatu hari nanti..


Thursday, September 16, 2010

Alhamdulillah..

Perubahan perlukan pengorbanan.. persediaan.. dan berkekalan.. insyaAllah..

Bukan untuk sesiapa.. tetapi adalah untuk Dia..

Jangan palingkan cinta ini..

Indah.. nyaman...

Alhamdulillah.. setelah sekian lama terpendam.. terzahir jua.. alhamdulillah..

Wednesday, September 1, 2010

Kadangkala..

Kadangkala.. sukar mengungkap kata.. tatkala bibir lincah menyusun bicara..
Kadangkala.. pekat malam mengusik jiwa.. lalu rebah terkaku cuma..
Kadangkala.. cengkering bersuara.. menyentuh tepat lalu berkaca..
Kadangkala.. jeritan.. laungan.. tidak mampu hilang dan lupa..

Kadangkala.. tersentuh..
Kadangkala.. luluh..
Kadangkala.. terbunuh..

Kadangkala.. bisikan jelas menyerap sanubari..
Kerapnya terus tertusuk duri..


Tuesday, August 31, 2010

Sunday, August 29, 2010

baru.. saya yang baru..=)


Kembali ke TM.. esok rutin akan bermula.. semangat..semangat baru!!..

Bulan Ogos.. Banyak juga yang baru.. umur baru=24 tahun.. cermin mata baru=siputih.. hp baru=simerah.. semangat baru=hopefully berkekalan dan bertambah2.. insyaAllah.. hikmah di bulan Ogos..mungkin kerana Ramadhan menjelang ketika Ogos.. bulan kelahiran pun bulan Ogos.. dan paling istimewa.. tarikh lahir 19 Ogos 2010 ini adalah sewaktu Ramadhan.. banyak sebenarnya di sebalik bulan Ogos.. hanya saya yang tahu.. dan biarlah hanya saya yang tahu.. sebab setiap apa yang berlaku.. hanya kita yang rasa dalam hati.. hanya kita yang sedar apa perubahan yang ada dalam diri.. dan hanya kita yang tahu apa yang ditanggung dalam jiwa.. tiada siapa yang lebih kenal diri kita selain diri kita sendiri.. kerana saya dan aku adalah individu yang sama.. =)

Thursday, August 26, 2010

Alhamdulillah..

hari ni tak bermaya.. mcm takde semangat sangat pulak nak buat kerja.. lemah..mungkin faktor cuaca..panas sangat hari ni.. air dalam badan mula tersejat.. walaupun duduk dalam aircond tapi masih jugak rasa tak selesa.. hurm.. petang ni saya nak balik ke Ipoh.. tempat paling tenangkan hati..boleh main dengan Zara.. boleh sembang ngan Angah.. boleh cakap ngan mak n abah.. kalau ada rezeki boleh jumpa Mira.. Zara mesti dapat gembirakan hati.. telatah dia walaupun bukan berpisah lama ngan dia tapi setiapkali tengok dia mesti dia dah pandai mcm2.. nakalnye jgn dicakap.. makin bijak.. cakap pun dah pandai sembang2..


tips buat hati lebih gembira bagi saya: 1) tengok anak mata kanak-kanak.. akan rasa lebih tenang sbb mata kanak-kanak jernih.. 2) dekatkan diri pada keluarga.. perasaan sedih tu mesti akan tersalur kepada rasa kasih dan sayu tengok betapa beruntungnya saya ada keluarga.. 3) mendiamkan diri.. 4) tengok langit..tengok awan.. tengok bintang..tengok bulan.. subhanallah.. Ada yang lebih berharga dari rasa sedih yang ada dalam hati..

alhamdulillah.. dapat juga dirasa apa itu emosi yang ada dalam hati.. maknanya.. saya masih manusia biasa yang perlu perbaiki diri..

Nota Kaki Hina: Allah Sayang Saya.. Alhamdulillah..

Wednesday, August 25, 2010

Gaji Pertama..

Alhamdulillah.. dapat jugak membeli 2 buku pada bulan ini.. gaji pertama dimanfaatkan.. insyaAllah.. niat dah tertunai.. sebab dari hari tu nak beli buku tapi tak beli2.. duk pinjam buku kat library..almaklumlah.. kegawatan sikit..hehe.. kena kembali membaca.. banyak sangat benda yang tak tau nih.. pengetahuan yang cetek.. isy isyy.. ape nak jadi nih.. bila nak maju ni wahai cik Norhayati Zainudin??...

ni buku yang dibeli pada hari ini.. wahhh.. malam ni nak start baca buku Sirah Sayyidatina Aisyah Ummul Mukminin R.A.. ade rezeki nak beli buku2 isteri2 nabi yang lain.. tapi tadi cuma nampak sayyidatina Khadijah jer.. hurmm.. insyaAllah.. dah khatam Al-Quran.. nak start baca terjemahannya pulak.. perlahan-lahan.. tapi jangan putus yer cik Norhayati Zainudin.. kamu yang hebat.. mesti boleh punyalah..=)






Birthday Abah...

Hari ni dah 25 Ogos 2010.. Genaplah 59 tahun umur abah.. dah tua dah yer.. dulu saya tak perasan yang abah dah semakin meningkat usianya.. saya nampak abah mcm abah yang saya nampak masa kecil.. tapi bila saya dah menginjak dewasa.. saya nampak uban abah.. saya nampak kedut dia.. saya nampak penat dia.. kuyu matanya.. seringkali tertidur.. buat kerja sikit dah mengadu penat.. kalau dulu saya nampak abah kuat.. abah boleh buat apa sahaja.. tapi kini semua tu terbatas.. saya tahu abah dah semakin tua.. sempat kah nak balas jasanya.. banyaknya pengorbanan.. sayu hati bila mengenangkan semua tu.. saya kena berubah.. saya kena jadi anak yang baik.. kena jadi anak yang solehah.. InsyaAllah.. saya sms pada abah.. ucapan salam hari lahir.. itu je yang mampu..

hurm.. tadi jam 11.30 mlm.. mak call.. saje tanya kabar.. and th
en mak ckp jgn lupa.. kul 12 nanti.. saya faham dah maksudnya.. mak ckp mak tak beli kek.. nanti je nak beli baju raya abah.. hehe.. itulah mak saya.. dia terlalu sayangkan abah saya.. sehingga kadangkala melimpahnya kasihnya itu menyebabkan kurang pertimbangan.. meluapnya sayang pada abah tak pernah padam walaupun kad
angkala kata-katanya tidak menggambarkan seperti hatinya.. saya doakan kedua orang tua saya dipanjangkan umur.. dan sempat ke Tanah Suci.. dan sempat melihat anak-anak daranya disunting orang dan bercucu dan bercicit..bahagianya...=)

p/s: walau bagaimanapun keluarga kita.. mereka tetap keluarga kita.. yang sentiasa ada di susah senang..sedih gembira kita.. yang sentiasa sokong dan doakan kejayaan kita.. saya percaya semua tu..

Monday, August 23, 2010

-ILY-

"I should not let the best thing that has happen to me slips out of my hands."


i just love the quote after reading it through one blog.. it can be interpreted and applied in many situations.

1- career - if you have an opportunity to be outstanding in front of great people.. just do it!..

2- family - appreciate them by saying, giving something memorable as long as you got the chance..

3 - friendship - do something honestly in friendship.. appreciate them.. remember important date of your best friends.. etc.. if you don't want them to go..

4 - love - just grab a chance to be with someone that you really adore.. because you wouldn't know what happen next.. if you just let 'the one' goes, maybe you couldn't find someone that can touch your heart earnestly for coming thousand years.. just hold 'the one' heart.. whisper the magical word..
"Cik Abg.. I just want you to know that i would never ever let you go unless you can find someone else that can make you smile and touch your heart more than i do.. i just can't wait to say out loud that I Love You Just The Way You Are.." =)

p/s: ILY

Sunday, August 22, 2010

Bersediakah daku?

Perkongsian: Bersedia menjadi isteri

Tempoh hari, saya menulis berkenaan bersedia menjadi suami. Respon daripada itu, beberapa pembaca perempuan telah membuat request agar saya menulis berkenaan bbersedia menjadi isteri pula.

Sebenarnya, artikel bersedia menjadi suami itu untuk mengingatkan diri saya. Jadi rasa pelik pula bila nak tulis bersedia menjadi isteri. Sebab saya bukan perempuan. Tapi saya tulis juga. Penulisa kali ini lebih kepada harapan saya buat wanita.

Biar nanti, dari tangan mereka terbina ummah yang hebatnya tiada tara.

Semoga perkongsian ini Allah redha.


Kesedaran yang perlu ada pada seorang perempuan

Apa yang istimewanya perempuan berbanding lelaki dalam hal kekeluargaan?

Satu perkara yang perempuan buat dan lelaki tidak akan dapat melakukan. Itulah dia melahirkan anak.

Saya kira, perkara terpenting untuk seorang perempuan adalah melihat tugasannya untuk menjadi ‘pengeluar’ kepada anak. Sebelum anak dilahirkan pula, dia menjadi ‘pengawal’ yang mengendong anak yang sedang terbentuk di dalam rahimnya itu selama 9 bulan 9 hari lebih kurang.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kesusahan demi kesusahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” Surah Luqman ayat 14.

Wahai perempuan, tidakkah kamu melihat itu?

Adakah itu satu perkara kecil?

Kadang-kadang, perempuan selalu melihat dirinya adalah puteri di sisi suaminya. Tetapi, selalu sahaja perempuan terlupa meletakkan dirinya bahawa dia akan menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Sudahkan anda berusaha untuk bersedia untuk memikul beban tanggungjawab?

Didikan semenjak sebelum lahir

Saya senang percaya bahawa didikan seorang anak itu bermula sebelum anak itu lahir lagi. Saya juga percaya bahawa keadaan seorang Ibu banyak mempengaruhi anak.

Bagaimana agaknya ya, kalau Sang Ibu adalah seorang yang meninggalkan arahan Allah tanpa uzur sepanjang mengandung anaknya? Bercakap perkara yang buruk dan kotor sepanjang anak di dalam kandungannya? Melakukan dosa sepanjang anak itu terbentuk di dalam rahimnya?

Bagaimana agaknya ya?

Memang kita tidak menyebut: “Wahai anak, lakukanlah dosa”

Tetapi saya yakin, amal kita mempengaruhi anak.

Justeru, perempuan, tidakkah kalian melihat betapa kalian sudah mula perlu berusaha untuk bersedia dari sekarang untuk menempuh hari-hari itu?

Atau bila sudah mengandung baru belajar menyisihkan sikap buruk?

Dan bayangkanlah selepas anak lahir, kita tidak dapat lagi mengikis sikap buruk kita.

Bagaimana?

Maaf, tiada cuti

Satu hakikat yang perlu disedari dan difahami adalah, kehidupan berumah tangga tidak mempunyai cuti. Maka tanggungjawab seorang perempuan dalam menjadi Ibu dan Isteri tidak akan mempunyai cuti. Ia satu tanggungjawab sepanjang hayat.

Jadi, bagaimana agaknya hendak mengharungi kehidupan panjang menggalas tanggungjawab itu jika tidak berusaha dari sekarang untuk bersedia?

Boleh jawabkah?

Emosi semestinya akan digoncang oleh pelbagai ujian yang wujud dalam samudera rumah tangga. Kemudian bagi yang bermimpi-mimpikan suami kacak, maka anda nanti akan melihat suami anda selepas bangun tidur yang belum gosok gigi lagi bersama rambut berserabut. Jangan lupa anda akan berurusan juga dengan muntah dan najis anak.

Belum dikira tugasan kerja di tempat kerja, urusan dapur dan sebagainya. Ditambah juga dengan pendidikan anak, pendidikan diri, hendak melayan suami lagi dan sebagainya.

Dan semua itu akan berjalan tanpa cuti. Tiada cuti hujung minggu. Tiada cuti hari pekerja. Tiada cuti hari raya. Setiap masa, saat dan ketika, anda tetap seorang isteri dan seorang ibu dalam satu rumah tangga.

Bolehkah ianya dilaksanakan dengan baik tanpa usaha untuk bersedia dari sekarang?

Oh, jangan lupa bahawa anda adalah contoh

Pada saya, guru pertama manusia adalah sesiapa yang ada dengannya buat kali pertama dia menguak dunia. Jika lembu, maka lembulah dia. Jika harimau, maka harimaulah dia. Jika godzilla, maka godzillahlah dia.

Maka, didiklah diri berperangai seperti manusia yang Allah redha dari sekarang.Setahu saya, melainkan kes-kes terpencil, majoriti manusia itu memerlukan masa yang panjang untuk memperbaiki dirinya. Jadi agak susahlah kan kalau bila anak dah lahir, masa tu la baru sibuk nak baiki diri itu ini.

Memang kita bukan gorilla dan saya yakin anak kita tak akan jadi gorilla.

Tetapi kita manusia yang ada kebaikan dan kejahatan. Agak-agak sisi mana dalam kehidupan kita yang akan anak kita ikuti? Maka hendak tidak hendak, kita perlulah membuatkan sisi kebaikan itu bersinar terang dalam kehidupan kita dengan menjadikan sebagai darah daging kehidupan kita.

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Bayangkan ya kalau kita tak perkemaskan akhlak kita semenjak sekarang. Mulut dah biasa sangat mengumpat bila tak puas hati, maka kita mengumpat-umpat di hadapan anak kita. Mulut ni laju je menyumpah seranah bila rasa bengang, maka kita sumpah seranah di hadapan anak kita. Mulut suka sangat merungut itu dan ini, maka kita merungut-rungut di haadapan anak kita.

Anak tengok dan membesar dalam keadaan itu.

Bagaimana agaknya ya?

Itu belum dikira lagi kalau perangai kita tak melambangkan peribadi yang Allah redha. Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat. Pakai tudung tapi pakai baju lengan sekerat. Tak pakai tudung, pakaian dedah aurat. Ditambah pula pakej mulut tak berlapik, suka merungut dan menyumpah seranah sahaja. Apatah pula yang adab pergaulan tak dijaga, berhubungan dengan ramai tanpa penjagaan yang sepatutnya?

Agak-agak, anak membesar bagaimana?

Maka, apakah kita dapat memenuhi tuntutan Allah SWT dalam Surah At-Tahrim ayat 6?

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala);” Surah At-Tahrim ayat 6.

Memang kerja lelaki meluruskan wanita, tapi…

Saya terbaca blog rakan saya masa tadika, Asma’ Aminuddin berkenaan tanggungjawab lelaki yang perlu meluruskan wanita yang bengkok. Di dalam blognya, dia menulis bahawa, ada yang menyatakan ‘tak aci’ kepada lelaki yang hendak cari perempuan yang sudah ‘lurus’ sahaja. Tetapi Asma’ menyatakan bahawa, lelaki cari yang ‘lurus’, agar kehidupan rumah tangganya tidaklah bengkang bengkok masa hendak menjalankan proses pe’lurus’an seorang isteri.

Jadi Asma’ kata, hendaklah perempuan-perempuan berusaha meluruskan diri mereka sendiri masa bujang ni.

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” Surah An-Nuur ayat 26.

Memang tugas lelaki memimpin wanita, mendidik isteri dan mentarbiyahnya. Tetapi yang perlu disedari oleh isteri adalah, mereka akan mempunyai anak pula untuk ditarbiyah. Suami nantinya perlu mencari nafkah. Tambah pula bila isteri juga bekerja. Jadi masing-masing ada kesibukan masing-masing.

Baru hendak me’lurus’kan diri lepas kahwin?

Ha… Fikir-fikir panjang sikit.

Bukakah mudah kalau dah usaha untuk ‘lurus’ dari sebelum kahwin?

Tidaklah pening kepala si suami. Nak tarbiyah anak lagi, nak cari nafkah lagi, isteri pun nak kena tarbiyah juga. Kan dah tak cukup tangan?

Penutup: Lebih Ibu dari Isteri

Mesti ada yang cakap, lebih baik tajuk post ini adalah Bersedia Menjadi Ibu berbanding bersedia menjadi isteri. Memandangkan, saya hanya menyentuh perihal hubungan isteri dengan suami sedikit sahaja.

Memang itu yang saya suka fokuskan. Kita selalu baca novel cinta, yang dibisingkan hubungan lelaki perempuan sahaja. Cinta suami isteri sahaja. Tetapi kita terlupa satu tanggungjawab besar di celah kemanisan cinta kita dengan pasangan kita.

Kita dan anak.

Bagi saya, mendidik anak adalah urusan terbesar seorang isteri kepada suaminya. Bukanlah maksudnya di sini suami tidak perlu mendidik anak. Tetapi lebihnya kepada isteri yang merupakan manusia pertama berhubung dengan anak semenjak dari awal proses kehadirannya ke dunia lagi.

Ketahuilah wahai perempuan, anda tidak dimuliakan oleh Islam hanya kerana anda adalah perempuan. Tetapi anda dimuliakan adalah kerana perempuan itu mempunyai tanggungjawab besar dalam membina ummah.

Bagaimana perempuan mempunyai tanggungjawab besar dalam membina ummah?

Yakni dengan membina anak-anak mereka.

Tidakkah kalian melihat betapa besarnya tanggungjawab kalian?

Maka, mengapa tidak lagi kalian bergerak untuk berusaha mempersiapkan diri?

There was an error in this gadget