Friday, December 31, 2010

Alhamdulillah.. saya kini berada di Pulau Pinang untuk meneruskan perjuangan sebagai pendidik anak bangsa.. gelaran cikgu akan terus melekat di hatiku..


Perasaan:
1- bersyukur kerana ditempatkan di kawasan yang hampir dengan keluargaku.. perjalanan kurang 3 jam amat bermakna buatku tatkala kecemasan.. alhamdulillah

2- gembira kerana bakal menempuh dunia yang baru sebagai wanita berkerjaya.. alhamdulillah

3- gementar kerana sangkaanku di luar ruang lingkup.. ia mencakupi lebih daripada persediaanku..

4- takut kerana pengalaman dan ilmu yang masih sedikit untuk mengharungi cabaran untuk membuktikan kemampuan diri..

5- teruja kerana menggambarkan perkara yang ingin dilaksanakan kelak.. insyaALLAH..


sukar nak diluahkan pada insan-insan di sekelilingku.. kadangkala saya yakin saya mampu laksanakan kerana kekuatan itu dibina atas dasar kesungguhan dan tekad.. dan kadangkala gementar yang melampau menjadikan saya rasa meragui kemampuan diri.. hurm..

sesi persekolahan akan bermula 3 Januari 2011.. walaupun saya telah dilantik sejak 22 November 2010 sebagai guru di HSBM, tetapi cabaran sebenar akan bermula tatkala klien terbesar memasuki alam persekolahan sesi semester 1/ 2011.. Doakan segalanya dipermudahkan untuk saya galas amanah ini.. insyaALLAH..

Mesyuarat sepanjang minggu memberikan gambaran awal tentang misi, dan gerak kerja pengurusan yang tampak pantas dan penuh wibawa..

" Semoga pengalaman bekerja dengan individu-individu cemerlang mampu menjadi pemangkin untuk saya jadi cemerlang.."

Dan.. itulah luahan tersembunyi saya sewaktu memberi ucapan pengenalan kepada semua warga guru HSBM sewaktu mesyuarat hari pertama..

" saya berharap saya mampu berkhidmat dengan cemerlang selaras dengan misi dan visi Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam.."

ikhlas.. gementar kerana bagi saya.. harapan itu berupa janji secara kabur untuk saya berkhidmat penuh tekun di HSBM.. dan ligat saya berfikir bagaimana saya mampu memberi khidmat yang cemerlang di sini.. dan senarai itu perlu dilihat dan diperinci kembali..

sesi persekolahan belum lagi bermula namun tugasku sudah mula menampakkan bahangnya.. =)

Nota Kaki Hina: Jalan Berliku Itu Akan Menjadi Lebih Bermakna Tatkala Kaki Mampu Melangkah Gagah Mengharunginya.. =)

0 Comments:

Post a Comment