Tuesday, October 4, 2011
Orang kata pertunangan itu proses untuk mengenali satu sama lain... dan dalam proses itu pasti ada perselisihan atau pertelingkahan.. mungkin juga rasa kecil hati dan rasa dipinggirkan.. atau mungkin rasa bahagia sehingga sesak dada... dan pasti adalah dugaan sepanjang proses pertunangan...
agaknya.. apakah dugaan sepanjang proses pertunangan kami? mungkin aku sahaja yang merasakan itu sebagai dugaan.. emosi dan fikiran negatif sering bergabung.. mungkin aku sentiasa berasaskan hati.. tindakanku seringkali mengikut kata hati.. sehingga ada yang pernah berpesan.. "jangan ikutkan hati, nanti keputusan itu buat ko menyesal.." hurmm.. susah...
dan aku bukan insan yang sukakan cabaran dan persaingan... aku lebih suka melakukan sesuatu atas kerelaan hatiku.. bukan dipaksa dan dicabar... dalam keadaan aku sedang mencuba melakukan sesuatu.. aku lebih gemar dibiarkan dan tidak disentuh tentang cubaan aku itu.. kadangkala kata2 semangat mampu menggetarkan diri.. sehingga membuatkan aku stress dan sakit kepala.. sentiasa berfikir tentang itu... dan perasaan takut meresap dan membuatkan aku mula untuk memberontak dan putus asa... aku mudah mengaku kalah dan berasa kecil dengan kemampuan diri aku.. complicated.. namun aku hargai segala kata2 semangat dan dorongan yang diberikan.. cuma berikan aku masa.. aku terlalu tertekan.. hanya ucapan maaf yang mampu aku sajikan tatkala diri mula goyah dan mahu berpatah balik... MAAF..