Tuesday, May 31, 2011

Rencana Agung CINTA HATIKU.. =)

Pengakhiran Mei 2011.. Melangkah pula ke Jun 2011.. Pantas berlalu.. Alhamdulillah.. di sinilah aku masih bernafas.. mampu melihat, mendengar dan merasa indah di sekelilingku.. alhamdulillah..


apakah yang berlaku sepanjang Mei?.. apakah debarannya dalam mengharungi Jun?.. apa pula yang bakal berlaku pada Julai dan seterusnya??... semoga ALLAH memberi kesempatan padaku untuk berada bersama melayari hidup sementara ini.. baktiku di sini seolah-olah masih belum pernah cukup.. bakti pada abah.. bakti pada arwah mak dalam memenuhkan bekalnya di sana.. bakti pada keluarga dan sekalian makhluk di sini..

Teringat masa jalan2 kat GM kelmarin.. jalan sorang2 tgk2 baju untuk angah.. dah penat jalan.. rs dahaga.. cuaca sungguh panas.. alhamdulillah dapat singgah kat satu restoran ni.. order air pastu krukk.. perut bunyi.. laaaa.. aku xmkn lagi rupanya.. so order meehoon sup.. masa smpai je makanan n minuman.. datang seorang kanak-kanak.. derma untuk pusat tahfiz di sekitar kedah.. aku telah niat untuk beri stkt yang kumampu.. aku niatkan bagi pihak bonda tercinta.. ku tanya mcm2 pada kanak-kanak itu.. dan akhirnya aku ajak kanak-kanak itu makan.. bersih je muka dia.. cahaya suci kerana menghafaz ayat-ayat suci.. kalau nanti aku ada anak, insyaALLAH.. aku nak hantar belajar mengenal Tuhan dan Rasul serta Cinta-cinta sejati yang mendapat berkat dariNYA.. biarlah kami hidup penuh kasih sayang yang subur dalam hati.. keluargaku dengan ALLAH dan Rasul.. Keluargaku dengan ahli-ahli di dalamnya.. ada anak-anak, ada ayah dan ibu.. Keluargaku dengan saudara-saudaranya.. Keluargaku dengan jiran-jiran.. Keluargaku dengan alam.. dan pelbagai Cinta suci yang menyuburkan rasa kasih sesama insan dan sekeliling.. akan kudidik dengan rasa cinta dan penghargaan.. insyaALLAH.. impianku banyak.. biarlah hanya CINTA HATIKU mendengar segala bisik hati.. kerana hanya padaNYA ku berserah dan yakinku rencanaNYA yang teragung.. =)


0 Comments:

Post a Comment