Monday, May 2, 2011

Hanya aku yang tahu...

Hanya aku yang tahu cara merawat lara hati yang merana..

Hanya aku yang tahu cara menatang jiwa supaya tenang menyelubung rasa..

Hanya aku yang tahu cara mentafsir makna terjemah titisan selautan air mata..


NAMUN...

Buat masa ini..
sayu merantai hati..
lara menghuni sanubari..

Ku harap..
biarlah sayu cuma buat masa ini..

Ku harap..
biarlah lara cuma buat masa ini..

Ku harap..
kuat itu milikku..
dan pasti.. yakin ia pasti milikku..

CUMA...
tersadung sebentar untuk disedarkan..
merangkul ranting rapuh.. yang kering dan retak mahu patah..

dan JATUH.. menyedarkan aku semula..
betapa lalai aku menunaikan janjiku padaMU...
lekanya aku.. terlupa sebentar mengotakan janji untuk kuat untuknya..

Yakinku pasti melaluiNYA..
DIA akan memelihara hatiku..
Tidak sekali CINTA HATIKU menghampakanku..
Bisik hatiku.. didengarNYA.. dan DIA memberi yang aku perlu..

Pastinya.. hanya melalui izin dariNYA..
Mampu aku harungi semua ini.. Walaupun.... Kadangkala.....
Sayu Merantai Hati.. Lara Menghuni Sanubari.. Ku Pujuk Perlahan..
"Wahai hati.. tenanglah.. kuatlah.. teguhkan hati dengan cinta padaNYA.. akan disampaikan sapaan itu pada bonda tercinta.. insyaALLAH.."

0 Comments:

Post a Comment