Sunday, May 8, 2011

Perpisahan Ini..

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


sy suka lagu ni.. lagu untuk memotivasikan diri untuk lebih menerima kenyataan itu.. wahai cinta pertama.. pembuai rasa yang sukar dilupa.. akan kucuba hilangkan rasa itu.. tiada apa yang salah pada diriku kerana jatuh padamu berkali-kali.. dan tiada istimewanya dirimu.. cuma di mataku, kaulah pelengkap jiwa saat aku berkongsi segala cerita..gurau senda yang padaku ada makna tersendiri..

hati manusia itu berbeza.. aku jatuh hati padamu sekelipan sahaja walau tiada yang pernah buatku rasa sebegini..
dan hatimu pastinya berbeza juga.. kerana sukar untuk ku usik dengan seketika itu..

pasti hikmah itu luas dan pelbagai.. kekuncinya hanyalah sabar dan menghargai setiap detik yang berlalu.. =)

0 Comments:

Post a Comment