Saturday, May 21, 2011

Jauh, Dendam & Sengketa..

Bila mula rasa jauh... Dekatkan..
Bila mula prasangka buruk.. Hapuskan..
Bila mula berkecil hati.. Senyum dan tegurlah tanpa jemu..


aku selalu ingatkan diri.. takpe.. kita mencuba.. usaha perbaiki hubungan yang semakin tampak kurang serinya.. tak kiralah hubungan dengan ALLAH.. keluarga.. sahabat2..

aku manusia.. mudah digoda emosi yang sering bertandang tidak diundang.. dan pasti syaitan mengusik dinding hati lalu mula berkecil hati, berjauh hati.. dan tenang itu diragut bila aku rasa macam ni.. aku tidak berdendam dengan sesiapa.. ia merugikan.. bergaduh kerana hal dunia.. jadi aku takkan pilih untuk melarikan diri dan pergi jauh tanpa berita.. itu bukan aku.. biarlah kita jaga hubungan itu, biar jadi elok walau terselit secebis rasa kurang senang.. kekok dan sebagainya.. tapi aku cuba usaha mendekatkan hati dengannya.. kerana selalu aku sebut dalam doaku..

'dekatkan hatiku dengan insan-insan yang ada disekelilingku.. jauhkanlah persengketaan antara kami.. '

Semoga CINTA HATIKU memeliharaku dari sebarang bentuk persengketaan dan dendam.. amin..


0 Comments:

Post a Comment