Tuesday, May 31, 2011
"Dlm soal mncri jdh ni stu pkra yg pnting adlh "NIAT". & dlm soal mncri psgn yg baik- kita prlu mlakn dgn dri kita...klu nk psgn yg baik,kita kna jd baik dlu.... & psnn takhr pkra yg pling pntin"DOA"-sntiasalah bdoa, yakinlah dgn kuasa Allah..yg ssh blh mnjd sng.." (nasihat seorang rakan..)
Takutnya terpesong.. Benar.. aku tahu jalan pulang bila mula membelok ke simpang dan pasti mempunyai U-turn namun takutnyaaaa... Dia telah mengingatkanku sekali.. takutnya Dia tak lagi mengingatkan aku saat kali kedua.. namun niatku masih sama seperti awalnya.. ingin mencipta cinta yang halal.. aku kawal hati, aku usaha kuatkan hati jangan menitiskan air mata kerana cinta manusia yang belum tentu akan menjadi kekasih halalku.. jika niatnya adalah untuk membina baitul muslim bersamaku.. maka matlamatnya sama denganku.. dan aku akan usaha persiapkan diri aku untuk suamiku.. dan suamiku itu belum pasti lagi adalah dia selagi dia belum selamat menyebut namaku dalam lafaz akad nikah itu.. dan akanku tunggu saat itu kerana rahsia itu tak akan tersingkap seandainya belum tiba masanya.. dan aku minimakan harapan terhadap insan bergelar lelaki itu kerana bukan dia penentu masa depanku.. yer.. tiadalah harapan yang mampu ku bergantung selain daripada CINTA HATIKU.. =).. cuma hati masih belum terdidik untuk tenang.. berdebar dengan segala rasa..
Ya ALLAH.. jika inilah rencana terbaik yang Engkau ciptakan untukku, permudahkanlah.. tenangkanlah hatiku.. peliharalah jiwaku sehingga tiba saatnya itu.. Namun jika dia hanyalah persinggahan dan perlabuhan dalam ujian meneguhkan hati, aku terima dan tenangkanlah jua hatiku, damaikanlah jiwaku dengan ketentuanMU.. amin.