Sunday, July 31, 2011

Sekali lagi...

Semuanya takkan pernah serupa..


Adakah mereka faham segalanya?.. Tidak..

Telinga siapa yang mampu mendengar kisah itu berulang kali.. Tiada.. Jika ada, pasti bosan akan menerpa lalu ucapan sabar dan kuat peneman bicara.. Ye.. aku tahu..

Dan kesekian kalinya.. aku sendiri menyulam rasa sebak.. terbenam.. tertahan.. hanya mengalir hiba waktu sendu tidurku.. dan masih.. tiada siapa yang tahu..

Ingin kujeritkan segala benakku.. namun.. pasti.. tiada siapa mahu cuba mengerti.. mendengar namun tiada hati.. dan sesekali.. ingin aku cerita semua kenangan itu kepada insan yang tidak lelah meluangkan waktunya untukku..

dan akhirnya.. aku diam.. membelai rasa.. kerana aku tidak cukup kuat menanggung sepi itu sendiri.. dan masih.. aku di sini.. cuba untuk kuat.. walau hakikatnya aku perlukan tongkat untuk menompang bahuku..

Siapa sahaja yang mahu meminjamkan telinga dan hatinya untuk mendengar kisahku.. yang tidak sudah2 mengadu perih..

Sekali lagi... Tawaku Selaung Tangisku.. Dan Laungan kuat tersangkar dalam jiwa.. Hingga sesak di dada tidak kelihatan di mata.. =(

p/s: Ramadhan kembali menerpa.. InsyaALLAH bermulalah perjalananku.. Mengabdi diri menjalani suruhanNYA.. Namun.. Ramadhan yang kembali bersama.. Namun takkan pernah serupa seperti dahulu kala.. Kerana bondaku yang tercinta tidak ada lagi bersama.. kenangan itu kuat terpahat.. berbekas lalu takkan pernah dilupa..

0 Comments:

Post a Comment