Sunday, July 3, 2011
Jangan ditanya mengapa aku menghilang...
Usah peduli jika aku terus berlalu pergi tidak menoleh kembali...
Jangan disoal betapa kejam lakuku padamu...
Usah hirau lagi kelibat dan senduku.. itulah kamu yang aku kenal sejak dulu..
Sayu mengenangkan kisah kita, sahabat..
Kerana engkau pernah membuatku menangis.. beberapa kali kerana lakumu..
Sedih mengenangkan kisah kita, wahai sahabat..
Kerana rahsia hatimu terlalu jauh untuk kugapai..
Kerana egomu yang kadangkala buat aku terluka berderai..
Tidak mungkin ia akan kembali sama.. serupa..
Tidak mungkin kasihku padamu itu akan mekar dan ceria seperti sebelumnya..
Pergilah engkau dengan hidupmu yang bahagia..
Jauhlah engkau seperti selalu.. jangan dekati aku bersama cerita barumu..
Menitis lagi air mata keranamu, sahabat...
Kerana diriku tidak lagi penting buatmu..
Mungkin jua tidak pernah penting sejak taut salam bersatu..
Jika engkau rendahkan sedikit egomu lalu menyapa mesra diriku..
Mungkin terubat hatiku seperti selalu yang aku lakukan terhadapmu..
Namun kasarnya mata melihat.. engkau gembira bersama teman barumu..
Tidak lagi menjeling sekilas tentangku.. Kerana aku tiada lagi harga buatmu..
Pergi.. Jauh.. Jangan pernah tanya tentangku lagi..
Tidak pernah sekali aku bermusuh lalu berdendam hati..
Cuma ingin ku lerai tali erat persahabatan cukup sekadar kulihat dan kenali..
Siapa namamu.. Kisahmu dulu.. Dan CUMA tidak mahu lagi kupinjamkan hatiku padamu lagi..
KERANA SAKIT ITU AKU TANGGUNG SENDIRI.. MENGENANGKANMU YANG SEMAKIN JAUH... WALAUPUN PERNAH ENGKAU HULUR TANGAN PERSAHABATAN DAN DATANG DEKAT NAMUN KINI.... SEMUANYA TELAH JAUH BERLALU PERGI..
p/s: Pernah kuucap dulu.. tali silaturrahim itu tidak putus jika dendam tidak meraja di hati..