Monday, March 2, 2009

lama juga saya tak post blog kan..hari ni saya nak ajak ibu bapa, kakak, abang, datuk, nenek dan semua untuk melihat langkah-langkah yang mudah untuk anda lakukan untuk mencipta budaya membaca dalam kalangan anak-anak, adik-adik, cucu-cucu dan semuanya... langkah-langkah ini saya perolehi dari sebuah artikel How to Improve a Child's Reading Skills daripada eHow Parenting Editor.. namun sudah diterjemahkan ke ayat yang lebih mudah difahami semua.. Selamat mencuba…



Langkah satu:

Minta anak anda membaca untuk anda. Selalunya, anak-anak akan memilih buku kegemaran mereka dan membaca bersama ibu bapanya. Jika mereka tidak mampu menyebutnya dengan betul, cuba bersabar dan biarkan mereka cuba menyebutnya sendiri. Biarkan mereka memilih buku yang hendak dibaca untuk anda walaupun anda sudah membacanya beribu kali.



Langkah dua:

Galakkan anak-anak mengisi perkataan baru di dalam buku vocabulary nya. Ini tidak bermakna anda ingin melihat anak-anak anda yang masih kecil untuk menggunakan perkataan yang bombastic dalam kehidupan hariannya. Puji anak-anak anda apabila mereka menggunakan perkataan baru atau ajarkan perkataan baru yang mereka tidak tahu maksudnya. Perkataan tersebut adalah seperti di dalam surat khabar atau majalah.



Langkah tiga:

Jadikan amalan membaca sebahagian daripada kehidupan seharian. Sebagai contoh, semasa hendak tidur (bedtime story) atau selepas makan malam. Lebih banyak anak-anak membaca di luar waktu persekolahan, lebih tinggi kefahamannya bahawa membaca ini bukan hanya untuk tujuan pendidikan dan persekolahan sahaja. Pilih cerita yang merupakan pilihan anak-anak atau buku yang boleh menarik minatnya apabila penceritaan bermula.



Langkah empat:

Ambil bahagian bersama anak-anak apabila mereka mula membaca. Sebagai contoh, semasa satu bab, atau anda telah membacakannya berulang kali sudah pasti anak-anak akan bermotivasi untuk membacanya sendiri. Cuba berikan galakkan serta penuh kesabaran semasa membaca bersama anak-anak. Ini dapat membantu anak-anak membina keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran membaca.



Langkah lima:

Bawa beg buku, buku latihan dan buku aktiviti bersama anda apabila anda meninggalkan rumah bersama anak-anak. Tidak kiralah ia adalah satu perjalanan yang jauh atau sekadar satu temujanji, tarik satu buku dari beg dan biarkan anak-anak membacanya. Hal ini lebih berfaedah daripada membiarkan anak-anak menonton televisyen di ruang menunggu atau bermain video game. Bawa beberapa buku kegemaran mereka dan berikan kejutan dengan membeli buku baru. Hal ini dapat membuatkan anak-anak teruja dan ingin menanti apa yang mereka akan baca selepas ini.



Langkah enam:

Simpan buku-buku di tempat yang mudah untuk anak-anak capai. Jika anda mempunyai koleksi buku di sekitar rumah atau di bilik anak-anak, adalah mudah untuk anak-anak capai, ambil dan membacanya.



0 Comments:

Post a Comment