Saturday, May 8, 2010

Aku Juga Hamba Allah Yang Lemah..

perasaan sedih pasti hadir dalam jiwa seorang hamba Allah.. itulah keindahan ciptaan Allah.. rasa halus itu pelbagai.. ada gembira, cinta, kasih, sayang dan tidak ketinggalan juga rasa sedih, kecewa, marah.. kadangkala ada rasa yang hadir namun sukar diungkap dengan kata-kata..

saya tahu tentang rasa itu.. saya berhadapan dengan rasa itu.. bila gembira.. kita cenderung untuk luahkan pada orang..berkongsi kegembiraan namun apabila kita sedih..kadangkala bibir terkatup..terus membisu..pendam rahsia diri tu sendiri.. tapi bila semuanya dikeluarkan.. lega..rahsia hilang segala rasa itu.. bagusnya..

Allah Maha Mendengar.. layangkan tangan meminta mohon petunjuk ketenangan.. luah segala pada nya...

setiap orang ada cara meluahkan rasa.. ada yang menangis.. ada yang menulis.. tidak kurang juga yang beriadah.. namun jangan lupa juga, ada yang makan, melukis serta berbual meluahkan segala yang terbuku..

peluahan itu penting.. bukan untuk orang memberi komen..cukup sekadar menadah telinga dan mengangguk kepala.. dan huluran tisu bila air mata bergenang mampu membuat orang rasa dihargai.. namun.. sukar untuk menemui insan yang mampu mendengar luahan hati kita berjam-jam.. rungutan hampa yang berulang-ulang.. dan genangan air mata yang mengalir tanpa henti beserta mukus di hidung.. sukar.. hanya Allah SWT yang tidak pernah jemu mendengar luahan hati kita.. Dia sentiasa ada di sisi hambanya yang lemah..

apabila gembira.. saya gemar luahkan dengan mereka yang signifikan.. yang tahu tentang perihal itu.. yang berada di situasi itu.. namun apabila sedih.. saya sukar mengutip susun kata yang sesuai untuk mulakan penyataan.. " saya sedih hari ni sebab................".. ayat selepas perkataan sebab itu pasti terkunci rapat..tidak mahu melompat keluar.. itulah rahsia diri.. entah bila tiba masa saya akan berkongsi.. meluahkan segala rasa.. kepada insan yang turut bergelar hamba Allah..


p/s:
saya ambil jurusan bimbingan dan kaunseling.. namun terdapat ilmu yang diperolehi saya tidak amalkan sepenuhnya.. saya sedar kelemahan ini..


Nota Kaki Hina:
Dalam Gelak Ketawa, Ada Raungan Tangis Di Sebaliknya.. Dalam Berucap Manis, Ada Kisah Pahit Tersekat Di Kerongkong.. Dalam Senyuman Mesra, Ada Sendu Di Hati.. Dalam Mata Yang Bersinar, Sebenarnya Ada Air Mata Berkaca Menanti Untuk Dihamburkan.. Namun, Ianya Kadangkala Menjadi Rahsia.. Rahsia Diri Yang Entah Bila Akan Meletus.



0 Comments:

Post a Comment