Tuesday, February 10, 2009

macam tak penting je nak tulis nota...

Penting ke kita mencatat nota semasa belajar? Boleh ke nak fokus kalau sambil belajar sambil tu catat nota? Sebenarnya, mencatat nota ni penting. Nak tau kenapa? Ada beberapa sebab, antaranya ialah:



  1. Melatih otak berfikir secara kritis, analitik, kreatif semasa guru mengajar.
  2. Mengingat semula apa yang dipelajari.
  3. Bahan rujukan utama apabila anda terlupa.
  4. Kaedah berkesan untuk pengukuhan pembelajaran.
  5. Anda tidak mengingat semua yang dipelajari.
  6. Meningkatkan daya ingatan.
  7. Menjawab soalan peperiksaan.
  8. Melatih minda berfikir.
  9. Meningkatkan pencapaian anda.




Ada 9 sebab kenapa mencatat nota ni penting.. jika ditanya kepada mereka yang merupakan pelajar terbaik, pasti kaedah mencatat nota ini merupakan salah satu cara untuk mengukuhkan cara mereka belajar. Tapi, anda tidak perlu mencatat semua yang diperkatakan oleh guru. Ada caranya untuk mencatat nota. Cara yang boleh dipraktikkan untuk mencatat nota:


  1. Tumpukan kepada mendengar dan menulis.
  2. Mengekod dan mengenalpasti maklumat.
  3. Menyusun bahan yang didengar / dibaca.
  4. Menghubungkait antara fakta.
  5. Memberikan tumpuan kepada isi-isi penting.
  6. Mencatat isi penting dengan perkataan sendiri.
  7. Menggunakan kata kunci, simbol, kata singkatan dan lain-lain.
  8. Mengemaskini dan menokok tambah


Ada 8 cara berkesan yang boleh diaplikasikan untuk mencatat nota ni..cubalah berlatih untuk mencatat nota dan anda boleh pastikan sama ada nota anda adalah nota yang terbaik dengan checklist di bawah:


  • Mengandungi isi-isi penting sahaja.
  • Terang, kemas dan mudah dibaca.
  • Buku catatan khas mengikut mata pelajaran.
  • Menggunakan ayat sendiri dalam bentuk point.
  • Gunakan kata-kata ringkas yang anda faham.
  • Gunakan pen pelbagai warna agar lebih menarik.



Setiap checklist point ni berguna.. setiapkali anda membuat nota, semaklah checklist ini untuk sentiasa memperbaiki nota anda supaya tampak menarik dan berguna. Apabila nota kita cantik dan kemas, semangat kita untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran akan meningkat serta anda tidak akan bertangguh kerja lagi…



kat bawah ni ada contoh nota..antara nota terbaik namun masih boleh diperbaiki.. Agak-agak anda..apa yang perlu diperbaiki??



























0 Comments:

Post a Comment