Tuesday, February 10, 2009





TENTUKAN MATLAMAT ANDA!!!!











Setiap manusia di dunia ini, saya percaya mempunyai matlamat hidup tidak kiralah dalam aspek akademik, kekayaan, kejayaan dan kerjaya. Namun adakah matlamat itu telah ditanam oleh anda semua untuk membuahkan hasilnya kelak atau anda telah pun membiarkan matlamat itu tertanam jauh ke pusat bumi????? Cubalah anda Tanya pada diri sendiri…. Mari kita lihat matlamat akademik yang boleh anda lakukan untuk mencapai sebuah kejayaan. Bukan untuk saya tetapi untuk diri anda sendiri!!



UPSR >> PMR >> SPM >> SIJIL/DIPLOMA/PRA-U >> SARJANA MUDA >> SARJANA >> DOKTOR FALSAFAH



Di manakah anda?.....

Sekarang, kita fokuskan kepada pendidikan tertinggi di Malaysia.. Senarai universiti terdapat di sebelah kiri anda.. cuba anda click…dan lihatlah betapa seronoknya jika anda merupakan seorang warga universiti… jika anda tidak mempunyai matlamat seperti di atas, apa kata anda lihat dahulu apa yang ada di website universiti tersebut.. semoga anda mampu mencari matlamat yang anda mahu capai… SEMOGA BERJAYA SEMUA…


p/s: cuba hayati kata-kata ini…



Selagi seseorang itu mengimaginasikan bahawa dia tidak boleh melakukannya, selagi dia menentukan tidak melakukannya, maka akibatnya mustahil baginya untuk melakukannya..





0 Comments:

Post a Comment