Tuesday, February 10, 2009

Sikap positif membawa kejayaan....


Mungkin anda tidak bersemangat untuk ke sekolah?? Mungkin juga anda tidak mencapai apa-apa yang membanggakan sehingga kini di sekolah??....
KENAPA?.. adakah kerana anda tidak mempunyai sikap yang mampu membantu anda mencapai kejayaan?..
Hayatilah kata-kata di sebelah.. Sikap merupakan satu perkara kecil yang mampu membuat perubahan yang besar... Mari kita lihat 10 petua untuk membina sikap positif..






PETUA MEMBINA SIKAP POSITIF



1- Jangkakan kejayaan

Angan-angan + Impian + Usaha = Diri Cemerlang


2- Lakonkan watak orang yang cemerlang

Tiru cara orang yang cemerlang.

Contoh: gaya belajar orang yang cemerlang


3- Ubah penampilan diri

Tampakkan diri seperti orang yang berjaya. Apabila orang lain melihat anda seperti orang cemerlang, maka mereka akan yakin pada anda. Anda sendiri akan yakin pada diri berganda darinya.


4- Dalami ilmu kecemerlangan

Contoh: menerusi pembacaan berkaitan cara untuk berjaya


5- Berkawan dengan orang yang berjaya

Pengaruh kawan adalah kuat. Menjadikan anda mahu bersaing secara positif dalam pembelajaran


6- Fokus kepada apa yang anda mahukan

Tetapkan matlamat dan berikan fokus sepenuhnya


7- Kejayaan silam membarai diri

Anda adalah juara!! Kerana itu anda ada di sini


8- Kata saranan yang positif

Contoh: katakan pada diri anda adalah hebat seperti “ Saya hebat dan pandai. Saya mampu menjadi seorang yang cemerlang.”


9- Menyoal diri dengan soalan yang positif

Contoh: bertanya pada diri seperti “ Kerja aku ni baguslah. Tapi apa lagi yang aku boleh buat untuk menambahbaikan kerja ni?”


10- Dapatkan model ikutan

Carilah seorang model yang mempunyai peribadi cemerlang yang mampu mempengaruhi anda untuk berjaya



0 Comments:

Post a Comment