Sunday, July 31, 2011
Semuanya takkan pernah serupa..
Thursday, July 28, 2011
Tidur yang terganggu adalah tidur yang kurang berkualiti.. kebelakangan ni sering berlaku padaku.. penat.. kadangkala sehingga tidak mampu bertahan lalu menyebabkan kepala jadi berat.. badan jadi lemah.. letih mcm ni..
Friday, July 22, 2011
Jumaat sering menjadi hari yang sayu buatku.. sejak dari dulu.. kadangkala aku sendiri tak tau punca sebenar rasa sayu itu.. mungkin dosa2 yang terhimpun membuatkan aku sayu sendiri sehingga tidak mampu menjelaskan punca sebenar hati menjadi sayu..
Friday, July 15, 2011
Semakin hari semakin dalam rinduku pada bondaku yang tercinta.. namun cuba ku alihkan pada insan lain yang ada di sini.. pada keluargaku.. pada sahabat2.. pada insan yang bakal menerajui hidupku kelak..
Tuesday, July 12, 2011
Sunday, July 3, 2011
Friday, July 1, 2011
Meluahkan di dada diari ini.. teman akrab dan setia untuk ku coret segalanya.
tema beberapa hari ini... jauh hati/terasa hati/sentap/terkilan...... hurm.. dengan siapa? dengan manusia-manusia.. beberapa orang manusia yang kononnya bergelar teman, kononnya seorang kawan...... dan kisah yang sama berulang lagi.. hurm.. mungkin sudah tidak penting lagi.. kerana dia punya kawan yang lebih ramai.. apalah sangat diriku?.. saat perlunya telinga untuk bercerita.. datanglah.. namun.. saat punya rakan berketawa dan berbahagia.. pergilah.. aku juga teringin menjadi orang yang tak kisah.. supaya memelihara hati supaya tidak mudah terusik rasa.. namun inilah jua ujiannya.. untuk aku lebih mengenal diri.. ikhlas atau tidak aku menjalinkan persahabatan itu.. kadangkala lelah.. bila berulang kali terjadi.. sehingga ingin aku buang dia jauh dan aku pergi tidak menoleh lagi.. tapi aku jua begini.. berpura-pura.. dan akhirnya aku lah manusia yang tidak kenal erti ikhlas dalam diri ini.. hipokrit! haihhhhh... =(
apakah kisahnya? ada lah beberapa kisah.. yang aku rangkumkan sebagai tindakan yang sedikit mengguris.. temankah?.. kawankah begitu?.. komunikasi itu penting.. aku masih berusaha memperbaiki komunikasi agar tidak melukakan.. jika aku merasakan aku sudah melukakan.. aku akan minta maaf.. dan sekiranya aku tidak sedar.. tegurlah, dan aku pasti akan minta maaf.. namun kadangkala manusia itu lalai lalu secara tidak langsung hati2 halus seperti aku ni mudah benar terasa.. namun aku masih melayannya dengan baik.. tidak mahu bersengketa.. mungkin ini hanya ujian hati dalam melihat keikhlasan aku dalam menjalinkan persahabatan.. seiring doaku..
'Ya ALLAH..dekatkanlah hatiku dengan hati-hati orang disekelilingku.. jauhkanlah persengketaan antara kami..amin."