Monday, March 2, 2009
lama juga saya tak post blog kan ..hari ni saya nak ajak ibu bapa, kakak, abang, datuk, nenek dan semua untuk melihat langkah-langkah yang mudah untuk anda lakukan untuk mencipta budaya membaca dalam kalangan anak-anak, adik-adik, cucu-cucu dan semuanya... langkah-langkah ini saya perolehi dari sebuah artikel How to Improve a Child's Reading Skills daripada eHow Parenting Editor.. namun sudah diterjemahkan ke ayat yang lebih mudah difahami semua.. Selamat mencuba…
Langkah satu:
Minta anak anda membaca untuk anda. Selalunya, anak-anak akan memilih buku kegemaran mereka dan membaca bersama ibu bapanya. Jika mereka tidak mampu menyebutnya dengan betul,
Langkah dua:
Galakkan anak-anak mengisi perkataan baru di dalam buku vocabulary nya. Ini tidak bermakna anda ingin melihat anak-anak anda yang masih kecil untuk menggunakan perkataan yang bombastic dalam kehidupan hariannya. Puji anak-anak anda apabila mereka menggunakan perkataan baru atau ajarkan perkataan baru yang mereka tidak tahu maksudnya. Perkataan tersebut adalah seperti di dalam
Langkah tiga:
Jadikan amalan membaca sebahagian daripada kehidupan seharian. Sebagai contoh, semasa hendak tidur (bedtime story) atau selepas makan malam. Lebih banyak anak-anak membaca di luar waktu persekolahan, lebih tinggi kefahamannya bahawa membaca ini bukan hanya untuk tujuan pendidikan dan persekolahan sahaja. Pilih cerita yang merupakan pilihan anak-anak atau buku yang boleh menarik minatnya apabila penceritaan bermula.
Langkah empat:
Ambil bahagian bersama anak-anak apabila mereka mula membaca. Sebagai contoh, semasa satu bab, atau anda telah membacakannya berulang kali sudah pasti anak-anak akan bermotivasi untuk membacanya sendiri.
Langkah
Bawa beg buku, buku latihan dan buku aktiviti bersama anda apabila anda meninggalkan rumah bersama anak-anak. Tidak kiralah ia adalah satu perjalanan yang jauh atau sekadar satu temujanji, tarik satu buku dari beg dan biarkan anak-anak membacanya. Hal ini lebih berfaedah daripada membiarkan anak-anak menonton televisyen di ruang menunggu atau bermain video game. Bawa beberapa buku kegemaran mereka dan berikan kejutan dengan membeli buku baru. Hal ini dapat membuatkan anak-anak teruja dan ingin menanti apa yang mereka akan baca selepas ini.
Langkah enam:
Simpan buku-buku di tempat yang mudah untuk anak-anak capai. Jika anda mempunyai koleksi buku di sekitar rumah atau di bilik anak-anak, adalah mudah untuk anak-anak capai, ambil dan membacanya.
Wednesday, February 18, 2009
- Kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan. ( )
- Sepanjang hidup kamu tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial seperti gotong-royong dan lain-lain yang dianjurkan ditempat kerja atau di sekeliling kediaman kamu. ( )
- Tidak pernah mengemas bilik tidur kamu. ( )
- Separuh dari masa kamu banyak dihabiskan untuk tidur.( )
- Orang melihat kediaman kamu sperti tongkang pecah, tetapi kamu melihatnya seperti istana indah.( )
- Sekiranya orang lain bersedih apabila gagal, tetapi kamu sedikitpun tidak berasa sedih. Bagi kamu, kegagalan itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup kamu. ( )
- Cara kamu menutup menutup kelemahan kamu ialah selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak basuh. ( )
- Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan, kononnya diet. ( )
- Setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja. ( )
- Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa. ( )
Tuesday, February 10, 2009
Penting ke kita mencatat nota semasa belajar? Boleh ke nak fokus kalau sambil belajar sambil tu catat nota? Sebenarnya, mencatat nota ni penting. Nak tau kenapa?
- Melatih otak berfikir secara kritis, analitik, kreatif semasa guru mengajar.
- Mengingat semula apa yang dipelajari.
- Bahan rujukan utama apabila anda terlupa.
- Kaedah berkesan untuk pengukuhan pembelajaran.
- Anda tidak mengingat semua yang dipelajari.
- Meningkatkan daya ingatan.
- Menjawab soalan peperiksaan.
- Melatih minda berfikir.
- Meningkatkan pencapaian anda.
- Tumpukan kepada mendengar dan menulis.
- Mengekod dan mengenalpasti maklumat.
- Menyusun bahan yang didengar / dibaca.
- Menghubungkait antara fakta.
- Memberikan tumpuan kepada isi-isi penting.
- Mencatat isi penting dengan perkataan sendiri.
- Menggunakan kata kunci, simbol, kata singkatan dan lain-lain.
- Mengemaskini dan menokok tambah
- Mengandungi isi-isi penting sahaja.
- Terang, kemas dan mudah dibaca.
- Buku catatan khas mengikut mata pelajaran.
- Menggunakan ayat sendiri dalam bentuk point.
- Gunakan kata-kata ringkas yang anda faham.
- Gunakan pen pelbagai warna agar lebih menarik.
Setiap checklist point ni berguna.. setiapkali anda membuat nota, semaklah checklist ini untuk sentiasa memperbaiki nota anda supaya tampak menarik dan berguna. Apabila nota kita cantik dan kemas, semangat kita untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran akan meningkat serta anda tidak akan bertangguh kerja lagi…
kat bawah ni ada contoh nota..antara nota terbaik namun masih boleh diperbaiki.. Agak-agak anda..apa yang perlu diperbaiki??
Setiap manusia di dunia ini, saya percaya mempunyai matlamat hidup tidak kiralah dalam aspek akademik, kekayaan, kejayaan dan kerjaya. Namun adakah matlamat itu telah ditanam oleh anda semua untuk membuahkan hasilnya kelak atau anda telah pun membiarkan matlamat itu tertanam jauh ke pusat bumi????? Cubalah anda Tanya pada diri sendiri…. Mari kita lihat matlamat akademik yang boleh anda lakukan untuk mencapai sebuah kejayaan. Bukan untuk saya tetapi untuk diri anda sendiri!!
UPSR >> PMR >> SPM >> SIJIL/DIPLOMA/PRA-U >> SARJANA MUDA >> SARJANA >> DOKTOR FALSAFAH
Di manakah anda?.....
Sekarang, kita fokuskan kepada pendidikan tertinggi di
p/s:
Selagi seseorang itu mengimaginasikan bahawa dia tidak boleh melakukannya, selagi dia menentukan tidak melakukannya, maka akibatnya mustahil baginya untuk melakukannya..
KENAPA?.. adakah kerana anda tidak mempunyai sikap yang mampu membantu anda mencapai kejayaan?..
Hayatilah kata-kata di sebelah.. Sikap merupakan satu perkara kecil yang mampu membuat perubahan yang besar... Mari kita lihat 10 petua untuk membina sikap positif..
PETUA MEMBINA SIKAP POSITIF
1- Jangkakan kejayaan
Angan-angan + Impian + Usaha = Diri Cemerlang
2- Lakonkan watak orang yang cemerlang
Tiru cara orang yang cemerlang.
Contoh:
3- Ubah penampilan diri
Tampakkan diri seperti orang yang berjaya. Apabila orang lain melihat anda seperti orang cemerlang, maka mereka akan yakin pada anda. Anda sendiri akan yakin pada diri berganda darinya.
4- Dalami ilmu kecemerlangan
Contoh: menerusi pembacaan berkaitan cara untuk berjaya
5- Berkawan dengan orang yang berjaya
Pengaruh kawan adalah kuat. Menjadikan anda mahu bersaing secara positif dalam pembelajaran
6- Fokus kepada apa yang anda mahukan
Tetapkan matlamat dan berikan fokus sepenuhnya
7- Kejayaan silam membarai diri
Anda adalah juara!! Kerana itu anda ada di sini
8- Kata saranan yang positif
Contoh: katakan pada diri anda adalah hebat seperti “ Saya hebat dan pandai. Saya mampu menjadi seorang yang cemerlang.”
9- Menyoal diri dengan soalan yang positif
Contoh: bertanya pada diri seperti “ Kerja aku ni baguslah. Tapi apa lagi yang aku boleh buat untuk menambahbaikan kerja ni?”
10- Dapatkan model ikutan
Carilah seorang model yang mempunyai peribadi cemerlang yang mampu mempengaruhi anda untuk berjaya
Percaya atau tidak…. Pelajar sekolah mempunyai banyak masa terluang. Namun seringkali kita dengar, pelajar tidak siap kerja sekolah, tidak cukup masa untuk ulangkaji dan sebagainya. JANGAN SALAHKAN PELAJAR SEKOLAH INI!! Hal ini terjadi mungkin kerana mereka tidak cekap menguruskan masa kerana mereka tidak tahu. Maka di sini, mari kita rungkaikan bagaimana para pelajar ini dapat dibantu. Kita lihat cara manfaat yang mampu dilakukan oleh para pelajar semasa mempunyai masa lapang di sekolah. 4 perkara sampingan berfaedah yang mampu dilakukan oleh semua pelajar.
1- Membaca buku
2- Mengulangkaji pelajaran
3- Membuat latihan
4- Berjumpa guru untuk menyelesaikan masalah akademik.
Jika anda MEMBENCI seseorang, ini akan MENYAKITKAN anda lebih daripada orang yang anda BENCI.
Jika anda MENYINTAI seseorang, ini akan MENSEJAHTERAKAN diri anda lebih daripada orang yang anda CINTAI.
Hapuskan Halangan yang Ada...supaya dapat berkomunikasi secara berkesan...
0 comments Posted by Hayati Zainudin at 11:19 AM10 HALANGAN UTAMA KOMUNIKASI
1. BAHASA
– Telo, loghat
– Perkataan yg dipilih
2. PERSEPSI, PREJUDIS & STEREOTYPING
– Mirip mendengar apa yg kita suka dengar saja
– Lihat apa yg kita suka trengok saja
– Fikir apa yg kita selalu fikirkan saja
– Membuat tanggapan / andaian terhadap seseorang / keadaan
3. IMEJ DIRI SENDIRI
– Bagaimana kita lihat diri sendiri
– Professional atau amatur
– Peramah atau malu
– Konfiden atau gugup
– Imej diri akan terserlah dalam pertuturan
4.STATUS
– Membataskan pergaulan antara kedudukan
– Terdapat keadaan dimana “tapisan informasi”
5. PERCANGGAHAN
– Isyarat badan tak menyokong apa yg dilafazkan
6. FAKTOR TERSENDIRI
– Komunikasi dgn OKU (pekak atau atas kereta roda)
– Berlainan nilai atau pandangan
– Perbezaan umur yg ketara
7. FAKTOR PERSEKITARAN
– Kawasan yg bising
8. KESESUAIAN MASA
– Tak ada masa utk berkomunikasi secara berkesan
9. MESEJ YG RUMIT
– Sukar untuk difahami
10. MENDENGAR
– Tidak dapat mendengar dengan jelas atau tidak fokus
Monday, February 9, 2009
sebelum seseorang itu ingin berkomunikasi secara berkesan, ia perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi..di bawah ini, saya ada terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan sebagai komunikasi berkesan..
Komunikasi ialah menyampaikan dan menerima pandangan iaitu idea serta perasaan. hal ini bertujuan untuk menukar persepsi dan tingkahlaku manusia. kita boleh berkomunikasi secara verbal atau non-verbal. Verbal ialah cara komunikasi secara lisan iaitu melalui percakapan. manakala non-verbal pula merupakan komunikasi bukan lisan iaitu menerusi perbuatan ataupun simbol.
komunikasi berkesan ialah komunikasi di mana maksud yang diberi oleh pemberi adalah difahami oleh penerima. Selain itu, jika anda mampu untuk membayangkan maksud yang anda ingin ungkapkan maka, anda mampu untuk mengingat mesej atau makna yang diungkapkan itu. selain daripada membayangkan makna, anda juga boleh menzahirkan makna secara verbal beserta intonasi suara yang bersesuaian. intonasi tersebut mampu menguatkan makna yang disampaikan.
p/s: saya harap anda semua faham apa yang dimaksudkan dengan komunikasi berkesan. perkara penting yang perlu diingat ialah makna yang dilahirkan secara verbal atau non-verbal itu harus difahami oleh penerima supaya ia boleh menjadi sebuah komunikasi yang berkesan...
Tuesday, February 3, 2009
Assalamualaikum...ini merupakan catatan pertama saya untuk blog ini..kepada pelayar blog semua..salam perkenalan.. tujuan saya mencetuskan blog ini adalah untuk berkongsi informasi yang mungkin berguna buat anda tidak kiralah berapa usia kalian.. antara topik yang mungkin saya sentuh dalam catatan akan datang ialah seperti bidang akademik, bidang pekerjaan, bidang sosial dan komunikasi, bidang motivasi diri dan pelbagai bidang umum yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama.. salam muhibbah dari saya...