Friday, April 30, 2010

wadah pengerat dalam hubungan antara insan adalah wujudnya emosi positif iaitu ceria dan gelak ketawa.. terciptalah memori bermakna.. diharap tidak akan pernah lupa..

mereka adalah sahabat perjuangan yang sama-sama berpraktikum di SMKSA.. walaupun perkenalan yang singkat namun kemesraan yang terjalin pasti menyentuh hati.. rasa berat hati mahu berpisah kerana ikatan kenangan yang terkumpul.. jika dahulu kami ber-lima belas di sesi pagi, tapi kini hanya berdua-belas.. mungkin catatan kali ini hanya untuk kalian semua..






mula-mula malu.. hanya senyuman pembuka bicara.. sepatah dua kata-kata mula meniti di bibir sehinggalah mula ketawa riang bersama.. kenangan bersama mula terkumpul dalam masa yang singkat tapi sangat terkesan di hati..

hari ini, guru praktikum dari UUM sudah melangkah pergi meninggalkan saki baki kami dari UPSI.. walaupun mereka tidak seramai kami tapi ketiadaan mereka pasti dirasai..

yer.. hati tersentuh bila mengenangkan kami juga akan berpisah pada pertengahan Mei 2010 kelak.. akan kuhargai setiap detik bersama kalian..

Allah itu pemurah..diberiNya nikmat ukhwah yang indah..walaupun sementara tapi bermakna..


p/s: ukhwah itu indah bila kita tahu menghargainya..




Bila Hati Mula Bicara..

Hati..
hati mula bicara..
bicara tentang apa?..tanya orang tua..
bicara tentang Cinta..

Hati..
hati mula bicara..
bicara apa segala?.. tanya si tua..
bicara tentang Dia..

Hati..
hati mula bicara..
bicara?..apa lagi mahu dibicara?..sergah si bongkok tiga..
bicara tentang Cinta dan Dia.. * Si muda mula hilang kata...

Cinta dan Dia?..
Siapa?.. hairan si tua..
Di mana?.. Soal si bongkok tiga..

* Si muda masih bisu.. diam seribu kata..

Mungkin..mungkin di depan mata..
* Gagap si muda..

Tapi..
* Si muda hilang segala kata..


p/s: jodoh tu kerja Allah.. jangan dipersoal kerja yang Maha Agung..

Nota Kaki Hina: jodoh sentiasa ada di sekeliling kita cuma kita tidak tahu yang mana satu jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT.. maka.. banyak2 berdoa dan tawakkal..


Dua tiga hari, mendung mula menyelubungi,
awan cerah berarak jauh lalu pergi,
matahari tidak lagi menyinari..

wajah tampak berseri,
walau hanya perhiasan diri,
sehingga tiada yang mampu menyingkap realiti..

mainan ini adalah hati,
hati yang suram seakan menangisi,
menangisi diri walau tidak menghujani..

dua tiga hari, mendung masih lagi muncul
setelah diri rasa terpukul,
dengan pementasan dunia yang rapi tersimpul..

cuba lagi sembunyi,
di sebalik penipuan realiti..
halau pergi mendung hati,
ku kunci mati di dalam peti..

pergi..jerit kuat di dalam jiwa,
jangan lagi mengganggu nyawa..

dua tiga hari..
separuh hati mulai mati..
jiwa mula meratapi..
kesedihan tidak terperi..

lalu tanya lagi si hati..
benarkah sedih yang mendatangi?

diam, kaku, kelu..

tidak...jiwa mula luah jeritan..
tidak ku ratap..tidak ku rawan..
kerana aku manusia yang masih Bertuhan..

kembali lagi pada azali..
kita pejuang.. semangat berbaki..
jangan pernah sesali..
dengan dugaan yang silih berganti..


Nota Kaki Hina: Dugaan Itu Tanda Allah Sayang.. Bukan Untuk Menyusahkan Orang..
Syukuri Apa Yang Datang..

Tuesday, April 27, 2010

hari hariku di sini..


di sini..
dia sering membuat onar,
masa depan tidak tergambar..

di sini..
dia kenal erti remaja,
kenal erti kecewa,
namun tidak pernah putus asa,
kerana lupa akan sengsara...

di sini jua,
dia tidak kenal cita-cita,
juga kabur tentang cinta,
yang ditahu hanyalah cereka,
yang seringkali bertopeng dusta..

di sini,
angan-angan hanya layang-layang,
terbang kanan kiri terawang-awang,
sehingga melayang tak nampak bayang...

di sini,
dia bukan siapa siapa,
bukan jua jaguh juara,
tidak juga kaki bersengketa...

di sinilah,
dia tidak dikenal dipuja,
cuma pelajar biasa biasa sahaja,
yang kehadirannya tidak dirasa siapa..

tapi kini..di sini..
dia menabur bakti setia,
kembali melihat anak bangsa,
hancur kerana kurang terbina..

kini.. di sini..
walau cuma sementara waktu,
walau hanya insan yang baru,
akan cuba menabur bantu..

kini..di sini..
rasa sayang sudah tertumpah,
walaupun dulu pernah menyumpah,
tidak akan kaki melangkah,
tapi kini..aku pasrah..
inilah tapak pembinaan ukhwah,
sahabat yang ada bukan ku salah,
cuma zaman remajaku sedikit kalah..

kini..di sini..di sini jua..
aku kembali..kembali dengan penuh harapan,
sudah kembali menjadi insan,
mendidik mereka tanpa balasan..

kini..di sini..
aku masih di sini,
belum berterima kasih lagi,
dengan guru yang bersaki baki,
yang pernah mendidik memberi,
sehingga aku capai puncak tertinggi..

kini..walaupun hanya di sini,
baru mahu belajar merangkak,
ku harap di sini bukan tempat ku bertapak,
kerana masih banyak perlu ku dongak,
supaya semangat terus marak,
menjadi insan lebih cemerlang kelak..

Friday, April 23, 2010

misi untuk bergembira tercapai.. tapi betulkah gembira?..ikhlas?..yer..saya gembira tapi..bila balik rumah.. emosi negatif muncul kembali.. aduh..rasionalisasi sukar untuk tampak sinarnya bila mendung emosi melitupinya.. tapi..sekurang-kurangnya saya masih tahu erti gembira dan bahagia..alhamdulillah. saya happy gi main bowling ari ni.. main ngan kawan2 upsi,uum dan anak didik yang best!..thanks.. saya sangat hargai kamu semua!!











Thursday, April 22, 2010

internship is killing me softly..killing my emotions.. saya tak pernah rasa mcm nih.. sepanjang menjalankan sesi kaunseling sejak februari 2010, emosi hari ni yang paling memberi kesan pada diri saya.. selalunya saya tak terbawa-bawa.. apa yang saya dengar menjadi rahsia dinding dan pintu di sekolah tapi hari ni lain.. emosi terganggu.. dan emosi negatif mula timbul..

malam ni saya cuba merasionalkan diri..kembali kepada fitrah.. manusia itu manusia..kaunselor itu manusia..dan manusia itu aku.. manusia punya emosi..punya nilai dan perikemanusiaan.. tapi..tak semua manusia begitu..alhamdulillah.. saya manusia yang punya emosi, nilai dan perikemanusiaan..

saya sudah mula rasional.. setiap manusia itu unik.. punya ragam dan pengalaman yang berbeza..walaupun kisah asasnya sama tetapi laluannya berbeza..dan rasanya sudah tentu lain antara satu sama lain.. dan saya tak sepatutnya terbawa-bawa dengan emosi mereka kerana saya membantu mereka untuk menjadi lebih ok dari aspek emosi dan kehidupan..mereka yang perlu ubah diri mereka.. mereka yang perlu fikir untuk diri mereka kerana tiada siapa yang lebih kenal diri sendiri jika bukan empunya diri.. saya cuma platform untuk membantu mereka lebih celik akal dan lebih kenal diri mereka luar dan dalam..insyaAllah..

saya lebih ok kini.. manusia itu punya emosi dan pemikiran..tapi saya percaya emosi yang negatif sering membantutkan proses pemikiran yang rasional.. jangan berfikir menggunakan hati, gunakan akal kurniaan Maha Esa tetapi jangan lupa untuk tapis keputusan itu dengan emosi positif yang ada dalam diri kita..

Sunday, April 18, 2010

Antara Dua..

teringat tentang cita-cita.. hurm.. bila kita terlalu bercita-cita, mesti sentiasa timbul angan-angan dan harapan.. dulu masa sekolah saya ada cita-cita..kemudian timbul angan-angan.. sebab ape angan-angan tu ade yer..sbb saya suka tgk tv.. masa tu saya suka tgk ally mcbeal.. comedy drama yang banyak kaitan dengan dunia guaman. masa tu sy berkobar-kobar nak jadi peguam.. tp usaha tak setanding angan-angan maka hancurlah harapan.. drama series ally mcbeal pun tamat dan angan-angan terbang melayang.. saya masuk ke tingkatan 6 tapi bukan untuk further study ke universiti.. my goal is to finish STPM and work.. i tried so hard to get good result just to get position in some gov office.. but.. at the end.. here i am.. the final year uni student and doing an internship at my old school..

saya start betul-betul ada cita-cita dan mula enjoy study bila saya masuk campus life.. dan personaliti juang saya terbina di sini.. saya mula ada cita-cita dan mula kurangkan angan-angan.. saya takut sekiranya semangat juang saya ni hilang..

now..lets see.. apa yang antara dua.. sejak akhir-akhir ni saya sering utarakan soalan kat family saya.. what if..pas saya konvo, saya terus apply untuk sambung master.. angah ckp sukati n sokong.. mak n abah ckp ikut la.. n tanya mmg taknak keja dulu ke.. hurm.. saya cakap.. entahlah..

kebelakangan ni.. mak asyik tanya..agak2 nnt atie beli kereta ape.. saya tunjuk macam2..dan.. mak cakap " entah sempat entah tak mak naik keta ko.."

*sedih...

bukan senang saya nak build up semangat juang dalam cita-cita.. tapi.. bukan mudah kita nak ketepikan perihal orang tua kita.. dan akhirnya.. korbankan dulu cita-cita.. **

pejuang tu kadangkala rebah terkorban dalam mencapai kemenangan.. itu lebih mulia daripada menang tanpa berjuang..

1 Tahun+1 Bulan+20 Hari..

Selama itulah saya tak blogging.. Ucapan Assalamualaikum wbt.
hari ini ada 2 perkara telah berlaku di dunia blog saya..
1) saya dah delete blog pertama saya yang byk mengisahkan kisah hidup saya..
2) saya kembali menaip di blog ini.. tak tahu sehingga bila..

Sejarah blog ini tercipta.. kalau seseorang yang bergelar mahasiswa/wi UPSI dan mengambil jurusan Pend. Bimb. dan Kaunseling serta berdaftar pada Jun 2006, dia pasti tahu tentang kewujudan blog di UPSI.. :)
kepada yang tak tahu.. blog ini wujud sebagai salah satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah supaya bakal kaunselor kenal dunia global tanpa sempadan.. segalanya di hujung jari.. kenapa saya bagitau ek benda ni?..

rasionalnya ialah saya rasa kewujudan sesuatu itu pasti ade penciptanya.. sama seperti kewujudan matahari dan bulan, langit dan bumi, laut dan daratan..pasti ade penciptanya iaitu Maha Esa Allah Yang Satu..Subhanallah..

agak sedih mendelete blog peribadi tu.. walaupun lama tak update tapi byk kisah setahun lepas di dalamnya.. mcm2..kenangan diabadikan secara maya.. tapi kini, hayatizainudin.blogspot.com mengganti peranannya.. :)