Tuesday, April 27, 2010
di sini..
dia sering membuat onar,
masa depan tidak tergambar..
di sini..
dia kenal erti remaja,
kenal erti kecewa,
namun tidak pernah putus asa,
kerana lupa akan sengsara...
di sini jua,
dia tidak kenal cita-cita,
juga kabur tentang cinta,
yang ditahu hanyalah cereka,
yang seringkali bertopeng dusta..
di sini,
angan-angan hanya layang-layang,
terbang kanan kiri terawang-awang,
sehingga melayang tak nampak bayang...
di sini,
dia bukan siapa siapa,
bukan jua jaguh juara,
tidak juga kaki bersengketa...
di sinilah,
dia tidak dikenal dipuja,
cuma pelajar biasa biasa sahaja,
yang kehadirannya tidak dirasa siapa..
tapi kini..di sini..
dia menabur bakti setia,
kembali melihat anak bangsa,
hancur kerana kurang terbina..
kini.. di sini..
walau cuma sementara waktu,
walau hanya insan yang baru,
akan cuba menabur bantu..
kini..di sini..
rasa sayang sudah tertumpah,
walaupun dulu pernah menyumpah,
tidak akan kaki melangkah,
tapi kini..aku pasrah..
inilah tapak pembinaan ukhwah,
sahabat yang ada bukan ku salah,
cuma zaman remajaku sedikit kalah..
kini..di sini..di sini jua..
aku kembali..kembali dengan penuh harapan,
sudah kembali menjadi insan,
mendidik mereka tanpa balasan..
kini..di sini..
aku masih di sini,
belum berterima kasih lagi,
dengan guru yang bersaki baki,
yang pernah mendidik memberi,
sehingga aku capai puncak tertinggi..
kini..walaupun hanya di sini,
baru mahu belajar merangkak,
ku harap di sini bukan tempat ku bertapak,
kerana masih banyak perlu ku dongak,
supaya semangat terus marak,
menjadi insan lebih cemerlang kelak..