Friday, April 30, 2010

aku manusia yang masih Bertuhan..

Dua tiga hari, mendung mula menyelubungi,
awan cerah berarak jauh lalu pergi,
matahari tidak lagi menyinari..

wajah tampak berseri,
walau hanya perhiasan diri,
sehingga tiada yang mampu menyingkap realiti..

mainan ini adalah hati,
hati yang suram seakan menangisi,
menangisi diri walau tidak menghujani..

dua tiga hari, mendung masih lagi muncul
setelah diri rasa terpukul,
dengan pementasan dunia yang rapi tersimpul..

cuba lagi sembunyi,
di sebalik penipuan realiti..
halau pergi mendung hati,
ku kunci mati di dalam peti..

pergi..jerit kuat di dalam jiwa,
jangan lagi mengganggu nyawa..

dua tiga hari..
separuh hati mulai mati..
jiwa mula meratapi..
kesedihan tidak terperi..

lalu tanya lagi si hati..
benarkah sedih yang mendatangi?

diam, kaku, kelu..

tidak...jiwa mula luah jeritan..
tidak ku ratap..tidak ku rawan..
kerana aku manusia yang masih Bertuhan..

kembali lagi pada azali..
kita pejuang.. semangat berbaki..
jangan pernah sesali..
dengan dugaan yang silih berganti..


Nota Kaki Hina: Dugaan Itu Tanda Allah Sayang.. Bukan Untuk Menyusahkan Orang..
Syukuri Apa Yang Datang..

0 Comments:

Post a Comment