Sunday, February 27, 2011

Nota Kaku Buat Jiwa..

nota kosong buat hati.. nota putih buat diri.. nota kaku buat jiwa ini..

menitipkan patah-patah kata di bibir hati.. berbisik halus namun tegas..

Kuatkan Hati.. Teguhkan Iman.. Pastikan Ikhlas Terbenam dan Bercambah.. insyaALLAH dipermudahkan.. =)




Wednesday, February 23, 2011

Jeritan Rinduku..

Berpisah Dalam Mesra Menambah Kerinduan..

Itulah kata-kata seorang kakak kepadaku.. dan aku akui.. amat benar kerana begitulah golakan perasaanku saat ini.. kami bertemu dan serasi.. namun aku berlalu atas bukan kehendak dan permintaanku.. dan rindu kenangan adalah peneman..

Zon selesa yang menggamitkan rasa semangat dan kuat tatkala bersama.. hari-hariku penuh dengan semangat kerja yang kuat dan tidak lelah.. walau hakikatnya terlalu banyak bebanan kerja yang tak sudah-sudah..

tetapi.. di sini.. walaupun ________ namun aku merasakan ___________.. Allah.. aku manusia tidak bersyukur.. maafkan hambaMU ini ya ALLAH.. Aku mahukan sedikit masa untuk membetulkan niat.. mengutip kembali semangat-semangat lalu untuk dijadikan sandaran sementara mendapat semangatku yang sebenar-benarnya di sini..

lesu.. lemah.. dan mula untuk sakit-sakit.. emosi sedikit terganggu sehingga fisiologi turut mendapat tempiasnya.. lidah mula luka.. bibir pecah.. tekak mula gatal-gatal dan pedih.. kepala semakin berat.. dan mungkin suhu akan memuncak.. ALLAH.. kuatkan hatiku dan fizikalku...

p/s: Aku mahu memotivasikan diri.. namun agak sukar.. hanya ALLAH tempat bergantung dan mengadu..

Monday, February 21, 2011

Hilang..

Semangat menurun saat langkah dihayun..

lelah.. namun aku harus tetap terus melangkah..

Semoga tekad menjadi sandaran..
Semoga dapat ku raih kembali semangat itu..

InsyaALLAH..

Sunday, February 20, 2011

Pilihan ALLAH Untukku..

Ketika cinta bertasbih 1 & 2.. diulang tayang berkali2 pun saya tak kisah.. saya suka.. pemangkin dan lonjakan diri berkaitan jodoh..

dan terkenang sesuatu yang berlaku beberapa waktu ini.. ianya dalam masa terdekat.. seorang lelaki memulakan taaruf dan berniat untuk menemui kedua orang tuaku.. saya larang.. alasan mahu mencarinya dalam istikharahku.. ternyata.. tiada rasa.. tiada petunjuk.. yang ada cuma rimas.. mungkin dasarnya tidak betul.. mungkin tapak permulaan itu agak bersimpang walau mata tidak pernah bertentang namun suara menjadi sandaran.. mungkin salah caraku dan dia walau kata-kata tidak menjurus kepada cinta.. kerana asbab hubungan lelaki-perempuan itu menjurus kepada membina baitul muslim.. wallahua'lam..

menerusi perbincangan.. orangnya berilmu.. jawapan diberi dengan tertib dan rendah diri jika tidak tahu.. cuma.. rimas.. ya, saya rimas..

caraku salah.. walaupun istikharahku dimulakan dengan solat taubat namun.. masih belum cukup suci hatiku saat menghadap ALLAH meminta petunjuk.. si dia menegur dengan tertib lalu menyentakku.. antara soalannya.. adakah istikharahku dimulai dengan sunat taubat terlebih dahulu.. adakah tahajjud penemanku saat terjaga di awal pagi.. dan tersentak saat dia mengatakan bahawa.. hatiku perlu bersih dan suci jika mahu menghadap ALLAH meminta petunjuk.. istikharah adalah terbaik jika mahu meminta petunjuk namun... banyakkan ibadat sebelum istikharah dimulakan.. ALLAH.. besar sungguh khilafku.. sombong benar diriku yang hina.. kerdilnya aku di hadapan CINTA HATIKU.. jahilnya aku..

dan sepakat diambil.. dia akan terus-terus menjarakkan diri seperti yang aku mahu.. dan kembali saat yakin dan penuh sedia ada terdetik dalam rasa serta jiwa..

yang ada cuma debar.. ada niat yang satu dalam hatiku.. setelah walimatul urus adikku.. akan kusuarakan kehendakku pada mak dan abah.. semoga itu yang membantuku dalam membuat keputusan yang merangkumi dunia dan akhiratku.. dan tidak semestinya dia menjadi pilihan ALLAH untukku..

perkahwinan itu tanggungjawab dan bukan cinta semata.. matlamatku sama dengannya.. dan aku mencari yang satu itu dalam dirinya.. ternyata ilmunya ada cuma entah kenapa rasa itu tidak hadir dalam yakin dan sedia.. mungkinkah takut membelenggu hati.. adakah ragu peneman imbanganku ini... aku minta petunjuk.. semoga tenang menemaniku.. kuatkan hati, teguhkan iman.. kerana pasti Engkau akan mendekatkan hatiku dengan insan yang sememangnya tertulis untukku di dunia mahupun akhirat kelak.. insyaALLAH.. aku yakin denganMU.. ALLAH SWT..

Sunday, February 13, 2011

Dialah temanku...

fokus.. fokus.. fokus...


terlalu byk perbincangan.. memualkan tatkala hal yang sama diulang-ulang... tayangan siaran langsung menjadi tatapan berulangkali tatkala filem tersebut dilaser cakera minda..

muak.. hurm.. bila kan berakhir?..

fokus.. fokus.. checklist for today = 20 items.. roughly.. don't want to think much about it because it will increase to 30 items.. and i do none!!

its already sunday.. and monday will show up next.. huhh~... neverending workload.. need space for myself..

and i found something interesting to do.. knitting!..

masa kecik2 dulu, mak suka mengait.. suka menjahit.. suka buat sulaman.. dan saya ada belajar sikit2 dari mak.. dalam ramai2 anak dara mak.. saya je yang minat benda ni.. am i girlish??.. maybe.. sometime.. haha.. sy belajar buat cross stitch dan mengait benang bulu kambing.. tapi bila makin dewasa.. saya dah mula lupa benda2 tu.. fokus teralih benda lain.. dan kini memori menggamit hati masa mengunjungi gudang perkahwinan yang besar di Seberang Jaya.. nama je gudang perkahwinan.. tp ada mcm2 dalam tu.. ada department jahitan, bunga2, hadiah dan lain-lain.. masa tgk ada benang bulu kambing kat situ.. terus rasa nak cari hobi.. dan sy tengah usaha mengingat balik apa yang mak saya ajar.. saya cuma ingat mcm mana nak jenis kait rantai.. dan jugak tapak yang bulat.. tapi saya tak ingat mcm mana nak gabung 2 benang.. sy tak ingat mcm mana nak naikkan dia untuk buat sarung.. tak ingat mcm mana nak buat bentuk2.. uwaaaaaaaaa... ruginya.. dan sy search kat internet sbb cr buku takda pulak kat situ.. kena pergi ke MPH ataupun Popular.. malas.. sbb smlm sy agak penat bila balik dr sekolah terus ke Kulim dan direct ke butterworth dan Seberang Jaya.. penat..

hari ni saya habiskan masa petang dan malam sy mengait.. tapi hanya dapat buat tapak letak cawan.. sgt tak kemas.. hasil cubaan2 yang tanpa teori kukuh, nampak jugaklah bentuknya.. haha... kena cari masa yang betul2 untuk belajar balik.. through youtube will be ok.. hehee... then i'll try to go to Popular or MPH to buy the knitting books... but when??.. huh~~...

everything went just fine this week.. enjoying my life with students.. getting to know the environment better.. starting to realise that, nothing is easy but everything is possible..

i really need time for myself.. i want to go deep down my heart and mind.. just to identify the needs and wants.. my future.. my long and short term planning.. i got it everything planned but its not really well-planned.. i only go through it on the surface.. i have to sit down.. find the right time to deeply thinking about it.. but the most important thing before i can do that is being STABLE.. i have to make sure that i can manage my emotions, life and finances..

i already plan my future savings.. but.. the hardest thing to manage is my emotions.. Allahuakbar.. hanya Dia pemilik hatiku.. aku kembalikan hatiku padaNYA.. semoga tenang menemani hariku.. insyaALLAH. amin..

emosi adalah teman karib manusia terutama wanita.. dan wanita itu adalah aku.. tapi.. teman karibku itulah yang akan membantuku melonjakkan diri dan langkah.. insyaALLAH..


Wednesday, February 9, 2011

Syhhhhh....

Syhhhh.... diam... senyap... terbaik untukku.. mungkin jua untukmu.. tersayat.. namun tetap senyum..

ditikam namun tidak tersusuk.. dihiris halus namun tiada darah.. di lapah, disiat.. sedikit.. sedikit lagi.. hingga rasanya pedih dicuka..

diam.. biar parut disembuh.. ngilu namun tidak sakit.. senyap.. dan sunyi.. biar sepi teman berdiri..

syhhhh... =X

Monday, February 7, 2011

360 darjah selari...

Tersepit..

ruang itu gelap.. jauh.. sayup=sayup...

360 darjah tetap lagi sama sudutnya.. masih sama dinginnya...

garis selari yang tepat pada nilai sisinya.. tapi.. keluknya di mana?..

Tersekat..

nafas semakin hebat tersesak..

takungan makin kuat membuak..

mencari sisi kanan dan kiri.. lebihnya di kiri..

sayup lagi.. bertambah jauh.. dalam lalu hilang.. tenggelam bersama hitam...

Terpaku.. kaku...

mungkin sandiwara.. hanya balik tabir senja..

berlaga.. layang kanan kiri lalu keliling.. masih di situ.. kaku..

lagalah padaku.. biar sentak lalu sedar.. biar ngadah lalu hambur.. lerai semua..

roh semakin jauh.. jasad masih berjarak.. jiwa berontak.. hati semakin luluh.. semangat mula meruntuh..

jerit kuat dalam diri.. biar pecah segenap sanubari.. namun.. masih aku di sini.. tiada mengerti..

masih jua aku berdiri.. kaku.. layu dan mati.. sendiri.. tiada dapat kukongsi..

kerdil terpencil.. tawa menggigil.. tangis mula mengail.. namun.. senyum jua terpamer..

jatuh lagi sudut gelap.. sayup jua kudengar suara.. sayup lagi kumandang manusia berjiwa.. senyum lagi di sisi kanan dan kiri.. walau gelap peneman hingga dinihari...

11:11pm
Bukit Mertajam, 07022011

Sunday, February 6, 2011

Puppet Dunia.. =)

kadangkala... berpura-pura itu mudah.. berterus-terang itu sukar..


dan.. dalam pelbagai situasi.. berterus-terang adalah sesuatu yang perlu dilakukan tatkala diri mula tersepit dengan pelbagai isu.. dan helah pura-pura pasti tak mampu bertahan..

begitulah kehidupan.. pura-pura dalam banyak situasi.. atau sy gemar gunakan topeng... tetapi.. dalam aspek membuat keputusan.. berterus-terang adalah tindakan yang wajib tanpa kompromi.. jawapan ya atau tidak, benci atau suka, cantik atau hodoh adalah jawapan yang tepat dan lebih mudah difahami mesejnya...

sy suka berterus terang tetapi.. entah kenapa sy jadi seorang yang penuh topeng pelbagai warna.. benci jadi manusia bertopeng.. tapi kerana topeng itulah buat sy senyum dan buat keluarga sy tersenyum..

berterus terang mampu merungkai pelbagai kekusutan walaupun kebenaran itu amat sukar ditelan lebih-lebih lagi tafsirannya tersasar dan mesej tidak sampai..

dan hati bicara lagi.. menambahkan lagi noda hitam.. dan jiwa berontak lagi dan tambah lagi titik hitam... jangan bertopeng lagi.. dan pastinya senyum itu akan pudar.. dan dunia kembali suram.. sy tak suka dunia kusam.. sy pilih untuk bertopeng, biar dunia ceria.. mungkin bukan dunia kamu, tetapi pastinya dunia saya.. =)

sy kembali menjadi manusia bertopeng.. entah bila dia akan datang dan hapuskan semua topeng itu.. sy yakin, dia ada di sana.. mencari jalan untuk ke sini.. dan dunia kembali berseri.. ya, dunia saya.. =)

Thursday, February 3, 2011

Rasaku cuma...

apa yang tidak kita gemari..tetapi itu terbaik buat kita.. kita tidak suka namun itu jua yang menenangkan jiwa..


bila jauh..rindu.. mahu segera kembali..namun kembalinya itu menyekat kerongkong.. nafas tidak kulepas.. tahan dan segera hembus lalu hirup yang baru.. rasanya tetap sama..

kepompong itu juga menjadi dambaan.. kerana di situlah tempat kukembali..saat kuduka..saat kusuka.. walau sering kurasa duka itu lebih melara..dan suka itu seketika cuma...

mahu kulari lalu sembunyi..mahu kupergi terbang lalu hilang tidak lagi kembali.. tapi.. mudah kuungkap dalam hati..tidak diluah pada bibir.. tidak kuhayun langkah walau seinci.. tetap di sini tempatku.. walau sering kurasa lara itu bahagia buatku.. walau sering kusuka tetapi merintih di jiwa..

akan kusyukuri nikmatMU.. bantulah aku.. kuatkan aku.. ak yakin denganMU..

Wednesday, February 2, 2011

Ipoh - KL..

alhamdulillah.. perancangan untuk ke KL dipermudahkan.. pagi Selasa bertolak sendirian.. menikmati suasana pagi yang tenang tanpa kenderaan bermotor yang banyak sewaktu menghala ke selatan.. bersarapan sendiri.. meluangkan masa bersama diri sendiri.. lebih menenangkan kerana tidak perlu fikir tentang orang lain.. yang ada cuma saya.. dan saya sahaja.. =).. perjalananku.. awan indah sentiasa menemani.. sambil menekan pedal minyak, mata melilau melihat awan dan langit.. cantik.. subhanallah..



sampai di KL, segalanya dipermudahkan.. tiada kesesakan melanda jalan dan jiwa.. perancanganku dipermudahkan sekali lagi.. bersama saudara sedarah sedaging.. lebih menyeronokkan walaupun hanya berdua.. saya menggembirakannya.. dan dia turut menyenangkan saya.. itulah kisah adik dan kakak.. =) senja berlabuh dan awan langit masih menemaniku.. cantik.. subhanallah.. =) dan kisah ini berlarut tanpa perlu peduli tentang orang lain.. inilah kisah kami berdua.. dunia ini seakan milik kami dan semuanya menceriakan..


dan sekarang.. saya di sini.. di kota penuh jiwa lara mahupun gembira.. sendiri dan menanti.. untuk kembali ke pangkuan mereka di sana.. insyaALLAH.. akan kutemui Ipoh malam ini dan mungkin juga tatkala dinihari seterusnya.. perancangan kubiarkan menyusun langkah.. tanpa rapi tanpa disulami.. =)