Wednesday, February 2, 2011

Ipoh - KL..

alhamdulillah.. perancangan untuk ke KL dipermudahkan.. pagi Selasa bertolak sendirian.. menikmati suasana pagi yang tenang tanpa kenderaan bermotor yang banyak sewaktu menghala ke selatan.. bersarapan sendiri.. meluangkan masa bersama diri sendiri.. lebih menenangkan kerana tidak perlu fikir tentang orang lain.. yang ada cuma saya.. dan saya sahaja.. =).. perjalananku.. awan indah sentiasa menemani.. sambil menekan pedal minyak, mata melilau melihat awan dan langit.. cantik.. subhanallah..



sampai di KL, segalanya dipermudahkan.. tiada kesesakan melanda jalan dan jiwa.. perancanganku dipermudahkan sekali lagi.. bersama saudara sedarah sedaging.. lebih menyeronokkan walaupun hanya berdua.. saya menggembirakannya.. dan dia turut menyenangkan saya.. itulah kisah adik dan kakak.. =) senja berlabuh dan awan langit masih menemaniku.. cantik.. subhanallah.. =) dan kisah ini berlarut tanpa perlu peduli tentang orang lain.. inilah kisah kami berdua.. dunia ini seakan milik kami dan semuanya menceriakan..


dan sekarang.. saya di sini.. di kota penuh jiwa lara mahupun gembira.. sendiri dan menanti.. untuk kembali ke pangkuan mereka di sana.. insyaALLAH.. akan kutemui Ipoh malam ini dan mungkin juga tatkala dinihari seterusnya.. perancangan kubiarkan menyusun langkah.. tanpa rapi tanpa disulami.. =)

0 Comments:

Post a Comment