Wednesday, February 23, 2011

Jeritan Rinduku..

Berpisah Dalam Mesra Menambah Kerinduan..

Itulah kata-kata seorang kakak kepadaku.. dan aku akui.. amat benar kerana begitulah golakan perasaanku saat ini.. kami bertemu dan serasi.. namun aku berlalu atas bukan kehendak dan permintaanku.. dan rindu kenangan adalah peneman..

Zon selesa yang menggamitkan rasa semangat dan kuat tatkala bersama.. hari-hariku penuh dengan semangat kerja yang kuat dan tidak lelah.. walau hakikatnya terlalu banyak bebanan kerja yang tak sudah-sudah..

tetapi.. di sini.. walaupun ________ namun aku merasakan ___________.. Allah.. aku manusia tidak bersyukur.. maafkan hambaMU ini ya ALLAH.. Aku mahukan sedikit masa untuk membetulkan niat.. mengutip kembali semangat-semangat lalu untuk dijadikan sandaran sementara mendapat semangatku yang sebenar-benarnya di sini..

lesu.. lemah.. dan mula untuk sakit-sakit.. emosi sedikit terganggu sehingga fisiologi turut mendapat tempiasnya.. lidah mula luka.. bibir pecah.. tekak mula gatal-gatal dan pedih.. kepala semakin berat.. dan mungkin suhu akan memuncak.. ALLAH.. kuatkan hatiku dan fizikalku...

p/s: Aku mahu memotivasikan diri.. namun agak sukar.. hanya ALLAH tempat bergantung dan mengadu..

0 Comments:

Post a Comment