Sunday, February 6, 2011

Puppet Dunia.. =)

kadangkala... berpura-pura itu mudah.. berterus-terang itu sukar..


dan.. dalam pelbagai situasi.. berterus-terang adalah sesuatu yang perlu dilakukan tatkala diri mula tersepit dengan pelbagai isu.. dan helah pura-pura pasti tak mampu bertahan..

begitulah kehidupan.. pura-pura dalam banyak situasi.. atau sy gemar gunakan topeng... tetapi.. dalam aspek membuat keputusan.. berterus-terang adalah tindakan yang wajib tanpa kompromi.. jawapan ya atau tidak, benci atau suka, cantik atau hodoh adalah jawapan yang tepat dan lebih mudah difahami mesejnya...

sy suka berterus terang tetapi.. entah kenapa sy jadi seorang yang penuh topeng pelbagai warna.. benci jadi manusia bertopeng.. tapi kerana topeng itulah buat sy senyum dan buat keluarga sy tersenyum..

berterus terang mampu merungkai pelbagai kekusutan walaupun kebenaran itu amat sukar ditelan lebih-lebih lagi tafsirannya tersasar dan mesej tidak sampai..

dan hati bicara lagi.. menambahkan lagi noda hitam.. dan jiwa berontak lagi dan tambah lagi titik hitam... jangan bertopeng lagi.. dan pastinya senyum itu akan pudar.. dan dunia kembali suram.. sy tak suka dunia kusam.. sy pilih untuk bertopeng, biar dunia ceria.. mungkin bukan dunia kamu, tetapi pastinya dunia saya.. =)

sy kembali menjadi manusia bertopeng.. entah bila dia akan datang dan hapuskan semua topeng itu.. sy yakin, dia ada di sana.. mencari jalan untuk ke sini.. dan dunia kembali berseri.. ya, dunia saya.. =)

0 Comments:

Post a Comment