Thursday, February 3, 2011
apa yang tidak kita gemari..tetapi itu terbaik buat kita.. kita tidak suka namun itu jua yang menenangkan jiwa..
bila jauh..rindu.. mahu segera kembali..namun kembalinya itu menyekat kerongkong.. nafas tidak kulepas.. tahan dan segera hembus lalu hirup yang baru.. rasanya tetap sama..
kepompong itu juga menjadi dambaan.. kerana di situlah tempat kukembali..saat kuduka..saat kusuka.. walau sering kurasa duka itu lebih melara..dan suka itu seketika cuma...
mahu kulari lalu sembunyi..mahu kupergi terbang lalu hilang tidak lagi kembali.. tapi.. mudah kuungkap dalam hati..tidak diluah pada bibir.. tidak kuhayun langkah walau seinci.. tetap di sini tempatku.. walau sering kurasa lara itu bahagia buatku.. walau sering kusuka tetapi merintih di jiwa..
akan kusyukuri nikmatMU.. bantulah aku.. kuatkan aku.. ak yakin denganMU..