Sunday, February 20, 2011

Pilihan ALLAH Untukku..

Ketika cinta bertasbih 1 & 2.. diulang tayang berkali2 pun saya tak kisah.. saya suka.. pemangkin dan lonjakan diri berkaitan jodoh..

dan terkenang sesuatu yang berlaku beberapa waktu ini.. ianya dalam masa terdekat.. seorang lelaki memulakan taaruf dan berniat untuk menemui kedua orang tuaku.. saya larang.. alasan mahu mencarinya dalam istikharahku.. ternyata.. tiada rasa.. tiada petunjuk.. yang ada cuma rimas.. mungkin dasarnya tidak betul.. mungkin tapak permulaan itu agak bersimpang walau mata tidak pernah bertentang namun suara menjadi sandaran.. mungkin salah caraku dan dia walau kata-kata tidak menjurus kepada cinta.. kerana asbab hubungan lelaki-perempuan itu menjurus kepada membina baitul muslim.. wallahua'lam..

menerusi perbincangan.. orangnya berilmu.. jawapan diberi dengan tertib dan rendah diri jika tidak tahu.. cuma.. rimas.. ya, saya rimas..

caraku salah.. walaupun istikharahku dimulakan dengan solat taubat namun.. masih belum cukup suci hatiku saat menghadap ALLAH meminta petunjuk.. si dia menegur dengan tertib lalu menyentakku.. antara soalannya.. adakah istikharahku dimulai dengan sunat taubat terlebih dahulu.. adakah tahajjud penemanku saat terjaga di awal pagi.. dan tersentak saat dia mengatakan bahawa.. hatiku perlu bersih dan suci jika mahu menghadap ALLAH meminta petunjuk.. istikharah adalah terbaik jika mahu meminta petunjuk namun... banyakkan ibadat sebelum istikharah dimulakan.. ALLAH.. besar sungguh khilafku.. sombong benar diriku yang hina.. kerdilnya aku di hadapan CINTA HATIKU.. jahilnya aku..

dan sepakat diambil.. dia akan terus-terus menjarakkan diri seperti yang aku mahu.. dan kembali saat yakin dan penuh sedia ada terdetik dalam rasa serta jiwa..

yang ada cuma debar.. ada niat yang satu dalam hatiku.. setelah walimatul urus adikku.. akan kusuarakan kehendakku pada mak dan abah.. semoga itu yang membantuku dalam membuat keputusan yang merangkumi dunia dan akhiratku.. dan tidak semestinya dia menjadi pilihan ALLAH untukku..

perkahwinan itu tanggungjawab dan bukan cinta semata.. matlamatku sama dengannya.. dan aku mencari yang satu itu dalam dirinya.. ternyata ilmunya ada cuma entah kenapa rasa itu tidak hadir dalam yakin dan sedia.. mungkinkah takut membelenggu hati.. adakah ragu peneman imbanganku ini... aku minta petunjuk.. semoga tenang menemaniku.. kuatkan hati, teguhkan iman.. kerana pasti Engkau akan mendekatkan hatiku dengan insan yang sememangnya tertulis untukku di dunia mahupun akhirat kelak.. insyaALLAH.. aku yakin denganMU.. ALLAH SWT..

0 Comments:

Post a Comment