Sunday, January 30, 2011
Tuesday, January 25, 2011
Monday, January 24, 2011
Beberapa hari tanpa coretan.. rasa rindu untuk meluahkan.. namun perlukan masa untuk benar-benar mengingat memori yang seakan terpendam.. insyaALLAH.. cuti minggu depan, saya akan coretkan sepatah dua peristiwa.. yang sememangnya kenangan yang menyulami rasa penuh penghargaan dan terima kasih kerana masih mampu bernafas serta menikmati skrip yang tersusun indah.. alhamdulillah.. =)
Friday, January 21, 2011
"Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira sama ada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. Jika ditanya kaum wanita pada hari ini perihal aurat mereka pasti akan mereka akan menjawab "semua anggota kecuali muka dan pergelangan tangan". Itulah jawapan yang biasa kita dengar saban waktu. Tetapi adakah apa yang mereka katakan itu mereka lakukan. Tidakkah ada perasaan sedih melihat sesetengah wanita muslim pada hari ini yang tidak kisah perihal dosa yang mereka lakukan setiap saat dan setiap hari... Apa yang ingin dikatakan di sini ialah aurat yang dianggap remeh oleh wanita muslim seperti yang kita lihat pada hari ini iaitu kaki, tangan dan di leher. Susah ke untuk memakai stokin..? Susah ke untuk memakai baju berlengan panjang..? Mahal sangatkah harga untuk membeli semua tu..? Adakah kita ingin menunjukkan rantai emas kita yang cantik dan mahal tetapi tiada nilai disisi Allah swt..? Adakah kita tidak rela membelanjakan harta kita untuk mendapatkan keredhaan Allah..? Adakah kita mahu bersenang di dunia tetapi bersusah di akhirat..? Cantik sangat ke aurat kita untuk menjadi tontonan..? Yang menjadi pelik dan hairan kenapa begitu ramai wanita yg lebih selesa dengan berpakaian ketat dan sendat...? Ramai wanita yang sanggup nk menyeksa diri dgn berpakaian yg ketat, berseluar ketat...kenapa? yang menghairankan ramai wanita yg mampu pulak nk beli baju ketat dan berlengan pendek? mampu pulak nk beli seluar jeans, lengging ketat? mampu pula nk beli tudung pendek yg x menepati syarak? mampu pula nk beli alatan solek yg berlebih-lebihan mampu pula nk berhias diri dgn bertabarruj berlebih-lebihan Disebabkan hanya semata2 ingin memenuhi tuntutan nafsu untuk menunjuk-nunjuk tubuh badan kepada manusia yg bukan muhrim yang lain...ramai yang sanggup nk dedahkan aurat, ramai yang nk berpakaian seperti bertudung sambil berpakaian ketat-ketat seoralh-olah membungkus aurat...sedangkan ramai wanita itu tau yang pakaian ketat itu boleh menaikkan nafsu lelaki, boleh mengentarkan iman lelaki...ramai wanita tahu juga bahawa berpakaian seksi dan ketat ini boleh berlaku kes rogol, kes perkosaan, sumbang mahram dan boleh berlaku zina...tetapi kenapa x mau nk berubah...? Jawapan yang sering kita dengar ialah "susahnya nak jaga". Ya.. Bukan mudah untuk kita semua menjaganya. Ingatlah wahai kaum Hawa..!! Mendedahkan aurat itu adalah sebahagian dari larangan Rasullullah kepada semua umat Islam. Tetapi Allah menjanjikan ganjaran pahala yang lebih banyak kepada wanita yang menjaga auratnya berbanding kaum lelaki. Betapa mudahnya untuk wanita memperoleh pahala itu.Peliharalah... Azab yang pedih akan anda terima sekiranya anda masih tidak mengenakan pakaian yang sempurna...!!! Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikanbagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur. SEDARLAH WAHAI KAUM MUSLIMAT SEKALIAN..!!! Pesanan dr ADMIN: Sekiranya di akhirat nnti anda diazab dengan azab yang pedih, jangan pula anda mengatakan ketika didunia ini tiada siapa yg nk beritahu atau berpesan berkenaan tentang aurat dan sebagainya sedangkan ketika anda hidup didunia sudah begitu ramai manusia, ustaz, ustazah, para pendae'i dan manusia yang lain sudah pun berpesan dan memberi tahu tentang hal ini tetapi anda sendiri yg mempunyai telingan ttpi sengaja pekakkan ia, anda mempunyai mata sengaja memandang kearah yg lain, anda mempunyai akal ttpi sengaja tidak mahu berfikir ttg hal ini, anda mempunyai tangan sengaja tidak mahu mecari artikel2 yg baik utk dijadikan muhasabah diri dan tidak mengindahkan pesanan tersebut...oleh itu jangan nk salahkan sesiapa dan menunding jari kpd sesiapa apabila anda di AZAB dan DISEKSA KELAK...sekian... Sekiranya artikel ini berguna utk anda dan rakan2 anda...sebarkanlah...semoga sama2 mendapat manfaat =)Aurat…? Adakah kita sedar akannya? begitu ramai yang buat endah tak endah tentang aurat WHY ???
Wednesday, January 19, 2011
Apakah cinta selepas nikah dan apakah cinta selepas nikah?... terfikir.. terlalu banyak silapku.. bisik hati.. pastinya aku inginkah kisah cinta selepas akad nikah.. namun.. tercemar sudah hatiku pada insan bukan suamiku.. masih adakah manisnya?.. masih adakah ruang untukku menggapai cinta itu?..
minggu penuh kontroversi dan riang gembira.. alhamdulillah.. graf sy makin meningkat.. =)
Tuesday, January 18, 2011
Puji-pujian hanya untuk Cinta Hatiku.. Allahumma Allah..
Saturday, January 15, 2011
azan Maghrib berkumandang tatkala kaki melangkah menjejak kaki ke bangunan gah itu.. manusia sudah ramai kelihatan.. tercari-cari mencari sesuatu.. lalu terserempak dengan seseorang lalu.. solat.. saat itu muzik beralun rancak.. nauzubillah..
Friday, January 14, 2011
malam ni sy dah remove seseorang dalam friend list sy.. setelah beberapa hari berfikir.. sy telah click butang X dan remove.. sy tersenyum sendiri.. sy ada sebab kukuh mengapa.. sy lebih rela hilang seorang kawan dalam list itu daripada hilang 'kepercayaan' Cinta Hati sy.. CintaNYA yang sy cari tapi terserempak dengan dia di persimpangan jalan.. takkan sy biarkan lagi syaitan menguasaai hati sy.. takkan sy biar nafsu merajai fikiran sy.. Cinta Hati sy menyedarkan sy.. alhamdulillah.. Allah SWT Cinta Hati sy dunia dan akhirat.. insyaALLAH.. amin.
Thursday, January 13, 2011
Tuesday, January 11, 2011
Teringinnya... kisah berlaku di surau.. dan sy diminta menjadi imam kepada 3 orang rakan sekerja.. dan kata-kata 'ustazah hayati' masih terngiang-ngiang.. alangkah indahnya jika aku mampu menjadi imam kepada mereka saat itu.. namun.. aku masih belum bersedia mengimamkan sahabatku.. dan aku hanya tarik diri dan membiarkan sahabatku yang seorang itu menjadi imam kami saat itu.. dia lebih arif kerana ilmu yang diterima lebih lengkap dan dia lebih bersedia ketika itu..
Monday, January 10, 2011
Sunday, January 9, 2011
cinta hatiku kini hanyalah HSBM.. di sini kutemui bahagia.. melihat anak bangsa yang sangat memerlukan perhatian dari aspek sikap dan adab.. inilah cara untuk ku meraih pahala dalam berbakti di sini.. insyaALLAH..
Saturday, January 8, 2011
Friday, January 7, 2011
Seminggu berlalu.. kurasakan lambat namun selesai sudah minggu pertama di HSBM.. alhamdulillah.. 3 hari berturut-turut masih menyesuaikan diri.. kebingungan.. mengantuk.. sakit kepala.. =) hari-hari terawal yang merunsingkan kerana masih terkapai-kapai mencari hala tuju kerjaku di sini.. tetapi.. alhamdulillah.. semangat menguasai diri tatkala saya mampu menyesuaikan diri dan mengetahui bahawa saya berguna berada di sini.. hari-hari seterusnya dilalui dengan kerja yang terpaksa dibawa pulang ke rumah namun.. Gembira.. =) mungkin inilah tandanya permulaan yang baik untuk diri saya..
Monday, January 3, 2011
Hari pertama di HSBM.. Mulakan hari untuk bekerja di bawah paras tekanan.. =)