Friday, January 7, 2011

Jatuh Hati..

Seminggu berlalu.. kurasakan lambat namun selesai sudah minggu pertama di HSBM.. alhamdulillah.. 3 hari berturut-turut masih menyesuaikan diri.. kebingungan.. mengantuk.. sakit kepala.. =) hari-hari terawal yang merunsingkan kerana masih terkapai-kapai mencari hala tuju kerjaku di sini.. tetapi.. alhamdulillah.. semangat menguasai diri tatkala saya mampu menyesuaikan diri dan mengetahui bahawa saya berguna berada di sini.. hari-hari seterusnya dilalui dengan kerja yang terpaksa dibawa pulang ke rumah namun.. Gembira.. =) mungkin inilah tandanya permulaan yang baik untuk diri saya..


ombak emosi.. pasti ada turun naiknya.. begitu juga dengan diri saya.. dan pelbagai emosi melanda diri namun secara peribadinya.. biarlah dijadikan simpanan diri.. hurm.. insyaAllah.. pasti mampu diharungi jua.. dan cintaku berlabuh di HSBM.. cinta pertamaku.. =)

---------------------------------------------------------------------------

" Kaunselor menggunakan pendekatan disiplin tatkala masuk ke kelas.. "

wahhh.. statement yang agak garang nampaknya.. =) hurm.. saya tidak mahu terlalu mudah dibaca oleh pelajar.. tanpa intonasi suara yang tinggi dan kata-kata nista.. pendekatan disiplin mampu diambil dalam mendekati pelajar.. bukan mahu menakutkan cuma mahu menegaskan bahawa saya adalah guru.. sama seperti guru yang yang tugasnya mendidik.. jika peraturan dan disiplin tidak diterapkan dalam pendidikan.. maka, gagallah guru itu membentuk sahsiah pelajarnya..

suasana 1:
Pelajar menengah rendah yang berbual dan tidak menghormati guru di hadapan.. guru tidak meninggikan suara dan seorang yang ramah serta tidak garang.. guru meminta pelajar untuk duduk di tempat masing-masing dan memberikan perhatian.. namun respon kurang sambutan..

guru: cikgu nampak macam kawan kamu kan?
pelajar: -terpinga-pinga. suasana lebih tenang-
guru: cikgu cuma nak cakap yang cikgu ni peramah dan seperti kawan kamu semasa bergurau.. tapi (penegasan)... saya bukan kawan kamu..
pelajar: -senyap-
guru: i just want you to bear in mind that i might be friendly but i am not your friend.. so please respect me as your teacher and not as your friend..ok. (nada suara tenang dan tersenyum)..

dengan senyuman itulah pelajar lebih memberi perhatian.. dan saya selesa kerana dengan pandangan mata sahaja mereka sudah faham apa yang saya cuba sampaikan.. alhamdulillah..

suasana 2:
guru berada di kelas menengah atas yang agak sukar dikawal.. dan beberapa pelajar membuat bising dan mengganggu kelas..

guru: sila duduk di tempat masing-masing..
pelajar: - bergerak.. suasana agak riuh-

guru meneruskan percakapan tentang hala tuju kerjaya dan masih ramai yang samar-samar.. guru lebih serius dan terdapat 3 pelajar yang masih tidak faham bahasa arahan yang lalu serta membuat bising..

guru: boys... kamu dengar tak arahan saya tadi?..
pelajar: - mengangguk- namun beberapa ketika masih begitu..-
guru: saya cuba untuk melayan kamu semua seperti pelajar 17 tahun tapi nampaknya kamu semua suka dilayan dan dimarah seperti budak berumur 7 tahun yer... (cuba mengawal intonasi suara)

pelajar yang bertiga itu masih tidak mendengar kata.. guru pergi ke arahnya lalu memberi arahan tegas..

guru: saya nak kamu berdua bawak kerusi dan meja di belakang kelas sekarang.. kamu di hujung sana.. kamu pula di belakang sana.. kamu boleh stay di tempat ni sebab kawan kamu dah jauh dari kamu..
pelajar: - terpinga-pinga dan patuh - sorry cikgu..
guru: yang lain boleh teruskan aktiviti bising kamu dan bawa kerusi meja kamu beratur di luar kelas..
pelajar: -senyap dan fokus-

guru menyambung kembali menerangkan tentang bagaimana untuk meneruskan pelajaran selepas spm.. di mana dan bagaimana mengikut penyesuaian bidang kerja.. setelah secara rambang.. guru memberi bimbingan ringkas secara individu pula.. dan sebelum keluar dari kelas..guru ke arah pelajar yang didenda tadi..

guru: kamu tau kenapa saya buat mcm tu tadi?
pelajar: tau cikgu.. sy tak dengar arahan cikgu..
guru: (senyum).. baguslah kamu faham kenapa saya buat mcm tu tadi.. kalau ada apa-apa nak share dengan saya.. boleh datang ke bilik kaunseling.. =)

kadangkala begitulah keadaannya.. jika kesabaran tiada di hati pasti tercetus ledakan emosi marah.. tapi.. marah itu biar bertempat dan cubalah dikawal.. nyatakan rasa marah dengan tenang.. nyatakan ketidakselesaan itu dengan jujur dan pastikan pelajar tahu kenapa kita bertindak begitu.. =)..

saya masih lagi baru dan emosi masih mampu dikawal.. semoga emosiku di dalam keadaan stabil dalam membezakan personal dan profesional.. semoga ikhlas itu menjadi tonggak dalam tugas mendidik anak bangsa.. insyaAllah..=)

0 Comments:

Post a Comment