Wednesday, January 19, 2011
Apakah cinta selepas nikah dan apakah cinta selepas nikah?... terfikir.. terlalu banyak silapku.. bisik hati.. pastinya aku inginkah kisah cinta selepas akad nikah.. namun.. tercemar sudah hatiku pada insan bukan suamiku.. masih adakah manisnya?.. masih adakah ruang untukku menggapai cinta itu?..
selepas kisah itu.. aku muhasabah kembali diriku.. aku biarkan hatiku lemah lalu terhasut godaan cinta dunia.. tercemar sudah hatiku.. namun bagaimanakah sebenar-benarnya batasan untuk kita mendapat cinta selepas akad nikah yang diredhai olehNYA?.. dengan bermain tarik talikah?.. atau mungkin dengan cara berjanji akan bersama? atau mungkin juga dengan menetapkan hati untuk tidak menerima seseorang?.. inilah persoalannya yang dari tika dulu aku fikirkan.. dan aku terima jawapannya di dalam garapan novelis Fatimah Syarha Mohd Noordin "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul." novel ini penyuntik semangatku kini dengan meletakkan seluruh hati dan keyakinanku hanya pada ALLAH SWT.. terlalu banyak silapku kerana kejahilan dan ilmu yang terlalu cetek..
mujahadah itu bukan jalannya mudah.. seorang kakak menyuntik semangat.. aku bukan muslimah sejati.. bukan juga wanita solehah.. aku masih merangkak mencari diri.. tekadku satu.. ingin mengejar cintaNYA.. namun.. dalam perubahanku ini, godaan makin hebat.. di situlah godaan syaitan mengejar seketul daging bernama hati..
hari ini hatiku makin sayu.. malu dengan diriku yang dulu.. 24 tahun aku mengkaburkan hati..
usahaku mencari yang soleh.. silapku di situ.. namun kini, aku akan pastikan.. aku akan berusaha menjadi yang lebih baik.. aku ingin menjadi wanita solehah.. cita-citaku tinggi.. masih banyak impianku dan salah satunya sudah kulaksanakan..cuma istiqamah dan terus memperbaikinya.. insyaALLAH..
jahilnya aku ketika itu.. kerana kejahilan itulah membawa kepada titik-titik dan noda hitam terpalit di hatiku...
Menjadi Solehah dan bukan sekadar Mencari yang Soleh.. =) Aku yakin aku mampu mendapatkan cinta selepas akad nikah.. aku akan pelihara diriku.. tidak akan aku biarkan hatiku hanyut.. pasti cinta itu milikku dan akan kucari kekasih halalku itu dalam solat istikharahku.. tidak perlu aku berkawan rapat.. cukuplah taaruf untuk melihat pegangan agamanya.. dan akan ku biarkan istikharah memutuskan pilihanku itu.. besarnya impianku.. =) InsyaALLAH.. amin.