Saturday, January 15, 2011

Subahat Mata & Telinga..

azan Maghrib berkumandang tatkala kaki melangkah menjejak kaki ke bangunan gah itu.. manusia sudah ramai kelihatan.. tercari-cari mencari sesuatu.. lalu terserempak dengan seseorang lalu.. solat.. saat itu muzik beralun rancak.. nauzubillah..


lelaki dan wanita ramai di dewan itu.. minum..berdiri..lalu ketawa.. muzik rancak masih beralun..telapak tangan berlaga.. dan ketawa gembira..

hiburan merata-rata.. lalu masih tertanya.. di mana berkatnya majlis itu?.. tertanya lalu diam berfikir.. biar ALLAH menilai lalu menghitung.. kerana mungkin diriku subahat kerana meminjamkan mata, telinga malam ini.. astaghfirullahal'azim..

0 Comments:

Post a Comment