Monday, January 10, 2011

Penghibur Hatiku.. =)

Hari ni hari Isnin.. tepat jam 7 pagi berada di sekolah.. kemudian bersedia untuk perhimpunan rasmi.. agak excited sbb ini perhimpunan rasmi pertama semenjak berada di HSBM.. perkara utama yang membuatkan saya excited adalah:.. nak dengar lagu sekolah.. sbb saya cari di internet tapi tak jumpa.. so..mmg best la lagu sekolah..hehe.. nanti nak try cari la lagu sekolah tu.. download n jadi ringtone.. haha.. =) senikata dalam English.. so agak rancak jugak.. (rancak dari aspek classic..)hehe..

pengalaman sangat menyeronokkan.. pagi berada di perhimpunan.. memakai kot (wajib).. mmg hensem..haha.. kerja-kerja dibereskan setelah tamat perhimpunan.. berada di kelas-kelas.. berada di pejabat.. membuat kerja-kerja pengurusan.. dan masih ada yang dibawa pulang.. dan pada hari ni.. saya ada slot pengurusan bersama pelajar asrama.. dan slot pengurusan itu lebih memberikan maklumat tentang perjalanan kehidupan pelajar asrama dan sedikit motivasi... oleh kerana saya merupakan kaunselor penyelaras asrama.. jadi agak bersemangat membantu anak bangsa sendiri.. insyaALLAH.. mereka tau niat saya bukan untuk membebankan mereka tetapi.. ingin mengingatkan, menyedarkan dan mendidik mereka.. dan fokus saya akan lebih tertumpah kepada pelajar asrama.. kerana latar belakang yang pelbagai serta lebih memerlukan perhatian..

3 perkara yang sempat diterapkan sehingga jam 4.45 petang tadi adalah adab:

1- adab memberi salam dan hormat
2- memuliakan orang di hadapan kita
3- mendengar dan menghormati individu yang sedang bercakap

insyaALLAH.. mesej itu sampai.. syahdu saat telapak tangan bersentuh lalu dikucup oleh para pelajar.. syahdu saat ucapan terima kasih,cikgu diucapkan..

wahai pelajarku sekalian.. andalah penghibur hatiku saat ini.. berikan secebis kekuatan pada gurumu ini.. insyaALLAH.. doa cikgu sentiasa mengiringi kalian..

0 Comments:

Post a Comment