Tuesday, January 11, 2011
Teringinnya... kisah berlaku di surau.. dan sy diminta menjadi imam kepada 3 orang rakan sekerja.. dan kata-kata 'ustazah hayati' masih terngiang-ngiang.. alangkah indahnya jika aku mampu menjadi imam kepada mereka saat itu.. namun.. aku masih belum bersedia mengimamkan sahabatku.. dan aku hanya tarik diri dan membiarkan sahabatku yang seorang itu menjadi imam kami saat itu.. dia lebih arif kerana ilmu yang diterima lebih lengkap dan dia lebih bersedia ketika itu..
satu penghargaan bila diminta mengimamkan solat.. insyaALLAH.. aku akan berusaha melengkapkan diriku.. dan mengimamkan solat para sahabatku kelak.. insyaALLAH.. dan cita-citaku lebih tinggi apabila aku mampu mengimamkan solat para puteriku kelak.. insyaALLAH.. semoga ALLAH memberikan kesempatan untuk aku melaksanakannya..
noda-noda hitam banyak mencalit hatiku.. dan terlalu banyak kesilapan yang telah aku lakukan.. dan aku bersyukur kerana hikmahnya terlalu banyak.. dan nikmatnya terlalu hebat.. walaupun pada mula aku merasakan itu adalah ujian namun bila aku muhasabah diriku.. itu adalah hukuman serta peringatan.. alhamdulillah.. aku dipilih untuk disedarkan.. itulah tanda kasih sayangNYA.. alhamdulillah..