Thursday, March 31, 2011

1+2.. 2+3.. 2-1=1..

Kenangan adalah sesuatu yang sukar dilupa.. sukar lagi jika ingin ditafsir kenapa dan bagaimana.. dan bertambah sukar jika hati memberontak mahu mengubah keadaannya.. dan pasti manusia mahu mengekalkan bahagianya.. dan pasti manusia itu aku..


1+2.. kemudian 2+3.. dan akhirnya 2-1= 1.. dan 1 itu aku..

Bukan silapku jua berlaku semua ini.. bukan jua salahku begini keadaanku.. cuma syukur pada insan yang belum cukup kuat untuk mengerti lalu memahami dan menerima.. terkilan sedikit lalu guris halus berbekas..

Jangan ditelah hati orang sama seperti hati kita.. tapi indahnya jika hati kita mampu ditelah lalu diselami jernih dasarnya.. namun.. hampa jua peneman diri..

kini.. kembali lagi pada diri.. tatkala 1 menjadi 2.. timbul pula 3.. dan kembali pada 1.. semoga hati kuat mengingat CINTA NAN SATU.. dan pastinya 1+1=2 menjadi pembakar semangat untuk terus maju..


Wednesday, March 30, 2011

Rindu Pada DIA,Dia dan dia..

Semalam sayu.. saat mengalunkan ayat suciMU.. berguguran titisan halus.. dan aku RINDU.. rindu pada 'dia-dia' yang sentiasa menyentuh sanubariku.. rindu terhebat buat bonda tercinta.. rindu selingan buat insan yang pernah bertakhta.. rindu buat sahabat-sahabat yang kadangkala mencuit derita halus dalam jiwa..


tema rindu bergabung.. rindu teragung buat CINTA HATIKU.. pagi hariku penuh dengan kesesakan.. kadangkala penuh dengan kekabutan.. hingga terkurang alunan indah memujiNYA.. makin teruk dah ni.. kena tambah lagi..

kalau badan kurang air.. kita dapat rasa kesan lemah pada badan.. kita dapat rasa panas di kepala.. namun jika santapan rohani itu berkurangan.. pasti dalam hati penuh gundah.. dan takut menyerang.. itu yang aku rasakan.. semakin kurang semuanya.. hingga sedih amat mudah menerpa.. hingga rindu pada yang tidak patut itu menyerang..

Perlu jua terkadang ku fikirkan.. jauh sendiri lalu menyepi.. biar tidak ada seorang pun sedari.. aku sedang mengubati hati.. benar kata seorang sahabat.. kita yang memilih untuk bersedih mahupun gembira.. namun jalan yang dipilih perlukan tekad dan usaha..

semalam hari penuh kesayuan.. sehingga mencari tenang bersama DIA.. tertidur bersama sisa-sisa genangan yang mengalir saat rindu hebat melanda.. sungguh.. aku rindu menjadi diriku yang dulu.. saat mula2 cintaku berlabuh untukNYA.. segalanya untukNYA.. sisa genangan bercampur dengan rindu pada bonda tercinta.. rindu.. namun kuat harus kuiring dalam hati.. lemah bukan untukku.. semua ini adalah ujian tanda kasihNYA padaku..

Luahan rasa penutur bicara.. semoga bebaslah aku dari sangkar nestapa.. jauh meniti segenap kenangan berusia.. semoga terus kuat di hati dan jiwa.. =)

Monday, March 28, 2011

Penting:Senyum!

Tiada kerja.. Cari kerja.. tapi jangan cari pasal.. penting:senyum!..

Itulah gambaran seharian di sini.. kalau dulu.. tak sempat senyum pada semua orang.. langkah laju,otak ligat berfikir.. tapi di sini.. segalanya lebih perlahan.. detik jam dirasakan sangat perlahan.. badan terasa sungguh lemah.. semua gara-gara kerja yang tak berapa nak ada.. semua ditentukan.. kurang kebebasan.. oleh kerana sedar status diri.. akur.. saya yang menurut perintah.. rela atau tidak.. kena belajar mengikhlaskan hati..

dan hari ini.. perkara sama berulang kembali.. namun kerja harus dicari.. dan ditemui.. =) beransur-ansur.. perlahan-lahan.. budaya kerja yang berbeza harus diselarikan dengan matlamat diri dan idea peribadi.. kena berfikir ikut rentak orang-orang di sini.. kalau dulu, semua berfikir pantas dan mahukan sempurna dalam genggaman.. di sini, berbeza.. namun istimewanya pasti sama tara.. oleh itu aku berada di sini.. membantu anak bangsa di sini.. CUMA.. bersabarlah wahai anak didikku sekalian.. cikgu masih mahu mengenal kamu semua.. memerhati dari jauh.. dan pasti akan merapatimu.. perlahan-lahan.. usaha yang takkan putus.. sedikit demi sedikit.. pasti kutemu bahagia di sini.. insyaALLAH..

Inilah yang direncana istimewa oleh CINTA HATIKU.. hanya buatku.. alhamdulillah.. =)

Thursday, March 24, 2011

Muncul wahai pujaan hati..

Rahsia ALLAH terlalu agung..

Tidak sabar untuk aku membongkarnya.. namun pasti tidak akan berjaya tanpa izin dariNYA..

Ku mohon.. muncullah dalam mimpi dan rasaku.. itu yang aku perlukan.. supaya tiada gundah mahupun gelisah..

terkapai sendiri.. mencari sinar hakiki.. namun.. talian hati cuba merantai diri.. mencari namun belum ditemui.. mohon dipermudahkan.. diberi petunjuk arah persembunyiannya..

lelah.. letih dan lemah.. mencari namun pastinya kabur di mata..

tiupkan angin malam.. bisikkan halus pada hatinya.. sampaikan salam sinar bahagia padanya.. aku menanti dia hadir.. bersama-sama menuju bahagia cintaNYA.. tidak akan lagi tertangguh mahupun terngadah saat dia hadir menghulurkan ikhlas untuk bersama membina cinta sejati..

akan kusiapkan diriku untukmu wahai bakal suamiku.. walau tidak kutahu rupamu.. tidak kutahu suaramu.. tidak kutahu siapakah dirimu.. namun yakinku padaNYA.. akan dipertemukan jua.. insyaALLAH. amin..

Wednesday, March 23, 2011

Terungkai segalanya..

Kesedaran itu bukan milik aku untuk menyedarkannya.. Tapi pasti denting hati itu digerakkan secara halus oleh Pemilik Hati..


kadangkala terlalu banyak perkara yang kita nampak salah pada diri seseorang namun kita tetap menafikan dan berprasangka baik padanya.. dan kadangkala ada beberapa perkara yang kita nampak kurang enak di mata dan ingin memberitahunya untuk berubah namun tersekat hanya di kerongkong..

terungkai segalanya.. tidak tersentuh dek katanya... harapnya tidak tersentuh dengan kata-kataku.. cuma mahu dia tahu bahawa.. jangan mudah bermadah kata jika hati belum mampu menerima.. jangan salah insan menyinta jika diri belum tentu sempurna..

'perempuan mudah memaafkan namun tidak melupakan.. dan lelaki mudah melupakan namun sukar memaafkan..'

jangan ditelah hati orang lain sama seperti hati kita.. walau warnanya serupa.. namun pasti rasanya berbeza.. dan masing-masing punya rahsia..

talian hati itu ada jika kita usaha menerima.. namun kembali jua pada Yang Esa.. jika hati berat dan ragu untuk menerima.. tinggalkan namun jangan menolak jika hadapannya bertemu kembali dengan dia.. perjalanan bertemu kembali itu biar Dia yang rencana.. jangan usaha mengejarnya dengan kata-kata mahupun madah cinta.. biar doa pengikat rasa pada jodoh yang tidak semestinya adalah insan serupa..

"kalau ada jodoh takkan ke mana.. namun.. kalau mahukan jodoh pasti dengan usaha.."

Sedar mahupun tidak.. kita telahpun berusaha.. dalam doa dan juga angan-angan cinta.. walaupun tidak ada insan istimewa.. walaupun angan-angan itu tidak ada rupa dan wajah gerangannya dia.. namun usaha dengan berdoa dan perbaiki diri serta berkenalan kawan biasa tanpa rasa adalah usaha yang mudah namun berkesan.. jangan hanya fokus pada seorang.. memberi harapan lalu kecewa.. DAN jangan berkawan dan berkenalan ramai namun kata-kata manis bergula, namun rasa di hati tetap mencuka..

'sukar mengungkap di sebalik tirai rahsia ALLAH ini.. kerana jodoh itu bukan di tangan kita.. '

persediaan itu perlu berlaku sepanjang masa.. walaupun sudah ada pengikat janji akad dan nikah.. kerana kehidupan ini kita merancang ALLAH jua penentu segala..

Jika benar mahu mendirikan baitul muslim.. jangan hanya melihat luaran 'dia' sahaja.. namun lihatlah hatinya..
Jika benar mahu mendirikan baitul muslim.. jangan hanya melihat luaran 'kita' sahaja.. namun lihatlah hati kita..
Jika benar mahu mendirikan baitul muslim.. biarlah buruk baik 'dia' mampu kita terima.. bukan mencari dan melihat yang terbaik sahaja..

Dalam perkahwinan, kita perlu faham tanggungjawab kita.. kita perlu faham tujuan dan matlamat.. dan kita perlu faham erti kasih sayang dan tolak ansur.. kita perlu faham konsep penerimaan dari aspek luarannya dan dalamannya..

Jika kita masih mencari kesempurnaan dan mencari yang terbaik dalam diri insan-insan yang singgah dalam hidup kita.. PASTINYA kita belum bersedia untuk berumahtangga..

'Hargai apa yang ada.. kerana belum tentu yang dikejar nun jauh di sana adalah terbaik dan sesuai untuk kita.. '

Belajarlah untuk menerima dan menghargai.. jangan dikatakan suka namun mahukan jangkaan yang tinggi dalam dirinya.. Dalam usaha menerima itu, kembalilah pada CINTA UTAMA.. jika petunjuk itu kurang jelas, timbanglah sebaik mungkin.. dan bertanggungjawablah dengan keputusan itu..

banyak perkara yang boleh dibincangkan kerana abstraknya kisah ini.. jujurnya.. aku masih merasakan harapan kerana aku tak tahu siapakah gerangan pemegang kunci hati yang sejati.. setiap insan yang ada di sekelilingku dan hadir dalam hidupku mempunyai potensi menjadi jodohku namun tidak pula aku mengejar dan mencari dengan madah dan kata-kata.. dan kesilapan lalu mengajarku.. harapan itu jangan disiram subur kerana kemarau hati mampu menghapuskan kelembutan hati seseorang..

berhati-hatilah wahai kawan dan aku sendiri terutamanya.. khilafku terlalu banyak dan nasihatku pasti ada kurangnya.. pendapat ini sengaja aku sajikan kerana terlintas sebentar lalu dicatat di sini..

Semoga dirimu dan diriku bertemu dengan insan istimewa..
insan yang mampu menerima burukmu.. dan insan yang mampu dikau terima buruknya.. insyaALLAH.. amin..

p/s: Silaturahim itu tidak terputus jika dalam hati tidak terselit rasa benci dan dendam.. wallahualam..


Tuesday, March 22, 2011

azimat ibunda

langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

RINDU...

Hari-hariku bertemankan rindu padanya..

kalau dulu.. mesti ada sms ataupun telefon darinya.. dan telefon aku yang jarang berbunyi ni mesti dia yang sms atau call.. tapi sekarang takda dah.. dia dah pergi.. jauh.. jauh sangat sampai dah tak dapat aku peluk cium lagi.. tapi talian kami masih ada.. pasti dalam doaku.. pasti dalam bacaan ayat suci Pencinta Maha Kekal..

bukan bermaksud aku tak terima hakikat bahawa dia telah diminta kembali ke asalnya tapi rasa sedih dalam hatini masih tak dapat aku hapuskan.. kenangannya terlalu banyak..

paling menyayat hati.. saat abah meluahkan kesedihannya.. masa tu paling aku lemah.. sedih yang teramat.. tak berhenti air mata aku.. tapi siapa yang tahu.. saat aku bergurau.. berjenaka dan ketawa.. hati aku penuh dengan tangisan.. siapa yang tahu.. saat aku pura-pura untuk tabah.. aku longlai di jiwa sanubari.. dan hanya insan terpilih yang mampu aku laungkan kesedihan aku tapi.. masih terbuku jua dalam hati.. dan tatkala aku layangkan takbir.. jiwaku makin tenang.. aku terima pemergian dia.. tapi.. bukan mudah untuk aku ilangkan rasa sedihku.. pasti tidak pernah berhenti aku mengingatimu dalam doa dan tangisku..

Ya ALLAH.. aku mohon dikuatkan hatiku yang lemah.. aku mohon ketenanganmu di sana.. amin.

p/s: mak.. atie rindu sangat.. =(

Monday, March 21, 2011

Pendamping hati..

Aku nak pergi jauh dari kepura-puraan.. Baru kusedari,aku tak pandai meluahkan emosi sedih dan marah.. Kadangkala neutral itu menyesakkan dada.. Bila org tanya - "ok ke?".. Ak pantas mjawab alhamdulillah,ok je.dah ketentuan.. Hakikatnya ak tak ok.ak perlukan bahu utk menampung esak tangis ak.ak perlukan suara yg menenangkan ak.ak perlukan insan yg ak tahu tak akan mempersendakan laungan tangisku.. Namun tlalu sukar,mungkin jgk malu..ak diam lalu hanya ketawa.cuba menunjukkan ak ok.. Seringkala berat batu menghempap dada namun masih tidak mahu pecah bserpihan.. Sesungguhnya ak sedih sangat,ak rindu sangat.di mataku hanya ada dia..ujian ini sgt hebat padaku.sehingga ak jd takut utk benar2 memikirkannya.takut utk benar2 menyingkap memori tentang dia.ak takut ak tak cukup kuat utk terusan melayarkan imej2 indah bsama dia.. Sesungguhnya ak sgt lemah.. Bantu tiupkan semangatku.. Bantu eratkan lingkaran hatimu pd ku.. Di manakah pendamping hatiku.. Muncullah..

alhamdulillah.. segala puji bagi ALLAH - Tuhan yang menghidupkan dan mematikan makhluk ciptaanNYA..

hari ni dah 21 Mac 2011.. dah seminggu mak pergi.. saat hening ini.. hati dihimpit rasa sayu.. tergerak hati untuk call seseorang yang mungkin boleh menjadi pendengar dari hati.. namun.. tidak.. aku menyendiri.. walaupun aku tahu pasti seseorang yang aku pilih itu mampu menenangkanku dengan kata-kata penuh hikmah.. dan sekiranya aku bercerita tentang kehilangan ini, aku masih x mampu menangis untuk meleraikan semuanya.. mungkin deria mataku tidak berfungsi.. lalu hati tidak tersentuh secara total.. dan akhirnya aku menyendiri.. sepi dan sunyi lalu terkenangkan indahnya memori..

18 Mac 2011.. hari pernikahan mira adindaku.. alhamdulillah.. terbina baitul muslim.. adindaku isteri orang.. : -) hari penuh getaran jiwa.. wajah dimaniskan.. tidak mahu mencairkan alis mata adindaku yang seorang tu.. dan berjaya.. namun.. kalahku tatkala bersalaman dan berpelukan dengan ibu mertuanya merangkap keluarga baru.. dan akhirnya.. kalahku dengan esak tangis adindaku.. aku tau mak ada bersama kami ketika itu.. sedihku bukan kepalang.. dan kecekalan hati dituntun kembali lalu menyedarkan diri.. inilah kebahagiaan yang dinanti.. esak tangisnya kini ada di bahu suaminya yang dikasihi.. sedikit ujian dihadap kembali dan amat menyesakkan sanubari..
Saat terakhir sebelum akad nikah..

19 Mac 2011.. debaran pengantin baru bermula.. debaran sebagai tuan rumah dirasa.. aku menyarungkan sepasang kurung milik mak.. mak dah beli baju tu khas untuk kenduri.. jika semasa hari nikah tu aku menyarung jubah hadiah jauh dari tanah Arab.. dan hari ini.. aku memakai persalinannya yang baru dibeli.. sebak dada semasa menyarungkannya di tubuh.. sedih.. mengundang tangis dalam jiwa.. namun tawaku masih tersisa buat tetamu.. sesekali empangan hampir pecah bila berpelukan dengan insan2 yang rapat dengan mak.. tangis dan kesatan air mata tatkala jemari tersisa hidangan menyentuh hati.. alhamdulillah.. itu tanda mak disayangi dan dikasihi.. semoga tidak dimusuhi.. saat melayangkan takbir zohor.. sayu dan suram hatiku.. dan semasa zikrullah, tangisanku hebat berlagu.. teresak2 sendiri.. sedang semua ketawa di luar.. aku menangis sendiri di ruang kecil itu.. mak.. mak mesti seronok masa mira kawen.. walaupun jasadmu tiada.. atie tau mak ada di sisi kami semua.. abah happy.. abah pakai baju yang mak beli.. namun malam itu tidak dapat tertahan lagi.. kami menangis bersama tatkala tawa menghiasi balutan hadiah yang dicarik.. abah teresak sebentar lalu lari menyendiri.. aku termenung sendiri.. dan melihat adindaku mula bermuram hati, kugagahkan bibir untuk tersenyum lalu gembira bersama.. dan segalanya mula selesai walaupun pelbagai perkara menghimpit diri.. alhamdulillah..
mira semasa menanti ketibaan rombongan suaminya..
saat gembira mira..
yusli & mira..


setelah hampir seminggu mak pergi.. abah bertanya tentang jodoh padaku.. siapakah kawanku? ada atau tidak insan istimewa dalam hatiku?.. sebelum mak pergi, kami bincangkan hal ini.. aku menyuarakan hasrat untuk mak pilihkan seseorang sekiranya mak sudah rela melepaskanku pergi ke pangkuan seorang lelaki bernama suami... mak tidak mengiyakan serta tidak menidakkan.. ianya tergantung lalu disambung oleh abah.. tatkala kehilangan besar berlaku, abah menyuarakan hasrat tersirat untuk melihat aku n angah berumah tangga.. mungkinkah abah sudah mula rs sunyi lalu mahukan pertambahan ahli dalam keluarga kami?.. jika itulah kehendak abah, aku akan usahakan jua.. benar abah.. atie memang xde orang istimewa walaupun ada yang cuba mengetuk pintu hati.. hatiku sudah dimiliki dulu dan kini masih tersisa rasa itu.. cuma aku harus sentiasa sealiran dengan hakikat bahawa dia bukan dipilih untukku ketika ini.. dan jika mendatangnya hari membawa dia padaku semula.. aku tidak sekali akan menolak.. insyaALLAH...

siapakah insan yang akan menghadiahkan bunga itu kepadaku dan berada di sisiku? Semoga insan itu dekat denganku dan ALLAH memberikan petunjuk kepadaku jika ada 'dia' di sekelilingku.. insyaALLAH..

Friday, March 18, 2011

Segalanya adalah pinjaman.. itu prinsip yang perlu aku pegang.. segalanya pinjaman.. tiada yang kekal di dunia ini..


namun buat saat ini.. hati kerap berbisik nada rindu pada dia.. ingin ku ceritakan segala yang berlaku dalam hariku.. monolog hebat berlaku dalam diri..

dan ingin kuluah segalanya tentang dia.. bukti betapa rindu, kasih dan cintanya aku pada dia..

pinjamkan seketika telinga dan hatimu untukku.. ingin kukhabarkan segala cerita tentang jiwa yang bersatu antara kami.. namun siapa?..

ku pilih dan kutitip beberapa insan yang penting dalam hidupku.. dan tiada seorang pun yang kupilih menjadi pendengar rintihan dan melodi rinduku pada dia..

ku titip lagi dan ku jejaki lagi.. insan lain yang mungkin mampu menjadi pendengar setia setiap butiran kata-kataku.. dan pastinya kisahnya tentang dia.. namun.. sukar.. bukan semua mampu ku singkap topeng diri.. cuma.. tanyakanlah padaku tentang dia.. tanyakan jua diriku dan hatiku.. akan ku hamburkan keindahan memori bersama dia.. sehingga tidak pernah hujungnya..

pinjamkan seketika telingamu.. dan pinjamkan jua hatimu padaku.. dan tiupkan semangat penuh kasih dan ikhlas padaku.. namun.. siapakah?.. siapakah gerangan insan yang dipilih ALLAH untuk menjadi telingaku buat tika ini?..

dan ku titip lagi.. dan ku nanti insan yang mengaku sahabatku.. namun hampa mengejarku.. tiada deringan telefon.. usah kau risau menggangguku wahai sahabat.. kerana gangguan itu sungguh aku perlukan.. namun.. persahabatan itu bukan mengikut kehendak aku namun pasti mengikut kehendak Yang Maha Pengasih.. dan tidak seharusnya balasan yang ingin aku harapkan..

ucapan terima kasih buat kamu-kamu yang mengirimkan salam takziah..

ucapan ribuan terima kasih buat kamu-kamu yang menyedekahkan pahala bacaan al-fatihah, yaasin, ayat suci al-Quran dan zikrullah buat bonda ku yang tercinta..

ucapan jutaan terima kasih dan penuh penghargaan buat kamu-kamu yang menelefon bagi mengetahui keadaan golakan emosiku.. yang bertanya sejenak tentang kondisi diri..

alhamdulillah.. aku tau.. kasih sayang itu sentiasa ada untukku.. dan alhamdulillah.. kasih itu yang menghubungkan hatiku dan hatimu..

wahai semua yang mengambil berat tentangku.. Terima Kasih..

Wednesday, March 16, 2011

hanya yang indah..

ingin kukhabarkan yang indah buatmu bonda tercinta...

masih belum mahu ku ungkapkan arwah di pangkal namamu..
susah mak.. atie xboleh terima lagi.. insyaALLAH.. atie xkan lupa ngaji untuk mak.. atie xkan lupakan yaasin untuk mak.. atie akan ingat mak dalam doa atie..macam selalu yang atie buat..

abah pun sedih.. abah x menitiskan air mata depan kami.. tapi bibir abah bergetar masa sebut pasal mak kat sana.. suara abah sebak.. abah tak boleh tahan tapi sikit pun abah x merungut..

atie ingat atie kena jadi kuat untuk angah ngan mira je.. tapi rupa-rupanya atie kena kuat demi abah jugak.. macam2 atie nak buat untuk mak ngan abah.. kawan2 atie pun tau atie nak gi mekah ngan mak abah.. kawan2 tau atie nak bawak mak jalan2 kat terengganu sbb mak teringin sgt nak pergi.. kawan2 tau atie nak bawak mak ngan abah duduk ngan atie kat penang.. kawan2 umah atie tau mcm2 atie nak buat.. sbb hari2 atie ckp psl mak..

atie nak cite macam2 kat mak.. sbb skrg atie ganti mak uruskan pasal kenduri.. angah pun sama.. kami tengah kemas2 umah.. cuma abah x sempat cat sbb tak larat.. tapi xpe.. semua tu tak penting.. xde ape yg penting lagi.. hurm.. atie akan teruskan apa yang dah mak mulakan.. memang mulanya atie bantah tapi xde ape lagi yang penting mak.. angah x cukup kuat nak buat sorang.. mak jangan risau ye.. atie buat untuk mak ye..

mak jangan marah kalau atie nak nangis ye.. sbb masa ni pun atie nak nangis.. tapi tak boleh.. sbb angah n mira ada.. mira tgh cuba baju nikah dia.. malam ni kami buat tahlil kat rumah.. abah nak ketuai tahlil malam ni. alhamdulillah.. atie tau ini yang mak nak...

mak.. kasih sayang atie jarang atie ucapkan.. tapi percayalah.. cinta atie pada mak seluas luas semesta milik ALLAH.. xde ganti mak.. xkan ade dpt ganti mak.. mak tunggu atie kat sana.. nnt kite jumpa ye mak.. mak.. atie perlukan kekuatan dan ketabahan mak..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. segala puji bagi ALLAH pentadbir seluruh alam semesta..


Saat jemari memetik kekunci ini.. sudah pergi bondaku tercinta.. kenangan indah bersamanya.. memori indah tersemat di kalbu.. namun.. ALLAHUMMA ALLAH... izinkan hambaMu menitip sedikit lagi kekuatan.. izinkanku simpan dan pendamkan segalanya dalam kotak memori.. biar terpendam dalam terbenam lalu tidak dilupa lagi..

biarlah pendaman itu pecah saat aku benar2 mampu menghadapinya.. aku tidak menolak ketentuanMU.. tidak terlintas untuk menidakkan dan menafikan ketentuanMU.. cuma layang-layang itu masih ku lihat indah di dada langit.. tidak mahu kuputuskan talinya biar ditelan awan dan kabus.. aku melepaskannya pergi.. cuma perlahan.. biar puas kutatap.. biar puas ku santap indah dan kasihnya padaku.. tanggal 14 Mac 2011.. tercatat kekal di sana.. tidak akan kurang lebih sesaat pun, pasti diseru kembali pada Yang Maha Agung Pencipta Jasad dan Roh.. ketentuan itu aku iringi dengan bacaan yaasin.. sedu sedan berlagu hebat di wad itu.. biar semua melihat.. yang aku mahu adalah mak.. hanya mak.. biar mak dipermudahkan urusannya bersama Cinta Hatiku dan dia.. sembuh atau pergilah dengan mudah.. niatku saat yaasinnn...

terlalu banyak yang dibualkan.. terlalu banyak yang dikenangkan bersama angah, mira, along dan akhirnya abah.. terkesanku pada abah dan mira.. ujian hebat buat mereka dan kami sekeluarga jua.. roh kami bersatu dan sedih kami bertamu.. dan raungan ku hilang tatkala berada di dalam van jenazah.. hanya air mata menitis dan mengalir membasahi tudungku yang mempunyai bauan mak saat peluk memandikannya, saat memakaikan pakaiannya.. tudung dan persalinan itulah yang menemaniku dan dia hingga subuh menjelang.. tidak putus ayat suci al-quran hadiah buatnya..

esakan tangis berlagu hebat.. ayatku kabur basah di atas kitab tafsir itu.. segeraku diingatkan.. JANGAN MERATAP TANGIS JIKA SAYANGKAN MAK.. segera ku layangkan takbir sunat taubat.. segera jua ku layangkan solat sunat minta dikuatkan hati.. hingga pagi mak mendengar ahli keluarga dan warisnya membacakan ayat suci al-quran istimewa buatnya.. alhamdulillah..

ALLAH mengujiku sekeluarga.. inilah ujian sebenar saat mati menjadi sandaran.. wallahualam..

saat awal hingga pengakhirannya kami ada bersama dia.. anak-anak gadisnya berada saat menyediakan persiapannya untuk berada di 'sana'.. bermula memotong 'pemakaiannya' ,memandikan, dan mengkafankan.. kami menghantarnya pergi ke 'sana'.. iringi kami hanya doa dan senyuman moga tenang dia di sana.. tiada esakan dan raungan saat melihat dia di liang lahad.. sehingga talkin, tiada esakan mengiringinya..

"mak senyum.. hilang sudah kerutan dahi yang sentiasa jelas.. hilang sudah kerunsingannya.. alhamdulillah.. mak senyum.. alhamdulillah.."

dan telekung yang menyarunginya adalah telekung yang dibeli oleh mak untuk aku.. masa tu nak masuk UPSI.. mak belikan sebab telekung yang ada sebelum ni semua mak jahit sendiri.. dan bila mak belikan aku telekung baru yang lain, aku tinggalkan telekung tu kat rumah dan kebelakangan ni, aku, angah, mira n mak sendiri pakai telekung tu.. dan saat petang itu aku balik ke rumah sekejap.. aku solat asar menggunakan telekung tu.. angah n mira pun ada guna sehari sebelum tu.. alhamdulillah.. mak disarungkan dengan telekung yang kami semua merasa bahagiannya.. SUBHANALLAH.. besar sungguh rahsia keindahanMU..

tanda-tanda itu sudah dipamerkan jelas.. cuma kami insan biasa yang tak mampu mencapai kebijaksanaanMU.. kerdil.. terlalu kerdil.. ALLAHUAKBAR.. pohon ku padaMU YA ALLAH.. kurniakanlah tempat terpuji bagi mak di sana.. kurniakanlah juga kekuatan fizikal dan hati untuk terus aku berbakti padanya di sana serta ingatan yang tak pernah putus untuknya.. insyaALLAH.. amin..

p/s: emosi: sedih tersangat amat sedih namun entah mengapa dadaku sebak menahan empangan yang ingin memecah namun mataku kering tidak berkaca.. Mohon moga kuat aku dalam mengharungi ujian ini.. ALHAMDULILLAH.. inilah yang terbaik buatnya di sana.. terbaik buat seluruh ahli keluarganya.. dan pastinya direncanakan terbaik untukku.. alhamdulillah..

Saturday, March 12, 2011

Alhamdulillah.. kembali ke habitat.. =)

bergolak.. mencari tenang dalam hujan yang membasahi bumi.. mengaburi perjalanan.. menggigit temulang.. lalu berhenti sejenak dan berfikir.. apa? benarkah? bagaimana?.. mengerling sebentar.. tarik nafas lalu terus melangkah perlahan namun terus melangkah gagah.. senyum silih bermuram dan akhirnya senyum kembali..

terbit rasa sedikit riak.. dan senyum.. nauzubillah.. astaghfirullahal'azim.. perjalanan memuhasabah diri.. dan akhirnya.. senyum kembali.. diberi kesempatan untuk disedarkan.. lalu menyedarkan diri sendiri.. alhamdulillah..

kadangkala perlu ditanya pada diri.. apa emosi yang patut kita pamerkan?.. lalu bertanya pada teman.. emosi apa yang harus dirasakan saat ini..

"gembira mahupun sedih, kita yang memilihnya.." (terima kasih teman.. =))

kadangkala sedar mahupun tidak.. kita memilih untuk melindungi hati seseorang sehingga hati yang lain terluka.. menjaga hati bukan hanya pada kata-kata namun juga pada tindakan.. peristiwa dan situasi hanya landasan untuk menzahirkan apa yang terbit dalam hati.. dan kita yang memilih kaedah untuk melafazkan tutur dan hayunan langkah kita.. DAN hanya pada ALLAH kita berserah dan memohon petunjuk kerana yang baik itu datang dariNYA dan yang buruk itu datang dari khilaf kita dengan izin dariNYA jua.. wallahualam.. =)

Friday, March 11, 2011

Buatmu sahabat..

Bila mula rasa jauh, dekatkan hatimu padaku..
Bila mula suram sepi, bisikkan semangat padaku..
Bila aku mula berlalu pergi, paut erat tanganku..
Bila aku mula berpaling, jauhkan egomu dan sapa mesra diriku..
Maaf jika tingkahku menyakiti hatimu teman.. Maaf jika tuturku melukaimu..
Terlalu lama ucapan maaf tidak meniti di bibirku buatmu..

Semoga tiada yang mampu mengganggu gugat hubungan persahabatan kita..
InsyaALLAH.. amin.

kadangkala.. terlalu banyak perkara berlaku dalam satu-satu masa.. hingga rasionalisasi tidak menjadi benteng di minda.. dan seringkali ungkapan tersimpan di jiwa.. hingga jauh menerpa.. walau di hati penuh rasa kasih sahabat tidak terhingga.. ego menguasai diri lalu keras hati tidak mahu cuba hargai.. dan ungkapan juga pengubatnya..
kita diberi pilihan.. 'jika kasih, zahirkan dengan tutur dan tindakan..".. dan aku memilih untuk menzahirkannya pada sahabatku dan tanpa minta dibalas.. insyaALLAH..

p/s: keikhlasan itu bukan sesuatu yang mudah jika kita memilih untuk bersengketa.. =)

Wednesday, March 9, 2011

sy mkn gaji buta.. rasa mcm mkn gaji buta.. kena cari kerja.. badan sakit2 la mcm ni.. otak rasa lemah dan lambat.. ALLAH.. ampunkan hambaMu.. Semangat itu perlu kukutip sedikit lagi.. =(