Wednesday, March 23, 2011
Kesedaran itu bukan milik aku untuk menyedarkannya.. Tapi pasti denting hati itu digerakkan secara halus oleh Pemilik Hati..
kadangkala terlalu banyak perkara yang kita nampak salah pada diri seseorang namun kita tetap menafikan dan berprasangka baik padanya.. dan kadangkala ada beberapa perkara yang kita nampak kurang enak di mata dan ingin memberitahunya untuk berubah namun tersekat hanya di kerongkong..
terungkai segalanya.. tidak tersentuh dek katanya... harapnya tidak tersentuh dengan kata-kataku.. cuma mahu dia tahu bahawa.. jangan mudah bermadah kata jika hati belum mampu menerima.. jangan salah insan menyinta jika diri belum tentu sempurna..
'perempuan mudah memaafkan namun tidak melupakan.. dan lelaki mudah melupakan namun sukar memaafkan..'
jangan ditelah hati orang lain sama seperti hati kita.. walau warnanya serupa.. namun pasti rasanya berbeza.. dan masing-masing punya rahsia..
talian hati itu ada jika kita usaha menerima.. namun kembali jua pada Yang Esa.. jika hati berat dan ragu untuk menerima.. tinggalkan namun jangan menolak jika hadapannya bertemu kembali dengan dia.. perjalanan bertemu kembali itu biar Dia yang rencana.. jangan usaha mengejarnya dengan kata-kata mahupun madah cinta.. biar doa pengikat rasa pada jodoh yang tidak semestinya adalah insan serupa..
"kalau ada jodoh takkan ke mana.. namun.. kalau mahukan jodoh pasti dengan usaha.."
Sedar mahupun tidak.. kita telahpun berusaha.. dalam doa dan juga angan-angan cinta.. walaupun tidak ada insan istimewa.. walaupun angan-angan itu tidak ada rupa dan wajah gerangannya dia.. namun usaha dengan berdoa dan perbaiki diri serta berkenalan kawan biasa tanpa rasa adalah usaha yang mudah namun berkesan.. jangan hanya fokus pada seorang.. memberi harapan lalu kecewa.. DAN jangan berkawan dan berkenalan ramai namun kata-kata manis bergula, namun rasa di hati tetap mencuka..
'sukar mengungkap di sebalik tirai rahsia ALLAH ini.. kerana jodoh itu bukan di tangan kita.. '
persediaan itu perlu berlaku sepanjang masa.. walaupun sudah ada pengikat janji akad dan nikah.. kerana kehidupan ini kita merancang ALLAH jua penentu segala..
Jika benar mahu mendirikan baitul muslim.. jangan hanya melihat luaran 'dia' sahaja.. namun lihatlah hatinya..
Jika benar mahu mendirikan baitul muslim.. jangan hanya melihat luaran 'kita' sahaja.. namun lihatlah hati kita..
Jika benar mahu mendirikan baitul muslim.. biarlah buruk baik 'dia' mampu kita terima.. bukan mencari dan melihat yang terbaik sahaja..
Dalam perkahwinan, kita perlu faham tanggungjawab kita.. kita perlu faham tujuan dan matlamat.. dan kita perlu faham erti kasih sayang dan tolak ansur.. kita perlu faham konsep penerimaan dari aspek luarannya dan dalamannya..
Jika kita masih mencari kesempurnaan dan mencari yang terbaik dalam diri insan-insan yang singgah dalam hidup kita.. PASTINYA kita belum bersedia untuk berumahtangga..
'Hargai apa yang ada.. kerana belum tentu yang dikejar nun jauh di sana adalah terbaik dan sesuai untuk kita.. '
Belajarlah untuk menerima dan menghargai.. jangan dikatakan suka namun mahukan jangkaan yang tinggi dalam dirinya.. Dalam usaha menerima itu, kembalilah pada CINTA UTAMA.. jika petunjuk itu kurang jelas, timbanglah sebaik mungkin.. dan bertanggungjawablah dengan keputusan itu..
banyak perkara yang boleh dibincangkan kerana abstraknya kisah ini.. jujurnya.. aku masih merasakan harapan kerana aku tak tahu siapakah gerangan pemegang kunci hati yang sejati.. setiap insan yang ada di sekelilingku dan hadir dalam hidupku mempunyai potensi menjadi jodohku namun tidak pula aku mengejar dan mencari dengan madah dan kata-kata.. dan kesilapan lalu mengajarku.. harapan itu jangan disiram subur kerana kemarau hati mampu menghapuskan kelembutan hati seseorang..
berhati-hatilah wahai kawan dan aku sendiri terutamanya.. khilafku terlalu banyak dan nasihatku pasti ada kurangnya.. pendapat ini sengaja aku sajikan kerana terlintas sebentar lalu dicatat di sini..
Semoga dirimu dan diriku bertemu dengan insan istimewa..
insan yang mampu menerima burukmu.. dan insan yang mampu dikau terima buruknya.. insyaALLAH.. amin..
p/s: Silaturahim itu tidak terputus jika dalam hati tidak terselit rasa benci dan dendam.. wallahualam..